Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, November 6, 2013

Rest In Peace Suhaimi Said @ Blogger The Spirit Of Lubok Kawah

Photo: Pejuang Rakyat @ Ketua Cabang PKR Kuala Krau, Pahang yg juga Pengerusi Biro Felda PKR, Tuan Haji Suhaimi Bin Said telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman kepadaNYA!!

Alfatihah.

WZWH ucap takziah buat keluarga Allahyarham Suhaimi Said dan Alfatihah atas pemergian beliau menemui Ilahi di Hospital Temerloh jam 6 petang hari Selasa 5 November 2013.

WZWH lebih suka mengenang arwah Suhaimi Said sebagai rakan blogger. Beliau sering update Blog The Spirit Of Lubok Kawah dan Facebooknya.

Allahyarham Suhaimi Said, 69 tahun adalah ahli politik anak Pahang yang unik dan mempunyai semangat juang luarbiasa dilahirkan pada 8 Disember 1944.

Beliau berpendidikan Undang-undang dari Lincorn's Inn, London 1973. Pernah berkhidmat dengan kerajaan dan menubuhkan firma guaman sendiri.

Kalau beliau ingin mengambil kesempatan dalam politik sudah tentu beliau lebih ke depan sekarang kerana beliau pernah berkhidmat dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak.

Beliau lebih tertarik dengan politik haluan kiri yang dipengaruhi oleh keluarga dan persekitaran kampung asalnya  dengan semangat Lubok Kawah.

Akhirnya beliau pernah masuk juga UMNO walau politik beliau penuh warna-warni dengan perjuangan Sosialis, PAS dan terakhir sekali PKR dengan begitu komited sekali walau beliau banyak kali tewas bertanding dalam PRU.

Beliau sangat menjiwai perjuangan rakyat marhein, peneroka dan Orang Asli (Beliau lebih suka istilah Orang Asal). 

Jawatan beliau  didalam parti diantaranya Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Naib Pengerusi 1 PKR negeri Pahang, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.

WZWH menghormati Allahyarham Suhaimi Said sebagai blogger dan ahli politik yang sangat komited kepada perjuangan politiknya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Tuan Haji Suhaimi Said seorang pejuang rakyat yang tidak pernah kenal erti penat lelah. Hingga keadaan kritikalnya dihospital tetap update statusnya difacebook. Semoga Allah menerima amal baik Tuan Haji Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Alfatihah.

Photo: Saya teramat duka dengan khabar bhw Pejuang Rakyat, pendukung Semangat Lubok Kawah sebentar tadi kembali ke Rahmatullah.

Memandangkan saya agak slow dalam gerak kerja parti selepas 2008, saya jarang berjumpa dengan beliau kecuali dlm program besar. Namun saya ikuti kupasan Tuan Haji mengenai isu semasa di Facebook secara dekat, dan acapkali belajar banyak ilmu yang tidak ternilai dpd pertukaran idea dgn beliau, termasuk maklumat ttg regimen 10 dsb. 

Allahyarham memanglah seorang pejuang yg berjiwa rakyat. Sungguhpun kalah di DUN Jenderak pd PRU 12, Tuan Haji berjaya menyedarkan ramai kengkawan luar Bandar dpd penipuan dan ugutan UBN, serta menubuhkan 8 ranting di sana tatkala berkempen. 

Akhir-akhir ini saya senantiasa terbaca khabar bhw Haji Suhaimi berubat di rumah sakit. Saya turut berdoa utk beliau dan rakan-rakan pendekar sekalian agar kekal sihat dan terus membela nasib bangsa dan negara.

Pemergian kawan kita, Ketua Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Parti KeADILan Rakyat merangkap Ketua Cabang KualaKrau amat menyedihkan, namun pucuk pimpinan silih berganti. Generasi pelapis KeADILan dan rakan-rakan seperjuangan PAS dan DAP tetap cekal berusaha menjayakan impian rakyat jelata. 

Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Pejuang Rakyat bersemangat Lubok Kawah kita. Allahyarham akan selalu breads dlm kenangan kita.

Suhaimi Said dalam kenangan (1944-2013).

1 comment:

Anonymous said...

Perjuangan mulia beliau, quoted " begitu komited sekali walau beliau banyak kali tewas bertanding dalam PRU. Beliau sangat menjiwai perjuangan rakyat marhein, peneroka dan Orang Asli " seharusnya ditelani.