Thursday, January 14, 2016

Pahang Jangan Biar Dibuli...Di Masa Depan Jangan Biar Putrajaya Ganggu Urusan Membangun Pahang!















Monolog Antara WZWH dengan Putrajaya

Rakyat Pahang tidak boleh berharap kepada 14 ahli parlimen dan 42 ADUN kerana mereka semua hanya berideologi samada BN atau PR/PH tidak lansung berideologi PAHANG!

Pahang menerima Putrajaya

Tapi jangan sampai Putrajaya mencampuri urusan negeri melampau

Pahang jangan biar dibuli

Di masa depan jangan biar Putrajaya ganggu urusan membangun Pahang

Politik ni simple...kalau kita nampak lemah, berdiam diri, orang buli kita

Lihat Ada banyak agensi Pusat dan Media Arus Perdana yang kurang ajar dan berlagak tunjuk kuasa

Pahang perlu digondolkan untuk maju dimasa hadapan....itu juga dimasa akan datang Putrajaya bising!

Pahang baru nak gondol....Putrajaya bising...itu negeri-negeri lain sudah terang habis licin takda Putrajaya bising pun. Pahang ada beratus jenis mineral lagi....baru satu bauksit sudah bising

Sebab itu Pahang kena sombong, arrogant...baru orang takut nak buli.

Tebang Hutan salah...melombong salah..jual air salah...abis apa kuasa yang ada pada negeri Pahang..ke Pahang ni bukan sebuah negeri. Nak bayar gaji penjawat awam kat Pahang ni nanti jumpa Si Poziah MP Kuantan...

Industri bauksit berpuluh bilion setahun, kalau ada staff negeri dapat RM100,000 kebawah itu kita anggap saguhati...apa salahnya staff negeri kita kerja kuat juga , biarlah deme nak merasa duit limpahan nikmat bauksit.....

Patut lihat negeri yang cukup-cukup makan je nak memerintah,Terengganu, Perak, Kedah, Negeri Sembilan bukan solid BN berkuasa....negeri pembangkang langsung tak nak cuit..Pahang juga idaman kalbu...

Sebab itu kita kena awal-awal kata Putrajaya Tidak Perlu Campur...Pahang Negeri Berdaulat Dan Merdeka.....

Kita membiarkan Putrajaya menjajah dan membuli diri kita. Staff negeri diarah macam lembu ikut cakap agensi Federal

Bila semua diam dari atas sampai ke bawah...membisu...apa reaksi rakyat Pahang?

Ada banyak negeri lain yang pencemaran lebih teruk....tapi Putrajaya tak bising pun...Kenapa?

Pahang sudah ada program, rancangan, pelan dan tindakan bagi menyelesaikan permasalahan dan isu bauksit TAPI Putrajaya dan gerombolan Kementerian, Agensi, Media Arus Perdana termasuk Statement Menteri mengambil kesempatan masuk campur menunjuk keghairahan, kesombongan dan keangkuhan menjajah dan mencampuri urusan Negeri Pahang Darul Makmur.

4 comments:

Anonymous said...

Org malaysia ni dah terikut trend monopoli. Kalau boleh satu syrkt yg kawal semua benda. Tak biasa tgk rakyat biasa uruskan sendiri. Setuju kerajaan bantu kawal tp bukan menghentikan. Ini hakmilik individu. Jgn diganggu rezeki mereka. Bumi pahang ni masih subur. Nikmat ini hasil pengorbanan moyang kita semua Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah dll yg berjaya halang british dari meratah hasil dr bumi darulmakmur.

Anonymous said...

BAngang mana yang tulis article ni. Cuba ko bukak mata ko dan tengok masalah yang ditimbulkan oleh kerja-kerja melombong dan pencerahan hutan yg tidak dikawal. Yang menjadi mangsa nya ada lah rakyat pahang sendiri. Berapa banyak gomen servant yag telah ditahan oleh SPRM atas sobab rasuah dalam perlombongan bauksit ni?? Ini baru kat Kuantan...kat tempat lain - hutan yang kena gondol tanpa ada rancangan tanam semula tu?? Rakyat Pahang tak kisah nak majukan Pahang dengan mengambil hasil bumi TAPI buat secara BERHEMAH lah OIIIII!! BODOH TAK BOLEH DIAJAQ, CERDIK TAK BOLEH DI IKUT!!!!!

Anonymous said...

Pahang sudah ada program, rancangan, pelan dan tindakan bagi menyelesaikan permasalahan dan isu bauksit TAPI Putrajaya dan gerombolan Kementerian, Agensi, Media Arus Perdana termasuk statement Menteri mengambil kesempatan masuk campur menunjuk keghairahan, kesombongan dan keangkuhan menjajah dan mencampuri urusan Negeri Pahang Darul Makmur.

Anonymous said...

pahang nak sombong boleh je, tapi kena la cerdik. apa orang kata "jangan bodoh sombong". isu debu merah laut merah kereta merah dah jadi wabak satu malaysia, pahang lagi nak sombong ke? kalau pahang nak korek bauksit ke, nak gondolkan bukit ke lantaklah, tapi kena ada plan dan perancangan yang betul. jangan sampai menyusahkan rakyat terbanyak yang tidak mendapat sedikitpun manfaat daripada lombong bauksit dan pembalakan gila babi tu. nak sombong kepada faderal konon, satu daerah habis tukar warna jadi merah, apa plan pahang ada untuk mengelaknya? yang pastinya cukai2 patut dibayar kepada kerajaan negeripun habis ditipu. nak sombong lagi? nak berlagak lagi? tak payah nak nafilah, pahang memang sentiasa terkebelakang dalam apa2 segipun. malu la berjiran dengan trengganu, selangor dan johor. cuma boleh la sejukkan hati sikit kerana ada jiran yang agak senasib, kelantan. sombonglah, bongkaklah. nanti orang kata tak sedar diri.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...