Saturday, August 17, 2013

Tengku Azlan Menafikan Beri Restu Kepada Ahli Parlimen Jerantut Bertanding Ketua UMNO Bahagian!



























Keratan Utusan Malaysia -Pahang muka 11 bertarikh Sabtu 17 Ogos 2013.

Jerantut 16 Ogos- Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut dalam pemilihan UMNO tahun ini.

Katanya, hasrat itu mendapat 'restu' daripada penyandang Ketua UMNO Bahagian itu, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang mahukan tradisi pemilihan pucuk tertinggi Bahagian tersebut mengikut tradisi bahawa jawatan berkenaan perlu diterajui oleh Ahli Parlimen Jerantut.

"Perkara itu disuarakan sendiri Tengku Azlan kepada saya kerana melihat kedudukan Ahli Parlimen wajar memimpin Ketua UMNO Bahagian ini sebagai serampang dua mata, iaitu perjuangan parti sendiri dan tanggungjawab melaksanakan pembangunan untuk penduduk disini," katanya kepada pemberita di sini kelmarin...


WZWH telah menghubungi sumber yang bertanya kepada Tengku Azlan sendiri berkenaan isu ini dan Tengku Azlan menafikan beri restu kepada Ahli Parlimen Jerantut bertanding Ketua UMNO Bahgaian.

Tengku Azlan difahamkan oleh WZWH ingin mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian yang disandang beliau.

Tengku Azlan berhasrat mahu bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Esok hari Ahad 18 Ogos 2013, Tengku Azlan akan turun berangkat ke Jerantut mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli UMNO di sebuah hotel di sini.

Para media arus perdana dialu-alukan untuk menemuramah beliau berkenaan pendirian mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Pada perjumpaan dengan ramai Ketua Cawangan UMNO hari Jumaat 16 Ogos 2013 lalu, beliau tidak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan bertanding atau tidak jawatan Ketua UMNO Bahgaian Jerantut.

Spekulasi siapa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut menjadi semakin menarik.

Dua bahagian UMNO di Pahang (Paya Besar dan Jerantut) dinasihatkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri supaya Ketua Bahagian tersebut tidak ditandingi sebagai menghargai kesediaan mereka tidak bertanding pada PRU 13 yang lalu! 

Syabas kerana UMNO Pahang akur nasihat PM sebelum ini sebagai membalas jasa kepada Ketua Bahagian yang memberi laluan... kita tengok nanti ada kah masih ada yang nak menyanggah nasihat ini!

4 comments:

usin gampang said...

YB tuan haji ahmad nazlan telah melakukan 3 kesilapan dalam percaturan politiknya.

1.dia tidak menghormati presiden parti yang telah berucap ketika memujuk ahli parlimen yang lama agar memberi laluan kepada muka baru untuk bertanding pru 13.datuk najib telah menyatakan bahawa ahli parlimen yang memberi laluan kepada muka baru bertanding pru 13 kalau dia mahu mengekalkan jawatan sebagai ketua bahagian maka beri laluan kepadanya dan janganlah dilawan.nampaknya nasihat presiden parti tidak dihormati.

2.tidak tahu berterima kasih kepada orang yang menolongnya.dari lembah berlumpur ku lan angkat dia jadi ketua penerangan dan ku lan mengundur diri yang mana mat lan berpeluang menjdi ahli parlimen.
ingatlah kita perlu berterima kasih kepada orang yang membantu kita.berterima kasih kepada manusia yang membantu kita bermakna kita bersyukur kepada allah,kerana allah yang menggerakkan hati orang agar membantu kita.bersyukur kepada allah akan di tambah rezeki oleh
allah.tidak bersyukur maka allah akan memberikan azab yang pedih.ini janji allah dalam al qur'an.

3.mengugut tidak akan memberi peruntukan parlimen kepada orang yang tidak menyokongnya dalam pemilihan ketua bahagian.

4.menyatakan bahawa kemenangannya bukan kerana ahli umno tetapi kerana keperibadiannya yang bersih.

itulah dugaan allah kpadanya dengan memberikan sedikit kuasa dan kedudukan kepadanya

Anonymous said...

Kesian demeh...dah terlambat dalam menilai ....

Anonymous said...

dato nan lah yang silap,dengar sangat cakap veteran umno jerantut yang dah tak laku dan merapu!

perhubungan umno negeri telah memberi memberi peringatan ttg nasihat presiden.2 bahagian telah akur.

jerantut mungkin lawan.

Shadow Banker said...

Bersyukurlah kepada kerajaan yg sedia ada.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024