Thursday, November 10, 2011

Gold Rush Pahang Darul Emas

Harga emas dunia makin mahal dijangka mencecah USD 2000 satu ounce. Dunia berlumba membeli emas. China dan India pembeli emas terbesar dunia. China saja dijangka membeli 350 metric tons tahun ini. China juga telah telah mengatasi India.

China beli emas kerana mahu mengelak inflasi dan juga sektor property market, stock market, commodity market perlahan. Ini juga strategi China mahu melemahkan dollar Amerika sebagai matawang dunia.

China vs. India

Negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom-Scotland juga membuka kembali lombong emas lama. Beberapa lesen lombong dan konsesi emas telah dijual kepada syarikat lombong antaranya:

Cononish

Lombong Cononish Scotland. 140 tahun dulu mula dilombong. Rundingan sedang dijalankan membuka lombong Trossachs National Park dan Loch Lomond serta lombong bawah tanah Cononish Glen.

ML

Lombong emas lama di California juga sudah dibuka. Mother Lode, The Lincoln Mine, dan Sutter Creek mengembalikan kembali nostalgia gold rush California.

OD

Olimpic Dam, Adelaide Australia-lombong emas ke-5 terbesar dunia.

Grasberg

Lombong emas terbesar dunia di Indonesia. Konsesi lombong ini dibeli oleh  Syarikat Freeport McMoRan dari Amerika Syarikat.

Tanah Melayu pada abad pertama lagi dikenali sebagai Semenanjung Emas @ Golden Khersones @ Swarnabumi. Pahang terutamanya adalah antara pengeluar emas terbesar.

Di Pahang kawasan lombong emas ada di Daerah Lipis, Rompin, Maran dan Jerantut. Di Jerantut terdapat beratus ribu hektar dipercayai mempunya rezab emas oleh pakar emas Australia yang banyak terutama di DUN Tahan.

DUN Tahan juga kaya dengan galian bijih besi. Hari ini harga besi jatuh sedikit dari USD 70 kepada USD 50 setan. Namun selepas Tahun Baru Cina dijangka harga kembali naik.

Gold Rush Pahang Darul Emas-kita perlu teroka dan buka lombong emas di Pahang terutama di DUN Tahan dengan menggunakan teknologi terkini canggih supaya dapat hasil buat kerajaan negeri.

WZWH hanya cerita sedikit buka kekayaan ekonomi tempat kita Jerantut. Siapa kata tempat kita Jerantut ini selalu mundur dan lambat membangun dan miskin. 

17 comments:

Anonymous said...

Jadi apa tindakan kita... takkan nak tengok orang lain sapu habis kekayaan... jangan jadi menang sorak ..kampung tergadai. Jom WZWH kita melombong... ceciter sikit lagi .. macam mana nak melombong ni..

Anonymous said...

wzwh dah bertindak lama dah ..... dah berbelas kertas kerja permohonan lombong bijih sampai kat pejabat MB tuuu .... dah 2-3 dia dapat hak melombong..... dah ber berbelas puluh ribu sebulan dia dapat hasil ....

Anonymous said...

Wow..hebat ni WZWH dah dapat hasil ke? Jom melombong..kat mana nak di lombong tu..? Mendulang je kecilan boleh jugak kan? WZWH boleh la kongsi sikit hasil tu...

Anonymous said...

Wauuuuu banyaknya emas diJerantut,khususnya di DUN Tahan,patutlah wzwh bagi nak sawan mengakat
YB ADUN Tahan,sebab emas dan besi rupanya .Mati2 saya percaya dia berjuang untuk UMNO,Melayu
dan pembanguan Jerantut seperti yang didendangkan selama ini.Rupa2nya ada emas dan besi sebalik
madah.......

Kita akan lihat nanti ramai penyamun terbus berkeliran di Pejabat Tanah untuk mendapat,melihat dan membeli pelan tujuan melombong.Meriah meriah,mereka ini sudah tentulah daripada tokoh
keparat/koprat yang tidak pernah kenyang walaupun makan sampai buncit....semuanya akan terkedu
bila diberi tahu kawasaan yang dimohon telah habis dikebas oleh tapah yang mejaga sungai
Tembeling.

korek hidong saja....

Anonymous said...

Anon 12:08 ni kuat prasangka, apa yang WZWH tulis adalah potensi kekuatan ekonomi DUN Tahan. Semua besi dan emas serta galian lain adalah kepunyaan kerajaan Negeri Pahang.

Anonymous said...

Heeheee...
kawan tak teruja langsung dengar cerita emas/besi ni...sedetikpun tidak....

Sebab apa? pahang dah lama terkenal dengan sejarah lombong ni...

Sg Lembing pernah menjadi lombong timah yg terbesar di dunia...sekarang ni apa yg tinggal dan apa nasib penduduk kat situ?...

Raub...pernah terkenal dengan lombong emas dari dulu sehingga sekarang aktiviti mencari emas berjalan...tapi tak ada apa yg aku dan org2 kat sana boleh dibanggakan...

Kayu balak merata2 ditebang...pahang adalah negeri terkaya dengan kayu balak di semenanjung...punyala byk...dibahagi2 plak...ada bahagian raja....ada bahagian kerajaan..ada bahagian umno...ada bahagian datok tu....datok ni...
Doh org-org kg dapat apa?...keje tebang balok pun tak merasa..paling kuat dapat keje pejabat hutan....itupun dah byk sekatan...tak de overtime...elaun tak dpt...naik gajipun susah....

Org2 kg lama tu...awok tinggalla tepi kubur tu....tunggulah giliran dan pangilan masuk ke dalam........

kerajaan kenang mereka masa nak mengundi..dapatla duit seratus dua dengan Tshirt... dipimpin oleh "puteri2" ke tempat ngundi sambil dipicit2 dan diurut2.lepas hantar balik ke rumah...
pandai2 awokla nak hidup.....jumpa lagi ngundi akan datang...kalau pjg umurla....

spirit of pasir tambang said...

ouuuuhhh!lawak betul hok diatas ni.
boleh tanya orang kampung dapat apa.buta ke dia ni?
cukai dan primium yang dikutip hasil dari sumber alam inilah yang menampung perbelanjaan negara untuk kemudahan rakyat.untuk tampung belanja pendidikan anak2,hospital,kemudahan asas.ke dia ni duduk dalam hutan tak pernah merasai segala kemudahan ini.Cittt!!! poooodaaahhhh!!!!

Anonymous said...

Anon2 senua,

Buap apalah dema bebelah,mari dengar cerita kah , ini bukan cerita karut, ini betul2 berlaku . Kah duduk Tembeling Tengah,tak payahlah kah sebut nama kapng keh.Satu hari ada seorang plitik beleh dikatakan orang besar jugalah,dema nak tahu apa dibuat,dia bawak kereta pengurik tanah ,dia korek tanah keh,dia cari bijih besi ,melumpatlah keh,cemas dah keh repot polis,tapi sedara mara tak bagi keh repot sebab ada sikit hubunangan keluarga . Lepas tu kawan tobat kawan tak akan pecaya orang tu sampai mati pun....cina cakap orang macam tu [nang bui tinang,kui bui tikui [muksudnya orang bukan orang ,hantu bukan hantu] hantupun takut dengan orang macam ini.

Awak me nak tahu lebeh jelas pegi buat siasatan dikampong kah,cuba2lah pegi kelabu,merting,cebong,bukanya bayak sangat kanpong disitu ,pasti dema dapat jawapan.ingat ini bukan mengarut,jauh sekalifitnah.wzwh pun tahu.itupun kalau dia nak cakap betullah.entahlah kot sekarang ni dia ikut perangai boss dia.diapun sedara keh juga .

Anonymous said...

daerah jerantut sebenarnye boleh dapat apa yg lebih dgn apa yg ada sekarang.hasil buminya melimpah ruah.tp malangnya dikuasai oleh mereka yg tamak mementingkn diri sndiri dan kroni2nya.x mustahil org melayu jerantut akn merempat di negerinya sndiri suatu masa nnti..

Anonymous said...

tu la anon....

Kalau ikut kan...jerantut adalah daerah terkaya di pahang...kayu balaknya...perlancungan....hasil sungai dan bumi....pahlawan pahang berjuang untuk merdekapun dari sini juga....byk hasil dan jasa jerantut ni.....
tapi ye..la.....kwn bimbang satu hari nanti jadi nasib Sg Lembing..
habih sepah madu dibuang.....
Kwn dah tak rela doh....

Anonymous said...

apa kata yg cerdik dlm ilmu emas ni tolong ajar le kami2 ni..saya kira sapa
sapa yg megajar ilmu yg bermenefaat
pahalanya amat bnyak..org kaya kita tak mampu sekat ..cuma kami yg miskin ni mintak di ajar ilmu oleh dema2 yg berilmu dlm bidang emas ni..caranya klw bleh ..

Anonymous said...

Anda Berminat dengan Pencarian Emas harta Karun?
Ini Jawapannya Metal Detector Buatan Malaysia.Alat Pengesan Logam
Promosi RM690 waranty 3 tahun Repair dan Service PERCUMA.
Hubungi 0179873415 Sahhir.

http://www.youtube.com/watch?v=Ow85BnVhuII

Dr_Don said...

Salam, kalau mcm tu, ade lg ke Tempat & peluang utk buat mendulang secara kecil kecilan, syoq jugak hobi ni bleh dapat hasil tu...

yan said...

salam sejahtera semua,lombong bijih emas sluas 202ha,hendak dipajak..sekiranya ade pihak yg berminat boleh whatsapp sy 0122894401..sharing is caring..

yan said...

salam sejahtera semua,lombong bijih emas sluas 202ha,hendak dipajak..sekiranya ade pihak yg berminat boleh whatsapp sy 0122894401..sharing is caring..

yan said...

salam sejahtera semua,lombong bijih emas sluas 202ha,hendak dipajak..sekiranya ade pihak yg berminat boleh whatsapp sy 0122894401..sharing is caring..

yan said...

salam sejahtera semua,lombong bijih emas sluas 202ha,hendak dipajak..sekiranya ade pihak yg berminat boleh whatsapp sy 0122894401..sharing is caring..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024