Nuffnang Ads

Pages

Saturday, November 30, 2013

Tahniah Dato' Mohd Sharkar Shamsudin Dilantik MT UMNO Malaysia


Dato' Mohd Sharkar Shamsudin bersama Tuanku Sultan Pahang di Majlis Penutup Kembara DiRaja Pahang Hotel Zenith Kuantan pada malam 29 November 2013. Foto ihsan ARAR.

Tahniah WZWH ucapkan kepada YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin EXCO Pelancongan Pahang yang baru dilantik MT UMNO oleh DS Najib.

Dato' Sharkar adalah ADUN Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh.

Beliau sebelum ini pernah menjadi EXCO khusus Media Sosial dan sebagai pemimpin pioneer berjaya mengerakkan media sosial Pahang dan berperanan aktif bersama DS Najib bersama orang muda dalam aktiviti dan program media sosial di peringkat nasional.

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin diatas lantikan ahli MT UMNO. Pemain-pemain industri pelancongan di Pahang turut merasa bangga ~ you're on the right track Dato'.

Industri pelancongan negara menghasilkan pendapatan bernilai RM76 bilion. Pada 2012, Pahang berjaya mendapat hasil RM6.7 bilion dari produk-produk pelancongan Pahang.

Sebagai ahli MT , Dato' Sharkar boleh memberi input idea-idea dan kepimpinan beliau. Dari segi politik, beliau boleh memikirkan strategi-strategi menguatkan kembali UMNO dan BN di Pahang.

Semoga ini memberi motivasi kepada Dato' Sharkar untuk bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi.

5 comments:

Daeng Selili said...

Saalam,

Blog yang menarik, mohon pautkan saya disini jika tidak keberatan blog tuan telah saya pautkan disana

http://daengselili.blogspot.com/

terima kasih :)

Anonymous said...

tahniah dato shakar. bakal pemimpin yang akan memimpin pahang selepas ini, orang muda yang ada wawasan, semuga tak ada ranjau duri dari orang2 dalamam mencantas beliau dalam kancah politik yang penuh duri dan hasad dengki, perlantikan mt ini menandakan satu Q dari pucuk pimpinan keapada beliau,sedang kan beliau hanya lah adun,lebih sedikit EXCO negeri, syabas dato shakar shamsuddin.

Anonymous said...

Semoga dengan perlantikan ini beliau dapat memajukan lagi Temerloh secara khususnya dan Pahang secara amnya..

Anonymous said...

Semoga perlantikan ini akan melaksanakan perkara tertangguh di Temerloh iaitu empat projek mega termasuklah pembinaan jambatan kedua Temerloh, masjid daerah yang baharu, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan kampus cawangan universiti yang dicadangkan di Lanchang.Laksanakanlah projek ini kalau tak mahu PRU 14 BN kalah lagi di kwsn Parlimen ini..

Anonymous said...

Kalau laksanakan projek di kawasan ni tetap juga kalah pru 14 nanti,BN dan Umno semakin hari sudah tidak diterima lagi oleh golongan muda dan cerdik pandai,boleh nilai sendiri apabila BN menang,bru pegang mandat dlm 6 ke 7 bulan ni dah bermacam kerajaan naikkan barang keperluan rakyat setiap hari,di sini byk jd kesan ke rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi di mana rakyat dah tak sanggup tertipu lg dengan janji2 manis BN,boleh nilai sndiri kerusi dlm parlimen semakin thun semakin byk dah pembangkang dapt dlm pru baru ni,insha allah parti pas akan memerintah satu hari nanti dan akan tadbir negara kita dengan penuh didikan agama kepada rakyat,bukan stkat agama islam pada ketuanan melayu semata mata.