Sunday, January 10, 2016

Pahlawan Melayu Dan Orang Besar Pahang Adalah Pelombong Sejak 500 Tahun Dulu




Arrival of Sultan of Pahang, Sir Abu Bakar Muadzam Shah for opening ceremony of Bukit Ibam Mine – Contribution of Trevor Hislop.

On Saturday, 7 July 1962, Bukit Ibam Mine was declared open as Malaya’s biggest iron mine by the Sultan of Pahang. Sultan Abu Bakar officiated the opening by pressing a button at the treatment plant of the Bukit Ibam Mine which owned by Rompin Mining Ltd.

The mine, at 770-ft high Bukit Ibam, in the wilds of South Pahang, cost $100 million to develop.

After the opening ceremony, the Minister of Commerce and Industry, Inche Mohamed KhirJohari, told the Sunday Times:

“It is the biggest capital investment in Malaya since merdeka”.

Also the largest development project by a commercial company”.



Perlombongan telah bermula sejak ribuan tahun di Pahang. Bekas-bekas lombong emas orang Melayu Pahang masih jelas kelihatan beberapa kurun yang lalu di Selinsing dekat Sungai Jelai.

Emas itu dipersembah kepada Raja Siam sebagai ufti bunga emas.

8 abad lalu, bangsa Mon dari Burma telah melombong di Pahang dengan teknik dan peralatan perlombongan. Orang Siam telah berhijrah ke Pahang mengikut jejak Orang Mon.

Bangsa Khmer juga telah melombong emas di kota purba Tasik Chini.

Tun Seri Lanang menulis...


Shahdan, maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera, ada di dalam Negeri Pahang itu sebuah negeri, Pura namanya. Air sungainya tohor. dengan pasirnya terlalu baik, airnya tawar datang ke laut. Dan ada emas urai di sana, dengan padangnya amat luas.


Kenyataan yang lebih jelas mengenai kekayaan emas di Pahang ialah Iaporan daripada seorang penulis Portugis, Manoel Golindho de Eredia (lebih kurang tahun 1600), dalam satu report yang bertajuk: ‘A Report Upon de Aurie Khersonese.yang berbunyi:





Pan (Pahang) was the second seat of the Malay Empire and situated in the east coast of the Peninsula at three degrees North Latitude, and no less frequented by merchants because of its gold mines, for it posseses the largest and finest in Malay Peninsula, from whence we may presume it was this gold that formed the ancient trade of Alexandria or Cairo, etc... thus the lands of the district and jurisdiction of Pan are all lands of gold as a great quantity is found in rugged passes and steep quarries, which gold is taken to Malacca for sale. So much so that the King of Pan sent as a present from Adea (Endau) a beautiful piece of gold stone two and a half cubits in length, to the Captain and Governor of Malacca, Joao de Silva, who, amazed at the sight of the gold, ordered it to be broken and there we found a vein of gold a yard in width, as is well known to those of that time, it having happened in the year 1586.




Ahli sejarah dan pengembara bangsa China, Wang Ta Yuan pada tahun 1349 melaporkan...

Perempuan-perempuan yang kaya memakai beberapa buah gelang emas yang dililit dikepalanya, dan orang kebanyakan pula menghiasi rambut mereka dengan gelang-gelang manik pancawarna.


Ini bukti bahawa emas banyak dihasilkan di Pahang pada masa itu sehingga ianya dijadikan sebagai barang-barang perhiasan oleh perempuan yang kaya.

Sungguhpun emas telah dilombong di Tanah Melayu sejak abad pertama lagi, Tanah Melayu tidak mempunyai simpanan emas yang banyak jika dibandingkan dengan bijih timah , bijih besi, bijih bauksit dll.

Longgokan emas pada masa lampau termasuklah longgokan emas di Selinsing, Buffalo Reef, Kecau, Penjom, Raub dan Sungai Muntan di Pahang. Longgokan emas terutama adalah sezaman dengan longgokan bijih timah yang terjadi dari batu granait.

Oleh kerana emas banyak di dapati di Pahang dalam abad yang ke 16, Orang Minangkabau telah berhijrah ke negeri ini. Mereka membuat penempatan di Triang, Sungai Bera, sepanjang Sungai Semantan dan Sungai Bilut.

Dalam tahun 1612, mereka berpindah ke Sungai Jelai dan sekitarnya dimana mereka bersama dengan Orang Asli mengusahakan perlombongan emas. Orang Melayu Pahang termasuk Orang Melayu Melaka dan Orang Melayu Perak turut melombong emas di Pahang.

Orang Minangkabau ada yang melombong emas hingga ke Luit. Beribu-ribu ekar telah diusahakan perlombongan emas oleh orang Melayu. 

Selepas abad ke 18 ramai orang Cina berhijrah ke Pahang kerana tarikan 'gold rush'. Semasa awal era British hampir 12,000 orang Cina di Pahang.

Pada abad ke 19 dan 20 lebih ramai Orang Cina berhijrah ke Pahang kerana perlombongan bijih timah di Sungai Lembing dan Gambang.


Posting WZWH ini mahu membuktikan bahawa Pahlawan Lagenda Melayu Pahang dan Orang Besar Pahang telah menjadi pelombong sejak 500 dulu.

Berikut petikan-petikan dari posting WZWH bertajuk Sejarah Imam Perang Tok Gajah Sila Klik Sini.......

Tok Shahrom (Teuku Ali) berkerja melombong emas di kawasan Temau. Ulu Peruas hingga ke Budu bersama suku Rawa dan Mandailing. Pada malamnya beliau mengajar agama di madrasah sekitar kampung-kampung dari Dong hingga ke Budu.

Hasil perkongsian perkhawinan mereka, keduanya dianugerahkan 5 orang zuriat; yang pertama Ratin Mas, ke-2 Maimunah, ke-3 Khatib Rasu Abd Salam, ke-4 Khatib Mohd Amin, ke-5 Khatib Mohd Arif. Ratin Mas dan Maimunah lahir di Temau.

Dalam satu perbalahan merebut emas mentah, Ratin Mas yang sarat mengandung anak yang pertama telah dibunuh. Suaminya, Haji Hassan Keramat, turut dibunuh dalam perebutan itu.

Keluarga Tok Shahrom mengubah haluan dengan berpindah ke Budu di mana Rasu dan adik-adiknya yang lain dilahirkan.

Scrivenor J.B(1911), Ahli geologis, F.M.S Government, melaporkan bahawa orang Melayu melombong secara ‘lombong tebuk’ dan ‘lombong dedah’ di Ulu Peruas, Budu, Jeransong, Kemahang dan Tanjung Besar dan Temau.



Anuar Abd. Rahman (2011) menunjukkan berpuluh bekas’lombong tebuk’ dikenali ‘lubang penerih’ di Kg. Ceruk Serai (cerok Tok Akub), Budu, berkedalaman mencecah ratusan kaki.



Pada era pemerintahan Bendahara Tun Ali sebelum perang Saudara Pahang 1857, dilaporkan dalam jurnal Singapore chronicles, bahawa Pahang adalah pengeluar emas terbanyak dengan kualiti terbaik.Kesemua emas itu datangnya dari Ulu Pahang.


Bila tiba musimnya, anak-anak Tok Shahrom membantu ibunda mereka menguruskan kerja-kerja penanaman padi dan menjaga kerbau untuk menenggala paya. Sementara menanti padi masak mereka pergi melombong emas bersama Tok Shahrom dan memanjat pokok kabung untuk mengutip nira dan dijadikan gula kabung. Disamping itu kerja-kerja seperti menebang, menarah, menakik pokok hutan untuk dijadikan tiang dan galang rumah serta perahu kolek, dibuat bersama rakan-rakan orang Asli. Perhubungan baik Tok Shahrom dengan orang Asli sekitar kaki Gunung Benom ini banyak membantu mereka dalam kerja-kerja mengesan kawasan enapan bijih emas selain memudahkan kerja memasang perangkap dan menjerat untuk mendapatkan binatang buruan. Walaupun mereka memancing di sungai dan paya, namun aktiviti memburu binatang yang mencabar lebih digemari. Keakraban mereka dengan suku kaum Asli terjalin mesra sejak zaman remaja Rasu bagaikan aur dengan tebing.



Sejak kecilnya, Rasu dibawa menghilir Sungai Lipis dari Budu untuk ke pekan sehari Penjom dan ke pekan Kuala Lipis oleh Tok Shahrom bersama ibunya. Bahan-bahan makanan seperti ikan pekasam dan salai, jeruk kepayang dan buah perah, tempoyak, gula kabung, buah-buahan dan madu tualang hutan dijual di pekan sehari Penjom. Manakala bahan keperluan seperti garam, minyak kerosene, tembakau Jawa, kain dibeli dari kedai Cina keturunan Khek di Penjom.



Apabila ke pekan Kuala Lipis, Tok Shahrom membawa Khatib Rasu ke kedai-kedai emas untuk menjual emas mentah kepada tukang emas Cina Khek yang berasal dari Kelantan. Damar dan kayu chendana dijual kepada pembeli-pembeli yang akan membawanya menghilir ke Kuala Pahang untuk dipasarkan ke Singapura. Di pekan Lipis Khatib Rasu didedah kepada dunia perniagaan dan mula mengenali pemuka-pemuka Jelai dan Lipis. Ayahnya memang rapat dengan Tok Raja serta anak-anaknya Wan Embong, Wan Muhamad dan Tok Kaya Wan Daud, Penjom bagi urusan membayar cukai emas mentah sebelum dijual kepada Cina tukang atau peraih emas Lipis.


Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.

Beliau juga merupakan ketua pasukan pemberontak dalam penentangan terhadap penjajah British dan Sultan. bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin pada tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau serta Mamat Kelubi (Tok Janggut), Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. 

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Posting ini membuktikan Pahlawan Lagenda Pahang Tok Gajah, Mat Kilau dan Dato' Bahaman adalah pelombong.

Orang Besar Pahang adalah juga pelombong termasuk Orang Kaya Maharaja Perba Jelai @ Tok Raja. Orang Besar Berlapan, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32 terlibat dengan kegiatan perlombongan.

Hari ini kenapa kita pemimpin-pemimpin Pahang malu untuk menjadi pelombong emas, bijih timah, bijih besi, bauksit dsb kerana itu sebahagian budaya kerja Orang-Orang Besar Pahang sejak 500 tahun dulu.


MB dan EXCO Pahang jangan malu meluluskan konsesi lombong kepada pemimpin-pemimpin Pahang kerana mereka tahu bagaimana menjaga kepentingan rakyat di kawasan mereka kerana itulah budaya nenek moyang Pahlawan dan Orang Besar Melayu Pahang.

2 comments:

Anonymous said...

Khersonese.... jika pergi lebih jauh kemasa lampau.... kita juga merupakan pembekal emas kepada Mesir purba selain gaharu...

Anonymous said...

sori mr blogger wzwh. jika dengan mengeluarkan posting ini maka diharap perlombongan bauksit akan dipandang positif, ianya salah. isu bauksit bukan berkaitan dengan penafian sejarah perlombongan oleh orang2 besar pahang tetapi lebih kepada isu alam sekitar. rintihan, keluhan, kekecewaan dan kesengsaraan adalah berkait dengan kesan buruk yang dihadapi oleh orang ramai, penduduk dan rakyat kuantan. tiada keluhan kenapa orang itu jadi kaya, kenapa tanah awak ada bauksit, tetapi rakyat sudah tidak tahan dengan debu, kekotoran dan pandangan buruk yang terpaksa dihadap sepanjang hari. jika perlombongan bauksit tidak langsung menjejaskan kehidupan dan keselamatan warga kuantan, silakan! lombonglah, koreklah semaunya!. yang jadi isu ialah orang lain jadi kaya, jadi senang namun orang lain pula yang terpaksa menanggung kesengsaraan. adakah ini adil?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...