MB Pahang menjala ikan di Sg Pengor Kg Pagi Ulu Tembeling Jerantut dalam lawatan kerja akhir bulan Oktober lepas. Perhatikan kaki MB memijak tanah atau lumpur dalam air. Mungkin di sini MB terkena jangkitan. Wan Amizan ADUN Tahan pun memijak lumpur tapi tidak terkena jangkitan kuman mungkin beliau sudah immune dengan lumpur dan tanah di Sg Tembeling.
WZWH tidak tahu setakat mana aktiviti MB Pahang dalam lawatan ke Cameron Highlands sebelum itu. Mungkin jangkitan kuman itu MB dapat di Cameron Highlands.
"Lambat dua jam terima rawatan, saya mungkin mati,'' kata MB Pahang, DSD Adnan Yaakob yang disahkan dijangkiti bakteria burkholdera cepacia.
"Doktor sahkan burkholdera cepacia, bakteria ini terdapat di dalam lumpur dan tanah. Sebelum ini saya ada ke Cameron Highlands dan Jerantut, tidak pasti dapat bakteria ini di mana,'' katanya
Bahayanya serangan burkholdera cepacia adalah kerana bakteria itu menyerang sistem imun badan dalam senyap dan kesannya hanya dirasai setelah lebih seminggu.
MB Pahang telah dimasukkan ke ICU Hospital Prince Court milik Petronas pada 4 November lalu dan menerima rawatan hampir seminggu.
Apa yang dialaminya kata MB, akan sentiasa menjadi ingatan kepadanya untuk sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.
"Saya akan mengadakan lebih kerap kempen-kempen yang berkaitan dengan kebersihan dan kesihatan,'' katanya.
Apa yang WZWH ingat sewaktu menghantar MB ke bilik persalinan di sebuah resort di Kuala Tahan sebelum MB pulang ke Kuantan, MB telah menyatakan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan sebuah bilik yang disediakan.
MB sentiasa merunggut. Kebersihan tidak dijaga...taik cicak bertebaran. Semasa selesai persalinan dan solat pun MB masih membebel dan terus memberi teguran dan nasihat kepada pengusaha resort.
MB Pahang berjanji mahu datang lagi dalam masa terdekat kepada pengusaha resort itu bagi memastikan tahap kebersihan dijaga.
Adakah bakteria "burkholdera cepacia" dari Jerantut penyebab jangkitan kuman MB Pahang?..Allahuwualam.
2 comments:
nampak sangat MB x turun padang.org kg pagi dan kuala tahan tiada pula yg terkena kencing tikus walaupun dah berpuluh tahun hidup disini termasuk aku.rajin2 la turun padang dan jangan la nak menuduh x tentu pasal.entah2 dia minum air kat rumah dia x dimasak oleh tukang gaji dia tu yg dapat penyakit.
Takpe MB dah terselamat kerana gi Prince Court, wak!
Ambil je sampel air sungai-sungai di Camerons dan ZJerantut. Pasal orang kampung ber`kuurn tak kean itu secara kebetulan. Beberapa tahun lalu 6 kakitangan awam terkorban kerana kencing tikus di hulu sugai Taman Negara. Budak-budak PLKN pun telah beberapa orang mati Lepto..
Sungai-sungai dikampung dan bandar sekarang banyak dicemari kerana manusia tidak berhemah dan akibatnya, tidak tahu yang mana selamat untuk mandi-manda macam dulu.Kawan saya seorang Hindu turun ke dalam sg dekat kuil di sembah. Sakit seminggu bawak specialis silap diagnos samapi ke Putrajaya sempat sebulan - kencing tikus. Beberapa minggu dulu MM log air minuman tin juga boleh dijangkiti Lepto!
MB bukan lepto!
MB dirawat diPC panjang umur yang salah diagnos jg lewat dirawat - Qaalu inna...ilaihi rajiiun!
Antara dua darajat?
Post a Comment