Tuesday, August 6, 2013

Memahami Konsep Imam 12 Syiah Dan Kenapa Syiah Menyedari Bahawa Malaysia Lebih Suci Dari Iran?


Ini permasalahan beribu tahun mengenai politik dan kepimpinan. Bermula dari Muawiyah dan Ali. Ianya bergantung kepada siapa anda sokong.

Kebarangkalian matematik melebarkan lagi kepada 4 kumpulan:

  • Sokong Muawiyah
  • Sokong Ali
  • Neutral
  • Tidak sokong Muawiyah dan Ali

Yang menyokong Ali ini dikenali Syiah. Manakala yang tidak menyokong Ali dikenali Sunni.

Kemudian polemik bermula...

Imamiah merupakan kelompok majoriti dalam Syiah, disebut juga Itsna Asyariah, berikut ini merupakan daftar Imam yang merupakan pengganti Nabi Muhammad dalam hal kepemimpinan umat (bukan sebagai Nabi, karena Imamiah berpendapat Nabi terakhir adalah Muhammad). Setiap Imam merupakan anak dari Imam sebelumnya kecuali Husain bin Ali, yang merupakan saudara dari Hasan bin Ali.

  1. Ali bin Abi Thalib (600–661), juga dikenal dengan Amirul Mukminin
  2. Hasan bin Ali (625–669), juga dikenal dengan Hasan al-Mujtaba
  3. Husain bin Ali (626–680), juga dikenal dengan Husain asy-Syahid
  4. Ali bin Husain (658–713), juga dikenal dengan Ali Zainal Abidin
  5. Muhammad bin Ali (676–743), juga dikenal dengan Muhammad al-Baqir
  6. Ja’far bin Muhammad (703–765), juga dikenal dengan Ja’far ash-Shadiq
  7. Musa bin Jafar (745–799), juga dikenal dengan Musa al-Kadzim
  8. Ali bin Musa (765–818), juga dikenal dengan Ali ar-Ridha
  9. Muhammad bin Ali (810–835), juga dikenal dengan Muhammad al-Jawad atau Muhammad at-Taqi
  10. Ali bin Muhamad (827–868), juga dikenal dengan Ali al-Hadi
  11. Hasan bin Ali (846–874), juga dikenal dengan Hasan al-Asykari
  12. Muhammad bin Hasan (868—), juga dikenal dengan Muhammad al-Mahdi

Tidak ada masalah dengan Imam 12 Syiah ini kerana kesemuanya keturunan Rasulullah @ Ahli Bait. Cuna Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak suka pendekatan Syiah yang terlalu mengagongkan Imam-Imam mereka.

Oleh kerana berlaku konflik dan peperangan melibatkan golongan Khalifah dan Syiah maka akhirnya keturunan Ahli Bait dan penyokongnya diburu hingga ke lubang cacing.

Oleh kerana politik maka golongan Khalifah menjadi extreme dan pengikut Syiah pun bertindakbalas menjadi extreme.

Logiknya golongan Khalifah dan Syiah sudah tidak rasional lagi.

Sebenarnya ramai juga orang Arab menjadi Syiah tetapi Syiah lebih difokuskan di Iran (Parsi). Oleh kerana bangsa Parsi adalah bangsa penakluk yang pernah menyerang Eropah dan dulu superpower maka Syiah mempunyai kekuatan.

Revolusi Islam Iran pada 1979 menambah lagi kekuatan Syiah. Ditambah lagi sikap Iran suka melawan US maka nampak Syiah ada kredibiliti hingga sampai ke Ahmadnejad. 

Walau pendekatan Iran ini juga ada kelemahan kerana sekatan ekonomi dan politik namun Presiden baru Iran yang dipilih Rouhani mengamalkan pendekatan sederhana  ( wasatiyyah ).

Realiti politiknya banyak negara Sunni di Utara Afrika dan Timur Tengah hancur politik berkecamuk berperang sama sendiri tidak kira campur tangan luar hakikatnya Syiah mahu pengaruh.

US serba salah mahu menyokong Sunni atau Syiah. Gamenya mahu Sunni dan Syiah sentiasa berbalah dan berperang kerana Islam akan menjadi lemah.

Syiah sudah menyedari bahawa kenapa Malaysia lebih suci dari Iran....

Keturunan Imam-Imam Syiah melarikan diri dari diburu hingga ke Asia Tenggara. Keturunan ini akhirnya diterima oleh masyarakat tempatan menjadi Raja dan Sultan di Kepulauan Melayu. Mudah pula orang tempatan memeluk Islam.


Keturunan ini juga dipanggil Wali Songo yang terdiri dari sembilan nama yang dikenal sebagai anggota Walisongo yang paling terkenal, yaitu:

  1. Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim
  2. Sunan Ampel atau Raden Rahmat
  3. Sunan Bonang atau Raden Makhdum Ibrahim 
  4. Sunan Drajat atau Raden Qasim
  5. Sunan Kudus atau Ja'far Shadiq
  6. Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin 
  7. Sunan Kalijaga atau Raden Said
  8. Sunan Muria atau Raden Umar Said
  9. Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah

Kedatangan Sunan-Sunan ini menamatkan budaya agama Hindu Buddha di Nusantara pada awal abad ke 14 dan mereka ini berbangsa Arab dengan gelaran Sayyaid Syarif.

Ada yang menjadi Raja @ Sultan di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Brunei, Sulu dan Mindanoa, Sulawesi, Patani.

Yang tinggal kini hanya Malaysia dan Brunei.

Malaysia yang merupakan negara yang dirahmati oleh Allah. Subur, makmur dan kaya, aman tenteram. Tidak ada malapetaka iklim dan cuaca yang melampau.

Bila Syiah tahu bahawa keturunan Imam Husain bin Ali yang memerintah Malaysia maka baru sedar bahawa Malaysia lebih suci dari Iran.

Keturunan yang menjadi Ketua Agama Islam tapi mendokong Ahli Sunnah Wal Jamaah

Itu yang Syiah perlu belajar lagi....

Kenapa kita orang Malaysia declare kita orang Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Shafie?

Mudah saja kerana golongan Khalifah Islam dari berbagai dinasti adalah mainstream dan Superpower Islam dan ramai scholar kita beratus tahun dulu belajar di negara-negara dibawah naungan Khalifah Islam maka kita ikutlah Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Shafie.

Dari awal sejarah kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu adalah dari pedagang Gujerat dari Pantai Malabar dan pendakwah dari Yemen Hadralmaut yang mereka ini membawa Islam mazhab Shafie.

Dan Empayar Melaka menjadi pusat penyebaran Islam terunggul...


5 comments:

Unknown said...

Hanya untuk mengucap SELAMAT HARIRAYA EIDULFITRI, semoga sentiasa mendapat ilham, taufiq dan hidayah dari Allah SWT.
saya kurang setuju dengan Syiah dan amalannya jadi tinggal satu hari kot posa so `keep my peace' till ZulKaedah!
Walisongo Arab? Hmm.. baru tau. Maybe patut lakar family tree.
Yang saya tau Allah TAK kata semua keturunan Nabi masuk syurga.
Terima kasih for INFO, every waking day is INDEED a learning process to me. Bless You.
Have a great silaturrahim Eid.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Shakirin,
Selamat Hari Raya. Kita sbg Islam modern punya pandangan baru bahawa Sunni dan Syiah perlu berhenti berperang. Titik harmoni perlu dicari. Betul tak semua keturunan Rasulullah masuk syurga yang penting takwa. Tapi genetik @ DNA penting...

Kutukandewata said...

syurga neraka adalah ketentuan rahmat allah.

Anonymous said...

Syurga & neraka milik Allah cuma keturunan nabi itu sentiasa dirahmati, insyaAllah.

Anonymous said...

"Akidah syiah bathil dari segi konsep imam. syiah mempunyai 12 imam, dan konsep imam syiah adalah maksum malah lebih tinggi darjatnya daripada nabi. konsep imam ASWJ dengan syiah berbeza, kami tidak menggangap imam kami maksum. mereka juga seperti orang biasa. Kecuali nabi dan rasul. Nabi dan Rasul adalah MAKSUM terpelihari dari dosa."

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024