Monday, November 28, 2011

Ranking Prestasi MB @ KM Berdasarkan GDP Growth 2010


Posting kali ini WZWH memberi laporan kepada rakyat Malaysia dan Pahang tentang ranking prestasi Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Malaysia dinilai berdasarkan GDP growth (pertumbuhan KDNK) semasa tahun 2010.

Selalunya MB dan KM menilai prestasi KPI ADUN-ADUN. Atau PM DS Najib menilai KPI para Menteri-menteri dan MB dan KM.

Kini rakyat Malaysia dan Pahang boleh menilai pula prestasi MB dan KM masing-masing. Kita lihat dulu laporan Gross Domestic Product (GDP) by State, 2010. Sila klik sini.

Chart 1: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010

Chart1

Ekonomi global melonjak pada 2010 selepas krisis kewangan dunia dan kemelesetan ekonomi 2009. Pertumbuhan ekonomi menggalakkan di Asia. Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi 7.2% pada 2010 ( 2009: -1.6% ). Pertumbuhan dipandu oleh sektor Perkhidmatan (6.8%) dan sektor Pembuatan (11.4 %)

Trend pertumbuhan ekonomi melonjak boleh dilihat pada prestasi ekonomi negeri-negeri yang terlalu bergantung kepada sektor Perkhidmatan dan sektor Pembuatan. Carta menunjukkan Selangor mencatatkan pertumbuhan ekonomi tertinggi sekali 10.8% (2009: -1.0 %) disokong banyak oleh sektor Pembuatan meningkat kepada 19.5% berbanding -7.6% pada tahun lepas.

Begitu juga GDP Pulau Pinang dan Johor menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh 10% (2009: -10.8%) dan 9.3% (2009: -4.0%) kerana prestasi yang lebih baik dalam sektor pembuatan. Negeri -negeri lain yang bergantung kepada sektor Pembuatan dan sektor Perkhidmatan juga mencatatkan pertumbuhan ekonomi memberansangkan. Momentum pertumbuhan ekonomi boleh dilihat di Perak (5.7%), Melaka (5.6%), Negeri Sembilan (5.3 %), Pahang (4.5%), Sarawak (4.5%), Kedah (4.4 %) dan Terengganu (4.3%).

Bagi Sabah pula ,pertumbuhan ekonomi sederhana kepada 2.4% berbanding 3.8% pada 2009. Ini kerana momentum yang perlahan dalam sektor Perlombongan dan Kuari. Pertumbuhan ekonomi tinggi di WP Kuala Lumpur (9.2%) dan WP Labuan (6.0 %) ekoran prestasi kukuh sektor Perkhidmatan seperti Kewangan dan Insuran.

Walaupun faktor luaran mempengaruhi pertumbuhan GDP Growth namun MB mahu pun KM ialah CEO negeri maka sebagai pemimpin perlulah menghadapi situasi mencabar ini seperti Tun Mahathir menghadapi krisis kewangan Asia pada tahun 1997/98 dengan jayanya.

Berikut ialah ranking prestasi MB dan KM berdasarkan GDP Growth 2010 ;

  1. Selangor Y.A.B. TAN SRI DATO' ABDUL KHALID BIN IBRAHIM 
  2. Pulau Pinang Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG 
  3. Johor Y.A.B. DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN 
  4. WP KL (Putrajaya- YAB DS NAJIB) 
  5. WP Labuan (Putrajaya-YAB DS NAJIB) 
  6. Perak Y.A.B. DATO' DR. ZAMBRY BIN HAJI ABD. KADIR 
  7. Melaka Y.A.B. DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM 
  8. Perlis Y.A.B. DATO' SERI DR. MD. ISA BIN SABU 
  9. Negeri Sembilan Y.A.B. DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN 
  10. Sarawak Y.A.B. PEHIN SRI TAN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD 
  11. Pahang Y.A.B. DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB 
  12. Kedah Y.A.B. DATO' SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK 
  13. Terengganu Y.A.B. DATO' AHMAD BIN SAID 
  14. Kelantan Y.A.B. TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 
  15. Sabah Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN 

Terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan iaitu faktor politik dan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Dari segi prestasi petunjuk ekonomi ini ialah senarai kedudukannya.

Bagi Pahang pula , MB DSD Adnan Yaakob mendapat kedudukan ke 11 antara 15 negeri (termasuk WP) yang dinilai (2009: 7). Namun pertumbuhan GDP Growth iaitu 4.5% perlu dipertingkatkan. Sektor Perkhidmatan dan sektor Pembuatan perlu diperhebat disamping mengekalkan pertumbuhan sektor Pertanian dan merancakkan sektor Perlombongan.

5 comments:

Anonymous said...

Kenapa pantai timur masih jauh kebelakang sedangkan dah lama merdeka. Majoriti melayu yg rata ratanya miskin apa yang pemimpin dan MB mereka dok buat selama berpuluh tahun ni?

Anonymous said...

Top 2 negeri pembangkang...

tak miskin plak negeri tu bila pembangkang memerintah.... sebab khairy kata jahanam kalau pakatan memerintah....

kedah dan kelantan sama taraf dengan terengganu dan sarawak walaupun negeri terengganu dan sarawak kaya dengan minyak dan balak...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Asas dan struktur yang sedia kukuh telah disediakan oleh kerajaan BN yang sudah lama memerintah Pulau Pinang dan Selangor. Negeri-negeri lain perlu meningkatkan sektor Perkhidmatan dan Pembuatan.

Anonymous said...

sebab 2 krjn BN kene adil dengan semua krjn negeri...tak Kiralah sesuatu Negeri di perintah olh pembangkang atau tidak.....beri geran ke Negeri Kelantan pun lambat....Kalo cepat dan Tanpa halangan...dah lame tinggal Pahang 2...

Anonymous said...

minyak amik royalti tak bagi, macam mana, bila BN menang diTrengganu royalti dapat pulak, nak kata apa, ni la nasib bila pemimpim melayu berdendam dengan pemimpim melayu disebabkan perbezaan pendapat.

bila DAP kuat kita melayu dah jadi kalut.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024