Tuesday, January 5, 2016

POST Bauksit: Masa Depan Dan Hala Tuju Ekonomi Kuantan



Kuantan berpotensi besar menjadi Pusat Refinery Minyak dan Gas yang terbesar di Malaysia bila pelaburan USD20 bilion (RM80 bilion) berjaya dilaksanakan nanti.


Banyak pihak bimbang jika operasi bauksit dihentikan. Takut menjejaskan ekonomi Kuantan. Secara kasarnya Kuantan perlu mengeksport 10 juta tan bijih bauksit ke China setiap tahun.

Secara matematiknya pada harga RM200 se tan nilai average bauksit setahun ialah RM2 bilion. Economists mengira nilai eksport bauksit Kuantan ke China menjangkau RM2.4 bilion setahun.

Kerajaan Pusat telah mengarahkan supaya operasi bauksit dihentikan sementara selama 3 bulan untuk dibuat kajian ekoran komplen persekitaran yang tercemar. 

Selepas itu Kerajaan Pahang akan membuat keputusan samada meneruskan operasi atau menghentikan terus perlombongan bauksit.

Posting WZWH kali ini akan membicarakan masa depan dan hala tuju ekonomi Kuantan tanpa sumbangan dari bauksit jika akhirnya kerajaan mengambil keputusan menghentikan operasi.

Sebelum itu WZWH mahu memperkenalkan Daerah Kuantan kepada pembaca blog WZWH yang tidak tahu di mana Kuantan. Dunia lebih mengenali Taman Negara Kuala Tahan dari Kuantan!

Kuantan adalah daerah yang paling kecil di Pahang. Namun walau kecil tapi penduduknya berjumlah 700,000 orang dan bandar Kuantan menjadi ibu negeri Pahang.

Kuantan adalah tempat paling bertamadun di Pahang. Orang yang paling cerdik di Pahang ramai di Kuantan.

Kuantan sebenarnya mempunyai 3 kawasan parlimen dan 8 DUN. Dari pilihan politik, Keputusan PRU 13: 2 parlimen dan 4 DUN jatuh ke tangan pembangkang. 1 kawasan parlimen dan 4 DUN masih BN punya.

Bauksit mengalami nasib yang tidak sama dengan Lynas Rare Earth. Lynas walau ditentang bagai nak gila, ramai orang Kuantan berguling di jalanraya tetap diteruskan projek itu.

Lynas adalah sebuah kilang tertutup. Rare earth adalah diimport dari Australia. Tiada masalah projek Lynas ini diteruskan.

Bauksit pula sudah 4 tahun diusaha, tidak ramai pula orang Kuantan berguling dijalanraya tapi sejak akhir ini ditentang.

Apa lagi ekonomi Kuantan selepas tiada perlombongan timah, bauksit selain dari menjadi tempat resort dan hotel tepi pantai.

Kuantan perlu dibangunkan dengan ekonomi baru high added value. Kuantan perlu mengambil kesempatan dari lokasinya yang paling strategik dalam Asia memacu eksport ke China, Jepun dan Korea.

Pelabuhan Kuantan terlalu kecil. Kuantan perlu Kuantan Hinterland Port yang besar.

Kuantan Hinterland Port yang boleh membangunkan bandar-bandar kecil, kilang-kilang SMI, gudang-gudang, properti-properti bangunan perniagaan dan perumahan.

Kuantan perlu 20,000 ekar tanah untuk menjadi Pusat Refinery Minyak dan Gas terbesar di Malaysia dengan pelaburan dari pelabur yang berminat melabur USD20 bilion hampir lebih RM80 bilion.

Kuantan perlu bina jalan keretapi baru dari Pelabuhan Kuantan menghubungkan ke Pelabuhan Kelang, menghubungkan ke Kertih dan Paka, menghubungkan ke Pelabuhan Kemaman, menghubungkan ke bandar automatif Pekan, menghubungkan ke Terengganu dan Kelantan.

Peluang pekerjaan boleh diwujudkan, peluang perniagaan baru boleh diciptakan.

Masa depan dan hala tuju ekonomi Kuantan selepas era bauksit.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...