Friday, August 30, 2013

Cerita Politik Jerantut-Deklarasi Perpaduan Green Park

Blog WZWH dulu banyak posting politik Jerantut terutama politik pembangunan. Lepas tu posting politik Pahang dan sikit-sikit politik nasional.

Sebagai blog politik Pahang, of course WZWH banyak posting menonjolkan ketokohan DS Najib PM dari Pahang.

WZWH juga berminat dengan isu-isu ekonomi dunia terutama berkenaan Asia Tenggara selain politik Timur Tengah.

Ramai orang Jerantut suruh WZWH buat posting mengenai politik Jerantut memandangkan sekarang musim pertandingan dan pemilihan UMNO dari peringkat cawangan hinggalah ke Bahagian melibatkan sama sayap-sayap seperti Wanita, Pemuda dan Puteri.

Kalau WZWH mahu bersikap neutral pun walau ada pihak kata WZWH bias kepada tokoh-tokoh tertentu politik Jerantut sekurang-kurangnya WZWH perlu highlight cerita-cerita politik Jerantut yang dikutip dari Facebook orang politik atau pemerhati politik Jerantut.

Maknanya WZWH kena adil memberi laporan mengikut pandangan-pandangan alternatif politik Jerantut dan jangan menyebelahi mana-mana pihak. WZWH setuju. 

Blog WZWH akan menyalurkan mana-mana pandangan politik Jerantut yang sempat WZWH kutip dari facebook-facebook politik Jerantut.

Antara yang aktif ialah Facebook Wan Abdul Rahim (WZWH percaya ini nama samaran bukan nama sebenar). Kita ikuti cerita FB Wan Abdul Rahim...



4 hours ago 



DEKLARASI PERPADUAN GREEN PARK ......???


Katanya satu perundingan sulit telah diadakan berikutan kontroversi perebutan jawatan dalam UMNO Bahagian Jerantut dalam Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut bagi Sesi 2013 - 2016 yang akan bermesyuarat tidak lama lagi. Baguslah kalau begitu.

Aku kebetulan berada di situ kerana ada kerja yang nak disiapkan. Dari jauh terpandang beberapa orang Jerantut yang dikenali berada di situ juga. Apa urusan aku pun tak tahu. Tapi mungkin urusan politik kerana yang ada semua orang politik. Orang besar yang kelihatan adalah Tengku Azlan dan Dato Haji Nazri. Yang lain tu juak2 je. Lantaklah diorang detik hati aku.

Hari ini bila aku balik ke Jerantut dan minum di sebuah kedai terdengarlah pasal Green Park ni. Soksek2 katanya telah berlaku satu deklarasi perpaduan mengenai perebutan jawatan di UMNO Bahagian Jerantut. Ketua Bahagian masih lagi Tengku Azlan, Timbalan Ketua beri pada Dato' Wan Amizan dan Naib Ketua beri pada Haji Lan. Dr Shukri tak pulak disebut2.

Katanya yang hadir hanya Tengku Lan dan Haji Nazri manakal Dato Wan Amizan, Haji Lan dan Dr Shukri tak ada. Dengarnya yang hadir Dato' DK (Dollah Kicap), Nordin Wahid, Nizam Gemuruh dan lain2 juak2 kecik. Siapa Dato' DK, Nordin Wahid, Nizam dan lain2 yang hebat sangat mencatur ni. Kalau di cawangan pun dan pengsan (kalah) tak payah la nak besar ragam di bahagian.

Kenapa Dato' Wan Amizan, Haji Lan dan Dr Shukri tak hadir. Mana lebih penting antara Dato' DK, Nordin Wahid, Nizam dan juak2 lain dan YB Parlimen dan 2 ADUN. Macam mana boleh buat deklarasi kalau ketiga2 mereka tak ada.
Adakah ketiga2 mereka menerima 'Deklarasi Perpaduan Green Park' ini?

Sepatutnya perjumpaan sulit ini dihadiri oleh 5 orang iaitu Tengku Lan, Haji Nazlan, Dato' Wan Amizan, Dato' Dr Shukri dan Dato' haji Nazri sahaja. Ini adalah kerana deklarasi perpaduan ini melibatkan mereka berlima. Bidak2 @ Si Kitol yang lain tak perlu la menyibuk sangat. Kalau di cawangan pun tak dipandang orang tak payah la nak mencaturkan orang pulak.

Bidak2 @ Si Kitol inilah yang sebenarnya menghuru-harakan UMNO Bahagian Jerantut. Berundurlah dari arena politik jika hanya menyebabkan orang lain bertelagah. Cukup2lah kekayaan yang korang kaut selama ini.

Daripada sakit telinga mendengar soksek2 merapu tu aku pun beredar untuk ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah yang kebetulannya YB Haji Ahmad Nazlan sedang membaca khutbah. Tahniah dan syabas YB Haji Lan kerana telah menyampaikan khutbah Jumaat tadi. Reaksi sidang jemaah sangat positif. Tahniah sekali lagi YB Haji Lan.

Antara komen-komen menarik FB:


Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...