Sunday, January 3, 2016

Bila Pemimpin Pembangkang Kuantan Sabotaj Ekonomi Bauksit Dan Menteri Kabinet Tidak Faham Teknologi 'Adherex 120'



Demo henti debu bauksit guna 'Adherex 120'. 

Isu bauksit kecoh lagi. Dalam keadaan kerajaan negeri sedang berunding dengan kerajaan pusat bagi mencari formula terbaik yang menguntungkan semua pihak, ada pihak yang menangguk di air keruh. 

Ketika demo penggunaan 'Adherex 120' oleh Prof. Mongi Ferchichi di tapak perlombongan bauksit KotaSas di RTP Bukit Goh dulu, bukan sahaja media bahkan wakil-wakil rakyat pembangkang turut serta. Mereka faham dan meraka tahu, namun demi kepentingan politik dan kerjaya masing-masing maka mereka pura-pura tidak tahu. 

Untuk makluman, 'Adhrex 120' pernah digunakan oleh US semasa menceroboh Iraq dimana ianya disemburkan dipasir-pasir gurun, menjadikannya keras dan tidak berdebu untuk dilalui oleh pengangkutan tentera US. Pasir jadi keras dan tidak lagi berdebu selepas penggunaan bahan berkenaan. 

Di media arus perdana, isu itu dimainkan semula dan gambar-gambar lama juga dimuatnaikkan di laman-laman media sosial bertujuan menjatuhkan kredibiliti kerajaan negeri. Pembaca dilaman media sosial pula tanpa usul periksa terus percaya dan menyebarkannya menjadikannya viral. 


Bauksit: Kabinet arah berhenti sementara 3 bulan Bimbang risiko pencemaran alam sekitar, bantahan penduduk Sila Klik Sini.


Masalah utama perlombongan bauksit adalah pencemaran dari segi debu-debu apabila bauksit diangkut ke pelabuhan. Itulah yang sedang cuba diselesaikan dengan formula dari Prof. Mongi Ferchichi. 

Pembangkang tahu mengenai itu bahkan sebahagian mereka dan kaum kerabat mereka juga mendapat faedah dari hasil perlombongan berkenaan, namun dalam masa sama mereka juga bersuara seolah-oleh mereka tidak mendapat apa-apa dan berjuang demi rakyat.

Ralatnya kenapakah mereka yang mendapat faedah dari bauksit tidak pula pertahankan perlombongan bauksit ini? Mana pemilik-pemilik tanah yang dijadikan lombong? Mana pemandu dan pengusaha lori? Mana pekerja-pekerja yang berkaitan dengannya? 

Ada yang dalam facebook bukan main handal melabel orang lain sebagai blogger pemakan dedak namun dalam isu cari makanannya sendiri dia diamkan diri. Memang ramai yang 'terseksa' akibat pencemaran perlombongan bauksit berkenaan, namun berapa ramai pula yang mendapat 'kehidupan' darinya. 

Kerajaan negeri pasti ingin bersikap adil kepada semua pihak. Berapa ramai pemilik tanah yang ingin perlombongan ini diteruskan? Berapa ramai pemandu-pemandu dan pemilik pengangkutan serta pekerja-pekerja yang akan putus mata pencarian jika ianya dihentikan. 

Di negara-negara luar, mereka juga lakukan perlombongan bauksit dan tidak menghadapi sebarang masalah kerana ianya tidak dimomok dengan keburukan yang melampau. Hanya di Malaysia keadaan ini berlaku. 

Apakah jika pembangkang memerintah perlombongan akan dihentikan terus? Bukan sedikit pengalaman kita dengan pihak pembangkang, lihat sahaja di negeri-negeri dimana pembangkang berkuasa, mereka tetap melakukan yang sama walaupun dulunya mereka bantah. 

Jadi apa yang kita harapkan dari perjuangan pembangkang ini? Mereka ingin dilihat sebagai pejuang rakyat dalam isu-isu tertentu yang rakyat tidak banyak memahami hanya kerana ingin mendapat pengaruh dan undi, Hanya untuk mendapat kuasa. 

Namun apabila mereka berkuasa, mereka tetap akan melakukan perkara yang serupa. Jusetru perubahan apa yang kita harapkan?







































Tidak ada Laut Kuantan Merah sebagaimana yang didakwa...WZWH sendiri mandi di Pantai Balok dan tidak hadapi masalah Sila Klik Sini.

Air di pantai Kuantan masih jernih dan selamat untuk bermandi-mandian dan tidak sebagaimana yang digambarkan. Mungkin jika kita tidak ke sana kita tidak akan megetahui hakikat kebenarannya. Memang ada berlaku 'kekeruhan' air akibat dari hujan lebat, tetapi itu adalah normal dimana-manapun. 

Mungkin kebebasan bersuara dan media sosial baru bagi rakyat negara kita, jadi mereka tidak memahaminya dengan baik, tak dapat membezakan yang mana maklumat benar dan yang mana yang salah. 

Sikap suka dan cepat menyebarkan maklumat tanpa usul periksa juga adalah punca kegawatan ini. Tidak ada makna Malaysia jadi negara maju sedangkan fikiran kita masih fikiran kelas 3. Mudah terpengaruh dan terpedaya. 

Kasihan kepada pengusaha dan pemandu lori, pekerja-pekerja serta penjaja dan peniaga yang yang bergantung hidup dan harap dengan adanya pelombongan bauksit. Cuma, kerajaan negeri perlu segera cari jalan penyelesaian agar debu-debu dan habuk dari pengangkutan bauksit berkenaan tidak terus menganggu penduduk yang terlibat.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...