Friday, November 29, 2013

Protokol Gelaran Dato' Pahang



Ada komen dari Jerantut dalam FB WZWH menyentuh protokol gelaran Dato' Pahang seperti berikut:

WZWH, sila terangkan dlm blog anda pasal penggunaan tittle Dato', sbb ramai org jerantut nk tahu tatacara penggunaan Dato', ni kang belum kalung dek Tuanku dah kembang dada berjalan. Anda je pandai menerangkan pasal ni, sbbnya ada sebilangan org jerantut ni nak pakai sgt ke pangkat Dato' tu tapi tak reti nk hormat raja. Gila bahasa belaka..


Ok WZWH akan terang protokol gelaran Dato' Pahang kepada orang Jerantut secara ringkas. 

Dalam kehidupan rakyat di Pahang, perkataan protokol mungkin baru tetapi amalan protokol telahpun dipakai sejak dahulu lagi. Jika susunan keutamaan yang menjadi takrif utama, maka hal ini sudah wujud. Bahasa istana atau bahasa diraja dan tertib menghadap raja dan pembesar adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Ringkasnya pada zaman kerajaan Melayu tradisi, protokol ini lebih banyak dilihat sebagai adat istiadat dan pantang larang istana.

Mula-mula kena kenalpasti panggilan Dato', Datuk, Datu, datuk-Apa bezanya?

Dato' adalah gelaran negeri-negeri yang berSultan dan Beraja.

Datuk adalah gelaran negeri-negeri yang tidak berSultan dan Beraja.

Datu adalah gelaran dari Kesultanan Sulu.

datuk adalah seorang lelaki yang mempunyai cucu atau cucu-cucu. Ada panggil Aki, Nenek, Tok, Mbah dsb.

WZWH faham apa yang dimaksud dengan komen itu ialah Dato' Pahang.

Apa bintang dan darjah kebesaran Pahang?

PAHANG DARUL MAKMUR
  1. Sri Sultan Ahmad Shah (S.S.A.P.)
    • Lelaki: Dato' Sri
    • Perempuan: Dato' Sri
    • Isteri: Datin
  2. Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
  3. Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
  4. Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

Di Jerantut majoriti 50 orang yang menerima gelaran Dato' adalah dari bintang dan darjah kebesaran DIMP.

Tidak ramai yang dapat DSAP, apa lagi SSAP.

Majoritinya juga belum mengadap Tuanku Sultan Pahang untuk dikalongkan.

Ini bererti majoriti dari mereka ini TIDAK BOLEH guna gelaran Dato' samada dalam bentuk apa-apa pangilan, tulisan, komunikasi dan media.

Adalah menjadi kesalahan dan tidak mengikut protokol jika mereka itu mengunakan title Dato' selagi belum mengadap Tuanku Sultan Pahang untuk dikalongkan di majlis istiadat.

Sebab ada kes bila kebiasaan orang Jerantut memanggil seseorang itu Dato' tetapi bila ada majlis di istana orang itu hanya dipanggil Encik sahaja kerana orang itu belum dikalongkan lagi.

Soal penerima gelaran ini berlagak dan kembang dada berjalan itu soal peribadi. WZWH tidak mahu ulas.

Tapi kalau soal tidak mahu hormat raja, gila bahasa belaka maka kalau betul dakwaan itu WZWH kira majoriti 50 orang yang masih belum dikalongkan itu alamatnya kena menunggulah....

Jangan mengharapkan buah yang tidak gugur...

Jangan pula menyangka WZWH akan membisikkan ke telinga Tuanku, " Ampun Tuanku....pajan aje (freeze) Dato'-Dato' Jerantut semua itu kerana tiada taat setia ke Bawah Duli Tuanku...

"Lebih teruk dari Sakai lagi Tuanku..."

Ha..Ha..Ha..Ha..Ha...ekekekekkekekekeke,,,,

14 comments:

Anonymous said...

ESBAB TU KALAU. DI SARAWAK KERAJAAAN X BERI GELARAN DATO SEWENANG WENANG NYA. DAN BUKAN SENANG NA APAT GELARAN TU. BOLEH KATA GELARN DATUK SARAWAK. TERHAD DAN D PANTAU OLEH KERAJAAN NEGERI DIBAWAH PEHIN SRI. TAIB

Anonymous said...

Saudara WZWH,
Your comment about " Sakai" is uncalled for, you are insinuating they are memang teruk, i do not expect this to come from you, whom i always have high regards of and i must say it surpriised me coming from you.
Please do not look down on them.

Anonymous said...

Eekekleh... mentang2 diminta ulasan, sedap2 jer bahasa "Lebih teruk dari Sakai lagi Tuanku..." Nampak sangat hauskan pembelaan dari "tuanku". Orang kampung kata "utak tarok lutut".

Anonymous said...

Wzwh tu citer mende betoi.. Org sakai lagi hormat raja dari mat lan..

Anonymous said...

org yg komen mat lan lagi teruk pada sakai kah kah kah

Anonymous said...

Stuju ....

Anonymous said...

orang sakai lagi bermartabat, tak jadi katak, tak jadi penghuni hantu, mereka sebenarya bumiputera, apa panggilannya utk mereka yg merompak tanah pusaka pribumi Sarawak ? ahahahhahah

Anonymous said...

Ngape yek. Deme ngejor ke sgt geloran dato' te....
x de nilai pun disisi Allah....
Moh kita me rebut pangkat takwa...
Slamat dunia n akhirat

Anonymous said...

tuan/puan.izinkan sya bagi komen.gelaran dato ada lah suatu kehormatan.tetapi bagi sya,kebelakangan ini nak dapat pjk,pun susah.sya telah berjasa di banyak institusi kebajikan,sampai hari ini no pjk at all.

Anonymous said...

FORMULA
A - B - C

Dato' A = ANUGERAH
Dato' B = BELI
datuk C = CUCU

PemikirpolitikJerantut said...

SETUJU DENGAN WZWH..CERITA SEKALI YANG LAGI 50 ORG TU PULA SIAPA..

Anonymous said...

If a Dato' (DIMP) has made a criminal record, how do we report to DIMP to pull back the Datoship?

thank you

Anonymous said...

Assalam. Dato', bagaimana hendak mendapatkan datoship (beli) ? Maaf, hanya ingin mendapatkan info.

naynis said...

a fantastic readvisit homepage great post to readfind newsmy blog

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024