Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, January 6, 2016

Penjelasan Paling Mudah Buat Rakyat Faham Sumbangan Cukai Bauksit Membantu Ekonomi Pahang



Tahun 2015, Pahang mengeksport lebih 27 juta tan bijih bauksit ke China. Kerajaan China sangat berterimakasih kepada Kerajaan Malaysia yang menyumbang 40% keperluan import bijih bauksit China. Kerajaan China komited mahu membantu membina infrastruktur Negeri Pahang.


Buat masa sekarang tiada pihak yang boleh menerangkan kepada rakyat Pahang betapa penting sumbangan cukai Bauksit kepada ekonomi Pahang.

Apa yang diterang setakat ini adalah apa langkah-langkah Kerajaan Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Negeri dan Pusat seperti PDRM, JPJ, SPAD, PTG, Custom dan MPK untuk selesaikan masalah.


  • Berjumpa dengan semua pengusaha Bauksit.
  • Melancarkan Operasi Bersepadu selama 24 jam selama 2 bulan.
  • Memperkenalkan 6 Langkah Pengkuatkuasaan serta merta yang dibangkitkan oleh ADUN di Sidang Dewan.
  • Membatalkan lesen perlombongan dan Permit 4C terhadap pihak yang menyalahguna eksport ke luar negara.
  • 5000 buah lori telah disita dan dikenakan kompaun.
  • Teknologi 'Adherex 120' yang boleh buat debu menjadi keras akan diimplemen dengan kos ditanggung oleh pelombong.

Walau begitu illegal miners pelombong haram yang telah memajak tanah hak milik penduduk Kuantan tidak memperdulikan itu semua.

Pelombong berlesen dan punya permit beroperasi mengikut undang-undang.

Kerajaan Negeri Pahang belum lagi sampai ke tahap meminta bantuan Tentera Diraja Malaysia untuk menguatkuasa dan memantau seperti kes penerokaan tanah haram di Cameron Highlands.

Mungkin jika terlalu melampau option ini boleh Kerajaan Negeri Pahang pilih.


Satu penjelasan mudah buat rakyat faham sumbangan cukai bauksit membantu ekonomi Pahang.


Pengeluaran tahunan bauksit secara average ialah 10 juta tan.

Kerajaan Negeri Pahang mengenakan cukai RM4 se tan.

Maka Pahang beroleh cukai sebanyak RM40 juta.

Pada tahun 2015, pengeluaran bauksit sebanyak 27 juta tan.

Maka pendapatan cukai sebanyak RM108 juta.

Kerajaan Negeri Pahang berhasrat mahu menaikkan cukai bauksit dari RM4 ke RM8 se tan.

Jika pengeluaran bauksit pada tahun 2016 bersama lebih kurang 27 juta tan.

Dengan mengunakan kadar baru cukai bauksit maka Kerajaan Negeri Pahang beroleh cukai sebanyak RM216 juta.

Bila pembentangan Bajet Belanjawan Negeri Pahang setiap tahun tiada masalah.

Ini penjelasan mudah buat rakyat faham sumbangan cukai bauksit membantu ekonomi Pahang.

1.6 juta penduduk Negeri Pahang memang faham.

10 comments:

Anonymous said...

amat malang...

Anonymous said...

Anon 11:01
komen tak jelas.....terangkan apa yang amat malang itu?

Anonymous said...

adakah dengan nombor2 keuntungan yang diterima oleh perbendaharaan pahang maka rakyat biasa, rakyat marhein yang langsung tidak terlibat dengan aktiviti bauksit ini harus menadah hidung, mata, kereta dan rumah kediaman dengan debu merah? segala bagai harta benda akan bersalut 'tepung merah' sedangkan apa yang sepatutnya diperolehi sebagai galang ganti kesengsaraan debu bauksit tidak pula kelihatan. bagaimana hati rakyat akan berhenti dari sakit jika saban hari menghadap kekotoran merah sambil berfikir betapa halobanya mereka yang terlibat sehingga tergamak menjahanamkan ketenteraman orang lain! saya ambil contoh, perlombongan bauksit disekitar kota sas telah menyebabkan kawasan kejiranan taman tersebut berubah warna dan berubah rasa sehingga ke dalam rumah sedangkan tiada satu sen keuntungan yang diperolehi oleh penduduk. adakah kos basuh kereta, sapu debu setiap hari, jalan berdebu atau becak merah yang perlu dihadap setiap hari itu ditanggung oleh pengaut bauksit? ok, nak bagi contoh dari segi kos cuci kereta, jika tiada isu debu bauksit kereta akan dibasuh di pusat cuci kereta sebulan sekali dengan kos rm10. kini hampir setiap minggu perlu dicuci (untuk elakkan kereta digelar kereta celup tepung) dengan kos rm40. pertambahan rm30 tentunya tanggungan sendiri sedangkan tukang buat onar senang lenang kira duit masuk setiap hari. so, dimana wajarnya semua fakta yang penulis maksudkan?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Kerajaan Negeri Pahang perlu memastikan point2 Anon 11.46 itu tidak berlaku lagi. Sebelum itu boleh dilaksana Kerajaan Negeri Pahang perlu bayar pampasan kepada penduduk, Taman, Kampung yang terlibat.

Anonymous said...

Sepatutnya sebelum projek bauksit di jalankan mesti study dulu apa kesan buruk yang bakal terjadi dan di implement cara pencegahannya, itu baru la di katakan smart ni tak, buat projek dulu janji duit masyuk pastu baru sibuk nak cari jalan penyelesaian itu bodoh namanya.

Anonymous said...

Susah mahu cakap bro...ini semua fenomena Bauxite Rush

Anonymous said...

Butuh la 108 juta..dpt 8 juta je la..100 juta dh kena rembat..

Anonymous said...

PETALING JAYA: The Pahang government only earned RM8 million from bauxite exports last year instead of the expected RM40 million, the New Straits Times reported.

The English daily learnt that in the last three months alone, the Kuantan Port which has the basic capacity of handling one million tonnes of bauxite each month had adjusted its operations to facilitate Kuantan’s bauxite export to 3.5 million tonnes.

“If these numbers are anything to go by, some 80 per cent of the earnings have not been accounted for,” the NST wrote, adding that the Pahang government stood to lose more revenue should it revise the levy on bauxite production from RM4 to RM8 per tonne.

The daily also established that last year, total bauxite output from the state was no less than 27 million tonnes.

This, it wrote, it should have earned Pahang at least RM108 million from bauxite exports.

NST went on to quote chief operating officer of Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC), Khasbullah A Kadir as saying that as the “support operator” it was not up to them to determine if goods were legitimately sourced.

Anonymous said...

On the amount of royalty earned by Pahang government from the export of bauxite, MB said RM46.7 million was collected in 2015 and RM2.4 million the previous year.

Anonymous said...

Ingatkan apa sangat rupanya debu je.