Friday, January 15, 2016

Projek RM60 Bilion Eastrain Railway Meransang Ekonomi Pahang, Terengganu Dan Kelantan



Projek terbesar abad ini membina landasan keretapi Pantai Timur route baru. Projek RM60 bilion dibiayai oleh private investor sepenuhnya. Projek ini lebih hebat dari projek IMDB.



Landasan keretapi Pantai Timur sekarang yang sudah tidak economic dan viable. Laluan pun sering terdedah kepada banjir. KTMB beri servis secara CSR untuk masayarakat walau rugi. Dicadangkan tutup saja landasan keretapi tukar buat projek jalanraya baru di masa depan.

Di Pantai Timur berdekatan jalinan pantai hanya ada landasan keretapi Kuantan Port-Kerteh refinery oil n gas Petronas Terengganu sejauh 77km. Tapi landasan ini sudah tidak selamat kerana defect construction tidak selamat bagi mengangkut kargo chemical lalu ditutup sebab tidak selamat.

Landasan ini termasuk juga landasan dari Gebeng kawasan Industri ke Kuantan Port sejauh 15 km. Juga landasan ini sudah tidak digunakan. Ini juga dicadangkan untuk mengangkut kargo bauksit dari lombong-lombong di sekitar Kuantan dihantar ke Kuantan Port.

Akhbar Star ada menulis tentang projek landasan keretapi Pantai Timur yang baru lebih kepada perspektif kepentingan Pahang sila klik sini.

Setelah hampir 6 tahun DS Najib menjadi PM, ini lah masa yang baik untuk DS Najib buat infrastruktur baru bagi negara. Cukuplah DS Najib bercerita hal kejayaan Almarhum Tun Razak membina negara.

Rakyat Malaysia mahu lihat pembangunan pesat membina negara dari air tangan DS Najib sendiri. DS Najib sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membina pembangunan pesat negara.

DS Najib beruntung kerana semua pihak majoriti menyokong kepimpinan beliau. Tidak seperti Mahathir selepas 6 tahun terpaksa struggle politik kerana mendapat tentangan Ku Li-Musa Hitam yang akhirnya buat UMNO jadi parti haram pada 1988.

Polemik politik tidak memberi faedah kepada negara. Kita perlu fokus kepada politik pembangunan. DS Najib perlu kembangkan ekonomi, bina infrastruktur bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi.

Ini masa paling sesuai bila harga minyak dan kos pembinaan menjadi lebih murah.

Posting ini WZWH outline EastCoast Railway Infrastructure untuk pembangunan ekonomi negara terutama khasnya untuk Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Faedah projek infrastruktur ini untuk bangunkan pertumbuhan ekonomi di Daerah Bentong, Bera, Temerloh, Maran (sekali gus pembangunan gugusan Felda Jengka), Pekan ( Inland Port dan Hinterland bagi industri automatif), dan Kuantan.

Seterusnya Negeri Terengganu -Daerah Kemaman, Laluan Petronas Kertih-Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Setiu, dan Besut.

Negeri Kelantan - Daerah Pasir Putih, Bachok, Jeli, Kota Bahru-dan Tumpat

Finance projek ini ada cara dan kaedahnya.

Bagi pembaca blog WZWH yang serious sila baca keratan article-article Sila Klik Sini betapa pentingnya Building Eastcoast Railway-new route and double track kepada pembangunan ekonomi.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...