Disiplin bukan sahaja di sekolah. Disiplin bukan sahaja di pejabat. Disiplin bukan saja di mesyuarat parti. Ahli politik baik ADUN atau ahli parlimen pun perlu didisiplin bila melanggar peraturan.
Civilisation dan etika dibina atas prinsip disiplin. Politik pun ada disiplin.
Posting ini mengenai detik-detik sejarah dalam Sidang DUN Pahang yang selama ini tidak pernah seorang ADUN digantung dari mesyuarat kerana menghina Dewan Yang Mulia.
ADUN Semambu PKR Lee Chean Chung memecah rekod itu. ADUN muda berumur 33 tahun terlepas cakap bak kata pepatah telajak perahu boleh ditarik, terlepas cakap badan binasa.
ADUN Semambu mendakwa Bajet 2014 Pahang adalah bajet palsu kerana mengambilkira janji manis RM100 juta royalti minyak @ wang ihsan dari DS Najib sebagai hasil yang menjadikan surplus bajet.
Walau diminta menarik balik pernyataan bajet palsu ADUN Semambu tetap berkeras dan tetap mendendangkan bajet palsu.
DSD Adnan Yaakob mengusulkan tindakan tatatertib, selepas mengundi keputusan gantung 2 persidangan pada tahun depan. Ini hard lesson bagi ADUN Semambu.
Final analisis, ADUN Semambu steal the show menjadi popular bila majoriti ADUN bercakap mengenai beliau, menjadi berita sensasi media massa dan media sosial lantas memecah rekod Pahang.
Lee Chean Chung ADUN Semambu PKR mengatasi populariti Leong Ngah Ngah DAP Tanah Rata sebagai tokoh baru pemimpin pembangkang Pahang.
DSD Adnan Yaakob MB Pahang mengulung ucapan tepat 12 tengahari. Selama beliau menjadi ADUN sejak 1986, EXCO sejak 1990, dan MB Pahang sejak 1999 hingga kini beliau menganggap semua ADUN tidak kira kerajaan atau pembangkang adalah sedara dan sahabat. Beliau terpaksa mengambil tindakan tegas bagi mendisiplinkan ADUN yang melanggar peraturan mesyuarat.
MB Pahang mahu ADUN Semambu tarik balik kenyataan Bajet 2014 palsu. Ini menghina Dewan Yang Mulia, menghina kerajaan, memberi perspektif buruk dan negatif rakyat Pahang bahawa kerajaan Pahang dibawah kepimpinan DSD Adnan Yaakob menipu...
ADUN Semambu menukar term bajet palsu kepada bajet kosmetik. Bajet surplus disebabkan kemasukan peruntukan RM100 juta wang royalti minyak.
MB Pahang menjelaskan hasil ada bermacam-macam termasuk peruntukan RM100 juta yang dijanjikan kepada Pahang pada 2014 kerana royalti @ wang ihsan. Jangan pembangkang menyerang kerajaan kepada isu bajet deficit atau bajet surplus.
Pembangkang sepatutnya bertanya adakah peruntukan bajet dibelanjakan sepenuhnya. Pembangkang sepatutnya menyoal samada peruntukan dikawasan masing-masing adakah mengikut perancangan bajet. Kalau tidak dibuat baru betul kata kerajaan sabotaj bajet.
Speaker mahu kepastian dari ADUN Semambu mahu tarik balik atau tidak kenyataan bajet palsu: YA atau TIDAK?
ADUN Semambu bertegas tidak mahu menarik balik kenyataan.
MB Pahang mengusulkan kepada Dewan Usul tindakan tatatertib menghina Dewan Yang Mulia, menghina kerajaan ke atas ADUN Semambu. Semua ADUN sedang study kertas usul tersebut. Selepas pengundian dilakukan secara terbuka bangun berdiri jika menyokong.
Yang tidak bersetuju 12 ADUN pembangkang.
Yang bersetuju 29 ADUN Kerajaan tidak termasuk seorang ADUN kerajaan tidak hadir. Keputusannya 29-12 maka Speaker mengumumkan gantung ADUN Semambu dari menghadiri Sidang DUN tahun depan sebanyak 2 kali persidangan @ 2 sittings.
12 ADUN pembangkang mengosongkan kerusi keluar Dewan Yang Mulia akibat tindakan tidak civil, tidak beretika, tidak matang, tidak bertanggung jawab menghina Dewan Yang Mulia DUN Pahang oleh ADUN Semambu.
Sewaktu makan selepas Sidang DUN Pahang ditangguhkan, hanya tinggal ADUN pembangkang dari ADUN Ketari DAP dan ADUN Sabai DAP menemani DSD Adnan Yaakob MB Pahang. Nampaknya kedua ADUN DAP dari Bentong ini masih sayang MB dari tempat mereka!
Ayoyo Dato' tadi nampak emosi...
Mana ada emosi itu bukan emosi hanya 10% sahaja...saya mahu ajar disiplin dan mendidik ADUN Semambu...
2 comments:
kawe kiro pilihe rayo ke pat belah mace biiend nok jatoh jah. kawe tok nok biiend jatoh tapi arap calon biiend hok mano lawe pembake tu aloh ke semo2nyo. biar pina butir mato raso pulok puak kawe mintok tok wokil ore pahe dale dewie tubit dari persidange. demo raso pulok kawe buat keraje buat raso sumo demo puak kawe buat tok beto pulok. lagu mano weh pulok gamok ko nih raso dek nih. demo napok sdiri hok beto alek kawe demo kato tok beto hok tok beto alek demo demo krah keng kato beto.
puwok demo semor betul mugo ahli syorgo belako ore biiend jah hok masok nerako sbb takdok wokil tuhan mcam nik ajis
Post a Comment