Tuesday, May 29, 2012

DAP Berjaya 'Brainwash' Sakmongkol Membenci Golongan Aristrokrat Dan Mamak Melayu


Dalam posting terbaru Sakmongkol sila klik sini sangat jelas dan nyata DAP berjaya "brainwash dan indoctrinate" Sakmongkol supaya membenci golongan Aristrokrat (bangsawan) dan Mamak Melayu.

Secara resminya WZWH kira DAP melalui Sakmongkol telah mencela Tunku Aziz bekas Naib Pengerusi DAP seperti berikut...

"UMNO is more suited to people like Tunku Aziz with his overrated sense of self-importance, natural entitlement and self-righteousness. UMNO and Tunku Aziz can’t operate in an egalitarian, democratic and proletarian setting. UMNO and Tunku Aziz are at home under the holy alliance of the bourgeois and aristocracy."

DAP juga melalui Sakmongkol telah memperlekehkan KeMelayuan Tun Dr Mahathir seperti berikut...

"There was a commentator who flays me for questioning the Malay credentials of Mahathir insisting Mahathir is a constitutional Malay. I am inclined to think the commentator who of course hides behind the overrated cloak of anonymity is of the same stock of Mahathir. Even among UMNO people, Mahathir has always been considered not Malay. Can Mahathir claim beyond 2 generations that he is of pure Malay stock? He can’t, can he? But I can. I can claim beyond 5 generations of Malay stock which makes me more Malay than Mahathir. I am not going to disengage myself from my view that Mahathir wrote the Malay Dilemma as a means to lay claim of being a Malay by making himself out to sound more Malay than the ordinary Malay."

Sakmongkol tidak belajar sejarah Tanah Melayu bahawa golongan Aristrokrat dan Mamak Melayu ini lah yang begitu berpengaruh membentuk politik yang ada pada hari ini.

WZWH bukan mahu mengagongkan golongan Aristokrat dan Mamak Melayu ini tetapi dalam mentadbir dan mengurus politik negeri-negeri mereka ini berpengalaman.

WZWH juga percaya pemimpin yang berasal dari 'Common Malay' pula boleh menjadi pemimpin hebat jika punya kualiti kepimpinan dan berpengetahuan luas.

Tapi bagi Sakmongkol yang tiba-tiba mahu menjadi pemimpin melalui DAP dan menyerang UMNO, DS Najib, Tun Mahathir, golongan Aristrokrat dan Mamak Melayu ITU TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH MAJORITI MELAYU.

Sakmongkol jika mahu mengkaji susur galur salasilah Tun Mahathir perlu baca posting WZWH yang bertajuk The Other Side Of Mahathir's Blood: Why Mahathir Concealed? sila klik sini 

Monday, May 28, 2012

YAB Sakmongkol, YAB Aspan, YAB Lim Guan Eng....YB Anwar Ibrahim!

Pakatan Rakyat diberi mukjizat politik boleh berjalan atas air di Malaysia!

PRU 13.....

Karpal Singh mimpi Malaikat menyapu mukanya.....bukan dewa-dewa kerana itu Hindu.  Guru Nanak percaya kepada satu tuhan monotheisma.

12 juta pengundi terutama orang Melayu jika percaya kepada pungkar Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias  maka 80% orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat.

Apa yang akan berlaku Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya mempengaruhi kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya:


  • YAB Lim Guan Eng Perdana Menteri Bukan Melayu Pertama 'bersemayam' di Putrajaya
  • YAB Sakmongkol 47 MB Pahang Pertama dari Pakatan Rakyat
  • YAB Aspan Alias MB Negeri Sembilan Pertama dari Pakatan Rakyat

Ada yang bertanya apa berlaku kepada Anwar Ibrahim? 

YB biasa aje....

Sebab itu sekarang Anwar makin meroyan...sial...sial...sial

Muka Anwar Ibrahim kalau diperhati punah tidak berseri.

Sakmongkol kuat kerja berceramah kepada orang Melayu...

Katanya " UMNO tidak boleh jaga Melayu....DAP boleh jaga Melayu..

"UMNO itu rasuah dan busuk...DAP itu bersih dan wangi"

"Ambiga tokoh pejuang hak asasi dunia.....Ambiga bukan gila"

"Orang Melayu kalau mahu senang hidup kena bagi PM kepada orang bukan Melayu!"

"Najib PM bodoh dari Pahang....Aku Sakmongkol orang Pahang yang paling cerdik!"

PRU 13...YAB Sakmongkol AK47 MB Pahang!......

Sunday, May 27, 2012

Untung Rugi Bersih 3.0 Mengikut Perspektif Politik


Ulasan Bersih 3.0 sebelum ini ditafsir mengikut pandangan politik. WZWH tidak mahu menulis panjang lebar mengenai polemik Bersih 3.0 ianya jelas BN tidak sokong dan Pakatan Rakyat sokong. Bagi golongan atas pagar pula mereka akan buat keputusan pada hari PRU 13.

Sekarang Bersih 3.0 ditafsir mengikut perakaunan juga tidak lari dari perspektif politik. Mari kita lihat tafsiran perakaunan masing-masing.

Jika kerajaan mahu saman Bersih 3.0 maka angka perakaunan diberi di Mahkamah. Lalu kerajaan menilai kerugian sebanyak RM122,000. Penilaian ini berdasarkan kerosakan harta benda akibat rusuhan Bersih.

Mengikut Perakaunan Menteri Wilayah Raja Nong Chik, kerugian termasuk:

  • Pelaburan dari Korea RM20 juta-Pelabur Korea tidak jadi melabur selepas apa Bersih 3.0 buat.
  • Kerugian kos membaikpulih RM300,000 oleh DBKL.
  • Kerugian penjaja kecil RM200,000

Menarik DAP kata penjaja kecil boleh untung besar. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kata mana-mana penjaja yang bukai gerai atau kedai pasti untung besar sebab ramai penyokong Bersih 3.0 menyerbu!

DAP kata pemimpin Persatuan Penjaja Kecil KL yang menawarkan friend FB Bersih 4.0 Peace Lovers jika mencapai sasaran friend yang ke 150,000 dan ke sejuta akan diberi cabutan bertuah kereta mewah BMW dan Lamborghini akan untung hampir RM40 juta!

Keuntungan itu dikira begini:

150,000 pengunjung belanja RM50 di mana-mana kedai penjaja = RM7.5 juta ( RM50x150,000 ).

Setelah ditolak kos BMW RM220,000 dan kos operasi RM2.25 juta maka untung = RM5,030,000

Bila Facebook mencecah sejuta pula maka keuntungan = RM33.8 juta seperti kira-kira dibawah:

RM50X 1,000,000 = RM50 juta tolak kos Lamborghini RM1.2 juta serta kos operasi RM15 juta.

Maka untung hampir RM40 juta ( RM5,030,000 + RM33.8 juta )

Cerdik sungguh DAP kata Bersih 3.0 boleh beri untung besar kepada penjaja kecil dengan menuduh Persatuan Penjaja Kecil KL ambil kesempatan!

Itu belum impian DAP menjadi kenyataan bila mahu Perdana Menteri bukan Melayu sudah tentu semua orang boleh untung!

Thursday, May 24, 2012

Bersediakah Sakmongkol AK47 Bekerja Kuat Mencapai Impian DAP: Perdana Menteri Bukan Melayu!


Pengerusi DAP, Karpal Singh kata perjuangan beliau mahu bukan Melayu jadi Perdana Menteri. Walau impian itu tidak tertunai masa beliau namun Karpal Singh kata mungkin masa generasi akan datang.

Karpal ‘tersasul’ pula menyebut Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri membuktikan bahawa Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Haji Hadi, ahli-ahli PKR dan Pas hanyalah menjadi kuda tunggangan atau balaci mereka untuk mencapai matlamat tersebut.

Namun Ariff Sabri @ Sakmongkol kuat bertepuk tangan sebab itu menaikkan bos Lim Guan Eng. LGE memang berharap kepada Sakmongkol bekerja kuat mencapai impian DAP mahu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Sebab itu Sakmongkol menyerang UMNO  dan pemimpin UMNO seperti DS Najib, Tun Mahathir, dll dalam posting blognya habis-habisan.

Impian Karpal itu bakal menjadi kenyataan, sekiranya umat Melayu di negara ini terus berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat dan pendekatan di dalam politik seperti yang berlaku hari ini.

Biarpun perpecahan umat Melayu di negara ini belum sampai ke tahap yang amat kritikal, namun golongan pejuang politik yang rasis dan liberal seperti DAP sudah mula memperlihatkan belang mereka.

Hari ini, mereka tidak lagi segan silu atau takut untuk bersuara mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi, Raja-Raja Melayu apatah lagi untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu yang menjadi sasaran dan kecaman mereka.

Umat Melayu perlulah sedar dan sentiasa beringat, bahawa segala nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada umat Melayu di negara ini adalah sesuatu yang boleh ditarik balik, sekiranya umat Melayu terus berpecah belah dan tidak mahu bersatu padu dalam membela agama dan kuasa politik Melayu.

Umat Melayu perlu sedar bahawa perpecahan yang berlaku di kalangan umat Melayu ini bukanlah sesuatu yang tidak sengaja atau timbul secara semulajadi, tetapi ia merupakan satu gerakan terancang oleh golongan tertentu yang mahu menguasai pentadbiran di negara ini dan hanya satu caranya, iaitu dengan memecah belahkan umat Melayu sehingga hilang kekuatan mereka, biarpun pada angkanya umat Melayu menjadi bangsa majoriti di negara ini.

Malahan, apa yang lebih bahaya hari ini ialah apabila sikap sebahagian dari umat Melayu yang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengambil tahu tentang politik, serta bersikap jahil dalam ilmu dan lebih tertumpu kepada perkara-perkara negatif yang berbentuk hiburan semata-mata.

Sedangkan medan politiklah yang menjadi saluran golongan politikus rasis dan liberal yang anti Islam dan Melayu untuk menguasai pentadbiran negara dalam usaha untuk menjadikan Islam, Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu tinggal sebagai satu lipatan sejarah di negara ini.

Apakah umat Melayu merasakan bahawa sekiranya Perdana Menteri negara ini bukan di kalangan orang Melayu, maka dia akan memelihara Islam, Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu seperti mana yang wujud pada hari ini? Sudah tentu tidak!

Ada juga suara-suara yang sesetengah umat Melayu yang jahil mengatakan, apa yang nak dirisaukan kerana orang Melayu tetap akan menjadi pemimpin tertinggi baik di peringkat pusat ataupun negeri, sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pentadbiran negara, kerana itu sudah termaktub di dalam perlembagaan.

Tidakah umat Melayu sedar, bahawa usaha Pakatan Pembangkang, terutama DAP adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik di mana Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, Raja-Raja akan dipaksa untuk turun takhta dan hak-hak istimewa Melayu akan dihapuskan!

Lihatlah nasib agama Islam, Raja Melayu dan bangsa Melayu yang hidup di pulau di selatan tanahair, yang satu ketika dulu dipanggil Temasik, di mana hari ini kemuliaan dan keagungan Melayunya sudah tinggal dalam lipatan sejarah yang usang dan tidak dipedulikan lagi.

Justeru itu, umat Melayu di negara ini perlu cepat-cepat sedar dan bangkit sebelum nasi menjadi bubur. Bersatulah umat Melayu dalam dua perkara yang diikat oleh Allah s.w.t. kepada kita sebagai tali kekuatan iaitu atas nama Islam dan bangsa.

Janganlah kita berpecah hanya kerana perbezaan pendapat politik dan pendekatan cara pentadbiran negara, kerana ia akan menyebabkan datangnya bencana dan kehancuran yang besar terhadap umat Melayu secara keseluruhannya.

Ambillah iktibar daripada sejarah sebagai satu pengajaran. Dan ingatlah pepatah orang-orang tua kita dulu yang berpesan, jangan sudah terantuk baru nak terngadah dan janganlah kita hanya menang bersorak, sedangkan kelak Islam, Bangsa, Tanahair dan maruah umat Melayu tergadai tanpa dapat ditebus kembali…

Adakah Sakmongkol rela menjadi pengkhianat kepada orang Melayu/Islam pada final analisis demi mencapai  visi dan misi DAP parti suci dan keramat beliau?

Wednesday, May 23, 2012

Lim Guan Eng Berang Sakmongkol Tidak Promosi DAP Sepatutnya!


Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 gagal mencapai aspirasi objektif DAP. Itu yang Lim Guan Eng berang Sakmongkol tidak promosi secukupnya.

Sekurang-kurangnya Aspan Alias ada juga membicarakan politik DAP.

DAP mahu buang persepsi yang DAP itu adalah parti sempit perkauman Cina. DAP mahu tokoh-tokoh Melayu menyandang kepimpinan.

Episod Tunku Aziz membawa luka kepada DAP. Pun DAP mahu menarik lebih ramai pemimpin Melayu.

Sakmongkol sepatutnya menulis apa kebaikan DAP kepada orang Melayu. Bagaimana DAP boleh membantu politik, ekonomi dan sosial orang Melayu.

Ini yang ramai majoriti orang muda Melayu mahu dengar dari Sakmongkol yang lebih banyak berceramah ke seluruh negara menumpang menggunakan platform PAS. 

Tetapi apa sebaliknya Sakmongkol banyak bercerita hal UMNO, DS Najib, Mahathir. Menyerang parti UMNO yang banyak berjasa kepada Sakmongkol seperti konsesi lombong besi, balak, dan kuari.

Apa jasa DAP untuk Sakmongkol memuji melangit tidaklah WZWH ketahui.

Sakmongkol yang menyokong DAP bagai gila walau umur keahlian baru belum setahun jagung sudah tidak berfikiran terbuka. Tidak boleh menerima teguran dan kritikan. Mana blog dan komen yang menegur Sakmongkol habis beliau 'delist' dan 'delete'.

Ada orang tanya WZWH kenapa Sakmongkol asyik tulis posting tentang UMNO semata-mata. WZWH jawab barangkali Sakmongkol 'gila talak' kepada UMNO.

'Taboo' kata gila talak penyelesaiannya 'cina buta'. Kahwin dengan DAP buat sementara. Ada orang kata nanti jangan terperanjat Sakmongkol akan cium tangan DS Najib. Mungkin juga akan cium tangan   MB takut SKC lombong besi kena batal!

Bayangkan kalau Sakmongkol tidak merajuk tentu barangkali DS Najib akan beri tugas Sakmongkol menjaga media baru 1Malaysia tapi Sakmongkol bukan orang perjuangan. Cepat menyerah kalah kepada situasi bukan cuba mengawal dan menguasai situasi.

Sakmongkol akan capai taraf Tunku Aziz yang boleh berkata kepada Lim Guan Eng dalam satu mesyuarat jawatankuasa pusat, " lu ingat ini DAP bapak lu punya!"  bila tidak bersetuju dengan cara LGE mengendalikan Bersih 3.0!

Monday, May 21, 2012

Ucapan Kamaruzaman Baria Membakar Semangat Di Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Labu Tembeling Tengah



















Tuan Hj Ahmad Kamaruzaman Baria mantan ahli parlimen Jerantut sedang berucap merasmikan mesyuarat UMNO cawangan Kampung Labu Tembeling Tengah DUN Tahan Jerantut.

Pada 19 Mei 2012 Sabtu jam 3 petang WZWH menghadiri Mesyuarat UMNO cawangan Kampung Labu cawangan UMNO WZWH.

Apa yang menarik kali ini perasmi ialah Kamaruzaman Baria yang merupakan orang veteran UMNO Bahagian Jerantut. Beliau adalah mantan ahli parlimen Jerantut (1995-1999) dan Ketua UMNO Bahagian. Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Parlimen MITI semasa Rafidah Aziz menjadi Menteri.

Berikut ucapan Kamaruzaman Baria...

"Sejak saya berpolitik di Jerantut sejak 1978, Jerantut terutama DUN Tahan telah mengalami transformasi pembangunan. Dulu hanya ada jalan denai di Kampung labu sekarang jalan yang ada di DUN Tahan lebih cantik dan baik dari setengah tempat di Kuala Lumpur.

Kampung Labu dipilih menjadi pusat kraftangan dan kemudahan infrastruktur yang ada adalah hasil dari perjuangan UMNO sejak PRU 1955.

Mesyuarat UMNO cawangan ini adalah yang terakhir sebelum PRU 13. Macamana mahu terus UMNO berkuasa.

Kini PAS bersengkokol dengan DAP. Sedangkan dulu Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu kalau PAS mahu dirikan negara Islam.

Kini PAS sanggup gugurkan negara Islam digantikan dengan negara kebajikan. Tidakkah England juga negara kebajikan? Bukankah kerajaan BN yang menyediakan berbagai infrastruktur untuk rakyat juga menuju negara kebajikan.

Bersih 3.0 bukti orang Melayu sewenangnya digunakan oleh Ambiga. Yang merusuh adalah orang Melayu.

UMNO cawangan Kampung Labu  perlu memastikan orang kampung dan sekitar menyokong kerajaan BN. Man to man marking. Carta pilihanraya perlu dikemaskini. Kenalpasti pengundi kampung. Ini adalah jihad orang UMNO.

Jika UMNO dan BN kalah pada PRU 13 maka amat payah untuk UMNO bangkit kembali mungkin selepas PRU 13 nanti UMNO cawangan Kampung Labu tidak akan dapat bermesyuarat seperti hari ini."

Paling menarik bila Kamaruzaman Baria mencadangkan supaya Sungai Tembeling ini didalamkan. Supaya bila hari kemarau sentiasa ada air. Beliau memberi contoh di Korea. Sepanjang perjalanan dari Airport Incheon ke bandar Seoul disebelah kanan sungai yang kerajaan Korea mendalamkan sungai terdapat banyak sangkar-sangkar ikan memelihara ikan.

Beliau berkata industri sangkar ikan di sungai Tembeling akan berkembang.

Antara cadangan-cadangan usul ahli UMNO Kampung Labu ialah:

  • Tapak ekonomi / tapak perumahan generasi ke 2 kampung tradisional.
  • Industri kilang di DUN Tahan membolehkan pekerjaan kepada orang muda.
  • Kelulusan tanah dipercepatkan kepada permohonan orang Kampung Labu.
  • Durian runtuh generasi ke 2 kampung tradisional minta kerajaan bantu.

















Suasana Mesyuarat UMNO cawangan Kampung Labu yang ceria dengan kehadiran Kamaruzaman Baria pemimpin dihormati di Jerantut.
















Kamaruzaman Baria berasa seronok dengan ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Labu. Beliau sanggup meluangkan masa hingga majlis berakhir lewat petang.

YBM Tengku Azlan Meraikan Anak-Anak OKU Seluruh Parlimen Jerantut



















Ucapan perasmian amanat pemimpin YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut.

Pada pagi Sabtu 19 Mei 2012 sebelum WZWH menghadiri mesyuarat UMNO cawangan Kampung Labu Tembeling Tengah pada sebelah petang sempat WZWH mengikuti YBM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar merasmikan Program Anak-Anak OKU seluruh parlimen Jerantut di Dewan Utama Pusat Latihan Tinggi (ADTEC), Temin Daerah Jerantut.

Program ini ialah sentuhan mengubah kehidupan bersama Anak-Anak OKU PDK dan ibu-bapa seluruh parlimen Jerantut anjuran JASA Negeri Pahang dan PDK Daerah Jerantut.

Oleh kerana WZWH sudah lama tidak mengikuti program YBM Tengku Azlan walaupun beliau sudah menyatakan keinginan mahu berundur dari parlimen Jerantut namun Ku Lan masih ahli parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Walaupun tiada lagi AJK-AJK  UMNO Bahagian Jerantut yang mengikuti program Ku Lan itu WZWH tidak peduli sebab WZWH masih lagi menghormati Ku Lan sebagai ahli parlimen Jerantut, Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan sedara darah daging WZWH sendiri.

Tidak mengapa jika Ketua Penerangan UMNO Jerantut tidak berperanan mewarwarkan apa-apa program Ku Lan, walau UMB UMNO bahagian Jerantut hanya hangat-hangat tahi ayam tidak mempromosi Ku Lan sebagai Pemimpin UMNO Jerantut kepada pengundi Jerantut, WZWH masih ada untuk menjalankan tugas-tugas media baru ini.

WZWH akan mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut atas rasa tanggungjawab sayangkan parti. Jika kita minat dengan kerja kita dan mempunyai komitmen yang tinggi kita akan rasa pengorbanan kita ini berbaloi dan tidak sia-sia penuh kepuasan.

YBM Tengku Azlan adalah anak raja yang berhemah tinggi. Apa yang WZWH suka Ku Lan selalu menasihat WZWH supaya menjaga hemah, jangan bercakap kasar kepada rakyat, jangan memaki rakyat sebab jika kita seorang pemimpin maka perlakuan dan gelagat kita mestilah mencerminkan diri kita sebagai pemimpin.

Jika kita menjadi pemimpin baik ADUN, ahli parlimen, Menteri dsb kita adalah pemimpin untuk semua lapisan masyarakat tidak kira apa ideologi dan pegangan parti rakyat. Kita sebagai pemimpin perlu menerima kepelbagaian perbezaan pandangan. Ku Lan banyak mengajar WZWH etika dan adab. Ilmu ini yang WZWH tidak dapat dari pemimpin-pemimpin lain.

Menjejakkan kaki ke Pusat Latihan Tinggi (ADTEC) Temin Daerah Jerantut yang berharga RM95 juta mengingatkan WZWH tentang usaha gigih dan pandangan jauh Dato' Wan Amizan ADUN Tahan yang ketika itu hanya berjawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Jerantut dan belum lagi bergelar wakil rakyat telah berjaya membawa projek ADTEC ke Jerantut.

ADTEC akan memulakan sesi pembelajarannya dalam 6 bidang specialist utama mengambil pelajar seramai 800 orang bermula bulan Julai 2013. Masih lagi kekurangan mesim-mesin dan peralatan dan masih menunggu order untuk ditempatkan di ADTEC Temin bagi menambah keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam beberapa posting yang lepas WZWH telah mencadangkan supaya kawasan industri terutama industri automatif didirikan dikawasan Temin dan sekitar. Memang dulu ada beberapa syarikat automotif berminat untuk melabur di Jerantut kerana lebih dekat dengan Kuala Lumpur.

YB Dato' Wan Amizan telah mencadangkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Kerajaan Negeri Pahang yang terkini supaya kawasan indusri berdekatan dengan ADTEC perlu dibangunkan. Ini disahkan sendiri oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak kerana Temin itu dalam DUN Damak.
















Sebahagian para ibu bapa yang hadir.
















Persembahan Anak-Anak OKU parlimen Jerantut.
















Ku Lan cukup bimbang dengan prestasi BN di DUN Damak pada PRU 13 nanti . Ku Lan serious berbincang politik dengan Dato' Lau Lee ADUN Damak.

Setelah merasmi Program Anak-Anak OKU parlimen Jerantut, Ku Lan menghadiri Mesyuarat UMNO Cawangan Bukit Nikmat di Dun Pulau Tawar pada sebelah petang. Pada sebelah malam Ku Lan menghadiri Program Jasa di Felda Kota Gelangggi 3 juga di DUN Pulau Tawar.

Sunday, May 20, 2012

Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri Bercuti Di Taman Negara Ulu Tembeling



















'Gesture' 1Malaysia dari rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dan pemimpin DUN Tahan di Rainforest Resort Kuala Tahan sebelum kembali pulang ke Kuala Lumpur.

DS Najib Perdana Menteri Malaysia yang kuat bekerja dan selalu turun padang merasa denyut nadi rakyat serta sentiasa sibuk dari pagi sampai malam.

Oleh kerana PM padat jadual dan sibuk sudah tentu staf kakitangan Pejabat Perdana Menteri juga turut sibuk melibatkan pegawai-pegawai, kakitangan pentadbiran termasuk pengawal-pengawal peribadi.

Staf Perdana Menteri perlu juga berehat menenangkan fikiran dari stress kerja. Oleh itu DS Najib memberi keizinan kebenaran bagi staf Pejabat Perdana Menteri satu rombongan seramai 31 orang bercuti di Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling selama 3 hari dari 18 hingga 20 Mei.

Ini adalah idea spontan Staf Pejabat Perdana Menteri bersama YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan kerana Taman Negara dan Ulu Tembeling dalam DUN Tahan parlimen Jerantut Pahang.

Rombongan ini diketuai oleh Dato' Mohd Poad bin Jelani Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato' Akmar Hisham bin Muklis Setiausaha Akhbar, beberapa pegawai khas, pentadbiran dan pengawal peribadi Perdana Menteri serta Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri.

Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri bermalam 2 hari di Rainforest Resort. Pada pagi Sabtu lagi mereka bersama ADUN Tahan berlepas ke Kampung Pagi Ulu Tembeling dengan bot panjang dan 7 jet ski kerana ada Program Gotong Royong.

WZWH suka melihat gelagat rombongan 31 Staf Pejabat Perdana Menteri bila bot panjang dan jet ski meredah mudik 7 jeram takut basah dibedal ombak jeram. Ada pegawai-pegawai Perdana Menteri ini cuba sendiri memandu jet ski namun driver jet ski tetap berwaspada bimbang hilang kawalan takut melanggar tebing sungai atau bot-bot penambang Ulu Tembeling yang hilir mudik Sungai Tembeling.

Oleh kerana Dato' Mohd Poad seronok bermain jet ski lalu mengajak rombongan jet ski terus mudik hingga ke Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling. WZWH nampak Staf Pejabat Perdana Menteri ini santai dan relax seronok dengan percutian mereka.

Pada sebelah petang, sebahagian ahli rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti rekreasi di Taman Negara Kuala Tahan seperti jungle trekking, canopy walkway dsb.

Pada sebelah malam pula YB Dato' Wan Amizan menjamu rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dengan makan malam bersama para JKKK DUN Tahan, pemimpin NGO tempatan dan belia. Band tempatan Kuala Tahan turut membuat persembahan menghiburkan mereka.

WZWH merasakan objektif percutian rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri disamping bersantai menenangkan fikiran juga membuka minda mereka betapa masyarakat di pedalaman Ulu Tembeling perlukan pembelaan infrastruktur terutamanya.

Bila rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri ini pergi sendiri melihat kehidupan masyarakat pedalaman maka mereka lebih faham kesusahan dan keperluan masyarakat Ulu Tembeling.

Selepas breakfast dan bergambar bersama pemimpin tempatan rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri ini berlepas balik ke Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi. WZWH harap rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri selamat pulang dan bekerja dengan semangat yang ceria.
















Dato' Wan Amizan bin Wan Razak mengalu-alukan rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dengan jamuan makan malam di Rainforest Resort bersama JKKK DUN Tahan, pemimpin NGO dan Belia tempatan. Dato' Wan Amizan berkata mana-mana JKKK kampung yang ada apa-apa permohonan terus beri surat permohonan kepada Dato' Mohd Poad bin Jelani Setiausaha Sulit Perdana Menteri.
















Dato' Mohd Poad bin Jelani menyampaikan ucapan balas terima kasih bagi pihak rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri. Rombongan sangat berpuas hati dengan percutian di Taman Negara  Kuala Tahan dan lawatan ke beberapa kampung Ulu Tembeling.
















YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan melayan Dato' Mohd Poad, Dato' Akmar Hisham di jamuan makan malam. Hidangan istimewa ikan Kelah disediakan.
















Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri.
















Pemimpin-pemimpin DUN Tahan yang turut hadir.
















Band tempatan Kuala Tahan menghiburkan para hadirin dengan persembahan yang setaraf band-band KL.
















Penyerahan cek elaun para Tok Empat-Tok Empat DUN Tahan disampaikan oleh Dato' Akmar Hisham bin Mukhlis.






























Di luar Dewan Seri Janing Rainforest Resort terdapat para hadirin menikmati jamuan.
















WZWH turut bergambar kenangan bersama Dato' Mohd Poad bin Jelani Setiausaha Sulit Perdana Menteri sejurus sebelum beliau berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Saturday, May 19, 2012

Tunku Aziz Mencapai Makam Politik Yang Zuhud



Zairil Khir Johari Setpol Lim Guan Eng @ CEO Penang Institute cuba 'merasuah' Tunku Aziz supaya kekal dalam DAP dengan tawaran fellowship, RM50,000 setahun, perbelanjaan perjalanan namun tiada perkataan Bahasa Inggeris yang sesuai mengambarkan Zairil dan bosnya melainkan satu perkataan dalam Bahasa Melayu iaitu biadap.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada berkata kepimpinan DS Najib  harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.

Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar dari parti itu Isnin lepas kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi Bersih 28 April, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.

“Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul, jadi kita kena sokong dia,” katanya sambil menambah kata bahawa transformasi yang Najib usahakan adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.

“Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk…produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco boleh beli barang,” katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

“Tapi proses, kena bagi masa, bagi peluang. Dulu kita dok sering jerit itu, ini, kerajaan tak buat itu dan ini, sekarang kerajaan dah dengar… maka itulah saya kata tak payahlah lagi lah nak buat protes…sekarang nak buat Bersih 4.0 pula…mahu apa lagi,” katanya.

Beliau berkata tunjuk perasaan diadakan untuk menarik perhatian dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai.

“Awak fikir kerajaan tak nampak apa rakyat hendak? dalam perhimpunan itu 98 peratus, yang protes nak tukar undang-undang itu ini, tapi yang dua peratus tu…mereka itu ada agenda lain…mereka buat kacau,” katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan parti-parti politik pembangkang tertentu yang dikatakan telah “merampas” tunjuk perasaan itu daripada badan bukan kerajaan menganjurnya dan dikatakan bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada hari itu sehingga beberapa anggota polis dan orang awam mengalami kecederaan.

Ditanya pendapatnya tentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Abdul Aziz berkata, sejak semasa beliau menjadi kolumnis untuk akhbar The New Sunday Times, beliau memang tidak bersetuju dengan cara politiknya dan pernah menulis artikel bertajuk “Stop the theatrics Anwar, let the Malaysian get on with their life”.

Tulisan itu menyentuhkan tentang desas-desus kononnya kerajaan Persekutuan akan berubah ke tangan pembangkang pada 16 Sept 2008, dengan sebilangan besar anggota Parlimen BN dikatakan akan melompat keluar untuk menyertai pembangkang.

“Saya lompat-lompat ni memang tak suka …I benci orang yang berbuat begitu….kita masuk bertanding bawah lambang katakanlah UMNO kemudian lompat ke Anwar pembangkang…itu saya tidak setuju…Kalau awak nak lompat, letak jawatan…dan adakan pilihan raya kecil dan bertanding atas tiket Bebas…tengok boleh menang atau tidak,” katanya.

Tunku Abdul Aziz, tokoh korporat dan aktivis menentang rasuah yang pernah menjadi Naib Pengerusi Transparency International dan membantu menubuhkan Transparency International-Malaysia, menyertai DAP selepas pilihan raya Mac 2008, dan terus dilantik sebagai naib pengerusi parti itu dan sebagai senator pada Julai 2009.

Bagaimanapun tempoh perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara mewakili DAP tidak disambung oleh pucuk pimpinan parti itu selepas beliau membuat kenyataan terbuka menentang perhimpunan Bersih lepas yang disokong oleh partinya dan pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada beliau akan mengkaji semula keputusannya meninggalkan DAP, Tunku Abdul Aziz menegaskan keputusannya adalah muktamad.

“Saya dah kata, kalau saya dah keluar tu, saya keluar….habis cerita,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menerima apa-apa komen atau maklum balas daripada anggota DAP Melayu yang lain selepas membuat keputusan keluar parti berkenaan, beliau berkata tidak ada.

Mengenai komen Mahathir yang hairan kenapa beliau menyertai DAP, Tunku Abdul Aziz berkata beliau masuk DAP untuk memperjuangkan pencegahan rasuah dan mempromosikan integriti di dalam sektor kerajaan dan perniagaan.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor korporat dan menjadi penasihat Bank Negara sebelum menjadi aktivis.

“Saya masa masuk DAP masa tu bukan bercadang pun nak jadi ahli politik…kalau saya nak jadi ahli politik, selepas kolej lagi saya dah masuk…kalau saya nak masuk UMNO, masuk dari dulu-dulu lagi…tapi saya ingat saya ni lebih berguna jika saya tiada kena mengena dengan politik…non partisan,” katanya.

Katanya, pada masa ini beliau banyak berehat dan menutup telefon dan meluangkan masa memelihara ikan hiasan.

Jelaslah kepada kita semua...Tunku Aziz sedang mencapai makam politik yang zuhud.

Thursday, May 17, 2012

Runtuhnya Menara Melayu DAP

DAP's Malay Twin-towers Aspan Alias dan Sakmongkol AK47 menjadi harapan DAP bagi menarik lebih ramai orang Melayu menyertai DAP.

'Towering Malay' itu istilah semangat DAP bila Tunku Aziz masuk DAP 4 tahun dulu. Bila Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias pada awal tahun ini menyertai DAP istilah DAP's Malay twin- towers diberi.

LKS dan LGE cukup bangga lebih-lebih lagi sebelum itu Zairil anak tiri Khir Johari dilantik Setpol KM Pulau Pinang. DAP parti multiracial. Aspan menulis dalam posting terbaru masih guna kekalkan DAP parti multiracial!

WZWH pada posting ini akan mengupas nasib dan masa depan orang Melayu dalam DAP dan apakah DAP parti yang sebenarnya.

Penang Institute melalui Zairil menawarkan fellow dan elaun RM50,000 setahun dan kemudahan travel kepada Tunku Aziz anak Raja Kedah supaya kekal dalam DAP. Jawab ringkas Tunku Aziz mudah-biadap!

DAP selalu tuduh UMNO dan BN main politik wang nampaknya mengata dulang paku serpih kena ke muka DAP sendiri yang cuba mengumpan 'The Towering Malay' Tunku Aziz.

Blogger Rocky's Bru menulis dalam posting terbaru sila klik sini,

"The collapse of the so-called Towering Malay is, of course, an opportunity for Aspan and Sakmongkol to get an early promotion in the DAP. But neither is of Tunku Aziz's class; in fact, both are seen no more than just two more disgruntled ex-UMNO men. Most DAP members don't trust either of them and in light of the damage Tunku Aziz has done to their party, I reckon they'd truth the two Malays even less now."

"As Tay Tian Yan the deputy editor-in-chief of Sin Chew puts it bluntly, the departure of Tunku Aziz signifies the banishment of DAP's ideals."

"There is no future for the Malays in DAP. The DAP is not a place for Malays who think that their views can be accepted. And the DAP will not have a future if tries to be what it can't be. It is a Chinese-based party and should not pretend that it is not."

Blogger Big Cat menulis posting sila klik sini,

"I was not at all surprised by what happened to Tunku Aziz Tunku Ibrahim, who has now joined a long list of illustrious former DAP leaders. The man joined DAP probably believing that he was doing something good. Now he knows that he was just being silly. Tunku Aziz is a typical smart Malay whose judgement was clouded by his self-righteousness and lack of grassroot knowledge. It's a normal syndrome afflicting a lot of idealistic Malay elites. It's the same "illness" affecting a daughter of a former PM who has now gone totally stupid with her support for those Bersih rioters.

The same, however, cannot be said of some other Malays who joined DAP. They did so purely due to selfish reasons. These are the types who failed to further their political ambitions on the usual Malay political platforms. The most famous at the moment are ex-Umno leaders Aspan Alias and Mohd Ariff Sabri.

I am not familiar with Aspan, but I indeed do know quite a bit about Ariff.

Ariff was the former one-term Umno assemblyman of Pulau Manis (2004-2008), and Pekan Umno division information chief. He was dropped from being an assemblyman due to his poor performance. I remember at that time aides of PM (DPM then) DS Najib Razak used to complain to me how Ariff gave their boss a headache as people of Pulau Manis were so unhappy with his performance as a wakil rakyat back then. On the night before the 2008 polling day, Najib spend the last hours of campaigning in the area in a last ditch attempt to sway voters there back to BN. Fortunately, they did and Najib recorded the highest majority among BN candidates in that general election.

My friends in Pahang told me that Ariff was very bitter about the whole thing and that was why he started to attack the Umno establishment in his blog. One of his main target was Najib himself. It was his final act of betrayal when he joined DAP after achieving so much in his life courtesy of Umno.

I was a bit sympathetic when Tunku Aziz realized what DAP really stands for. Well, everyone has to go through such an education. I went through the same thing when I shed off my socialist idealism. But if people like Ariff and Aspan suddenly declared they found out that DAP is a chauvinistic autocratic party, I would not even spare a spit of words for them.They are just opportunists with not a bone of conscience in their body.

The Malays, especially those in Pas and PKR should know what DAP really is after the Tunku Aziz episode. DAP have not and never will work for the Malays' interests. The Malays should also know by now what kind of people among them who are within that party's ranks."

Lebih menarik komen Cikgu Ngah seorang pengomen tetap blog WZWH seperti berikut:

"Salam saudara WZWH.

Krisis antara DAP dgn Tunku Aziz Ibrahim ini telah mendedahkan sikap sebenar DAP, parti yg mendakwa dirinya 'demokraktik' dan mengamalkan dasar 'Competency, Accountability and Transparency' (CAT). Saya pernah minta orang2 Melayu supaya memikir apakah nilai orang-orang Melayu pada DAP yg sebenarnya. Hari ini terjawab sudah soalan saya itu. Apabila seorang Melayu yang terbilang (dari segi latar belakang akademik, kerjaya dan prinsipnya) seperti Tunku Aziz pun hanya bernilai RM 50,000 pada DAP dan Kim Guan Eng, maka apalah sangat nilai seorang bekas ADUN dari Pulau Manis pada DAP. Barangkali Sakmongkol hanya dapat RM 5.00 daripada DAP atas khidmat baktinya itu. Tapi Sakmongkol tak kisah. Walaupun hanya diberi 50 sen sekalipun tak apa kerana dia dah kaya berkat penglibatannya dalam UMNO. Ingat kuari, ingat Ariff Sabri! Ingat lombong besi, ingat Ariff Sabri! Ingat konsesi balak LKPP, ingat Ariff Sabri! 

DAP fikir mereka boleh beli orang seperti Tunku Aziz Ibrahim. Jika Tunku Aziz mahu jadi kaya raya, sudah lama dia boleh menukar watak dirinya dgn menjadi penyokong tegar kerajaan. Dengan cara itu saya pasti dia akan dapat bermacam-macam directorship dan jawatan-jawatan yg akan memberikan dirinya lebih daripada RM 50,000 setahun. Tapi dia tidak mahukan itu semua. Sebab itulah dia masuk DAP pada awalnya, kerana orang cerdik macam dia pun ada benda yg dia sangat naif dan tak tahu. Dia sangka DAP itu demokratik sebab namanya demokratik. Sebab itulah juga ramai para ustaz dan ustazah masuk PAS sebab nama parti itu 'Parti Islam'. Walhal orang yg pernah kena tangkap khalwat dan berskandal dgn isteri orang pun dapat title 'Ustaz' bila jadi ahli PAS. Pemimpin2 PAS sudah mula berdolak-dalik dlm isu hudud. Mungkin sekarang ni elok PAS jatuhkan hukuman rotan 100 kali pada Tuan Haji Mohamad Sabu utk membuktikan betapa seriusnya parti itu ukt melaksanakan hukum Allah SWT.

Berbalik pada DAP, saya rasa agak pelik juga kerana Sakmongkol dan Aspan Alias senyap sunyi dan langsung tak berbunyi mengenai isu Tunku Aziz ini. Tapi mungkin saya pun naif juga. Buat apalah Sakmongkol nak kerat lehernya sendiri untuk menyokong Tunku Aziz Ibrahim. Kalau Sakmongkol duduk diam2 sekarang, jika ditakdirkan Allah DAP dapat bentuk kerajaan selepas PRU 13 nanti, maka jawatan Menteri Kebajikan Masyarakat akan menjadi milik beliau. Kenapa Menteri Kebajikan Masyarakat? Sebab itulah nilai orang Melayu pada DAP dan PAP. Pernahkah orang Melayu pegang jawatan yg lebih daripada itu di Singapura? Sekurang-kurangnya Kerajaan UMNO-BN/Perikatan pernah lantik dua orang berbangsa cina jadi Menteri Kewangan di negara ini. Tapi di Singapura Darul Kuan Yew orang Melayu tak pernah dapat jadi Brigadier Jeneral pun. Jika DAP dapat memerintah negara ini, maka orang Melayu bolehlah berbangga dengan jawatan-jawatan yg berbentuk perhiasan yg akan dikurniakan oleh DAP. Bangsa Melayu memang bertuah kerana ada anugerah Tuhan bernama Anwar Ibrahim dan 'pewaris Nabi' bernama Nik Aziz. Tapi sayangnya 'Anugerah Tuhan' dan 'Pewaris Nabi' ini dua-dua sanggup jadi 'Machai DAP' (meminjam kata-kata Sakmongkol)".

WZWH rasa sudah jelas kini kupasan WZWH tentang runtuhnya Menara Melayu DAP. Meminjam kata Tun Dr Mahathir,"Kenapa Tunku Aziz masuk DAP?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...