Gajah Sungai Tembeling semakin jinak sekarang. Gajah ini tidak peduli lagi atau malu-malu kepada manusia.
Ini masa WZWH tulis tentang hutan warisan DUN Tahan. WZWH ada tulis tentang Temenggong Initiative dalam memelihara hutan negeri Pahang dan tanggungjawab masyarakat menjaga bersama.
Hutan flora dan fauna DUN Tahan terutamanya Lembah Tembeling dan Taman Negara (Pahang) adalah aset yang tidak ternilai. Nilai biodiversiti hutan Tembeling berbilion-bilion tak ternilai. Membekalkan oksigen berkualiti dan tadahan air membekalkan air bersih.
Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.
Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.
Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².
Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Terengganu. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.
Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
Berapa tanah hutan lagi yang kita ada di Pahang? Buat kita pertahankan untuk cucu cicit kita. Kita tidak mahu pengurusan hutan negeri Pahang yang lemah.
Minggu ini terjadi lagi. Sekumpulan gajah liar telah keluar ke jalanraya. Keadaan ini amat membimbangkan pengguna jalanraya ke Taman Negara. Dakwaan penduduk pembukaan hutan ini (gambar) salah satu puncanya. Pihak yang berwajib harus mencari jalan untuk penyelesaiannya. Jangan sampai ada yang terkorban baru nak bertindak.
Pegawai dan staf Perhilitan boleh dikatakan setiap malam berjaga malam...mengawal gajah, ada yang berpondok di kiri kanan jalan untuk menjaga gajah....tidur tak mencukupi kerana mengawal gajah...tinggi sangat risiko buat pekerja-pekerja perhilitan, jika berkaitan dengan gajah ni....
Berbagai teori keluar berkenaan fenomena gajah-gajah jinak ini di Tembeling:
- Mengikut cerita orang keturunan Siam Tembeling, bila gajah-gajah ini muncul itu tanda alamat tempat itu mahu maju dan makmur. Lagi superstitious kalau ada keluar seekor gajah putih juga alamat pemimpin tempatan mahu jadi pemimpin besar.
- Ada kata gajah-gajah jinak sengaja dilepaskan ke hutan Tembeling dari zoo atau sanctuari gajah. Gajah-gajah yang jinak tidak boleh cari makan sendiri kena spoon feeding senalo.
- Ada kata gajah-gajah itu telah kehilangan habitatnya sebab banyak hutan ditebang di hutan Tembeling.
- Menurut pakar gajah pula spesis gajah-gajah jinak itu dari Hutan Simpan Tekai.
- Menurut ramai kanak-kanak Kuala Tahan kata sebab gajah-gajah itu excited sangat suka sebab Pahang baru menjulang Piala Malaysia yang kali akhir dijulangi pada tahun 1992!
Inilah gambaran gerombolan gajah jinak yang berlegar-legar di jalanraya menghala ke Kuala Tahan, Taman Negara terutama selepas jambatan Sungai Tekai.
Banyak signboard tepi dari jambatan Sungai Tekai ke nursery MPOB yang kena rosak kecuali signboard yang Perhilitan letak tu yang ada gambar gajah itu.
Kalau gajah-gajah ini boleh bersuara pasti gajah-gajah ini bertempik sambil membawa placard dan sepanduk kepada pemimpin ," wahai YB mana hak kami...kami mahu penempatan kami....jangan gangu kehidupan kami....Pemimpin bukan sahaja kena memikirkan kepentingan penduduk tapi juga kepentingan gajah, harimau, beruang, rusa, kijang, babi hutan, tenok, seladang dan ikan-ikan termasuk pokok-pokok hutan".
Kita kena sokong dan jaga gajah-gajah Tembeling neh...mereka juga ada hak.
Kemajuan dan pembangunan memerlukan pengorbanan alam sekitar dan hutan terutamanya di DUN Tahan.
Fakta-faktanya:
- 50,000 ekar hutan ditebang bagi ladang getah kepunyaan Felcra dan GLC
- 8000 hektar hutan Simpan Tekai ditebang bagi projek renewal energy.
- Beribu ekar Rancangan Tanah Kelompok kampung-kampung.
- Beribu ekar lagi tanah untuk projek pertanian bernilai tinggi.
Apa yang penting adalah penyelesaian kepada masalah. Mungkin Mesyuarat Tindakan Pelancongan Daerah boleh diambil maklum juga berkenaan perkara ini. Kerajaan Pahang adalah kerajaan yang paling banyak menjadikan tanah sebagai kawasan perlidungan.
Taman Negara, reserve Krau, reserve Tioman, kawasan Tasik bera, Rompin State Park dll. Kalau satukan semua kawasan pelindungan ni mugkin lagi besar dari negeri selangor..so kepada siapa-siapa yang tidak tahu fakta ini jangan lah kutuk kata kerajaan Pahang ni zalim sangat sampai tidak ada kawasan untuk hidupan liar kalau nak banding dengan banyak negeri-negeri lain. Pahang perhaps the most conservation state in West Malaysia.
Pemimpin kena berfikir apa yang positif untuk difikirkan. Kalau dapat dibawa berbincang dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Insyaallah kita akan dijadikan contoh terbaik bagi pengurusan konflik manusia-hidupan liar di seluruh dunia kerana masalah yang kita hadapi sekarang lanya tidak seserius mana jika nak dibandingkan dengan negara Vietnam, Indonesia, Thailand, India dan beberapa negara di Afrika.
Yang penting sit down together dan panggil semua agensi yang terlibat dan beberapa ngo's supaya penyelesaian dapat dicapai..win win situation for the people and for wildlife...
Nampak gayanya JKR Jerantut perlu meletak signboard tanda gajah ada berkeliaran melintas jalan di tepi menghala ke Kuala Tahan dari jambatan Sungai Tekai..jaga-jaga dan hati-hati wahai motorists.
Ini pun baik baru lah boleh dipanggil safari wild Africa!
DUN Tahan punya hutan rimba yang unik dan tertua di dunia. Flora, fauna, herba dan biodiversiti sangat bernilai lebih dimasa hadapan. Sememangnya status hutan perlu dipelihara kekal.
DUN Tahan mahukan pembangunan. Bila infratruktur dibina hutan terpaksa ditebang. Perlu ada keseimbangan dan kemusnahan hutan yang minima.
WZWH bernasib baik dilahirkan baru lagi. Jika WZWH hidup di zaman politik Tun Razak, WZWH akan beri pandangan kepada Tun Razak dan Tuanku- "Haramkan segala pembalakan di DUN Tahan hatta atas nama pembangunan". Tidak perlu buat jalan. Tidak perlu buat Felcra atau Felda. Tidak bagi kepada agensi kerajaan negeri dan persekutuan, anak syarikat, GLC, dan korporat mohon tanah di DUN Tahan.
Biarkan DUN Tahan hutan berdaung. Kekalkan begitu. Biar penduduknya guna sungai sebagai pengangkutan. Mungkin guna kapaterbang kecil boleh dipertimbang. Biar penduduk Ulu Tembeling menjadi muzium hidup seperti dizaman abad ke 18.
Biar hutan DUN Tahan itu lebat hijau menggiurkan, biar hutan DUN Tahan itu kaya galian mineral emas dan besi, biarkan DUN Tahan itu tidak diusik untuk sumber tenaga alternatif diperbaharui, biarkan Hutan DUN Tahan tidak ditebang dibuat ladang...Itu sebenarnya yang terbaik!
Tetapi orang tua-tua kita tidak berupaya untuk mempertahankan hutan DUN Tahan warisan anak cucu. Nenek Moyang kita tidak perjuang untuk gazetkan bahawa hutan DUN Tahan itu perlu 'dipreserved', tidak boleh ditebang atas apa-apa alasan.
Orang tua-tua kita tidak berupaya menasihati dan menghalang kasta pertama, kasta kedua, kasta ketiga, CEO, pemimpin, tokoh korporat dari menghilangkan warisan hutan nenek moyang kita.
Sekarang kita dalam dilema. DUN Tahan mahu kemajuan. Jika kita tidak layan orang DUN Tahan sendiri bising marah kepada kita. Natijahnya kita perlu jaga DUN Tahan bandar rimbaraya dunia pertahankan sampai kiamat.
Orang luar terutama pelancong asing tahu bahawa hutan DUN Tahan kita ini sangat tidak ternilai. Sebenarnya jika kita menjaga hutan DUN Tahan kita ini mengurus sebaik-baiknya ianya tetap memberi pulangan ekonomi kepada kita dari segi jangka panjang.
4 comments:
sebenaryna gajah2 sudah hilang habitatnya..hutan kita rakus di mamah oleh pemimpin2 dan org yang berkuasa pertama sekali penebangan balak berlebihan terutama dompok dgn kuncunya..program tanah kelompok konon sebenarnya bukan org berkelayakan yang dapat tp kroni2 dgn org pejabat tanah yang berlebihan..banyak sangat ke pembangunan di kuala tahan / taman negara ni wan zuri..aku penduduk kuala tahan tahu sangat dengan kuala tahan nie..pemimpin hanya nak memenuh pokek sendiri bukan nak menaikan pendapatan rakyat sangat..sebenarnya dompok tu onar aje yang lebih..
Ha ha ha
anda menjadi saksi tindakan anda sekarang
satu saja cadangan sekarang
buat zoo saja di ulu tembeling
Tak xpe. Itu nama pembangunan bangsat menjadikan habitat itu kehilangan tempat berteduh dan cari makan. Bayangkan rumah kampung, beratap cucur berdinding peluph buloh, menjadi mangsa lanyakan kumpulan tersebut. tunggu dan jawablah diakhirat kelak.
Ayat di bwh ni seperti ada sesuatu yg tersirat.Terhidu sesuatu..cam ni la,bkn x boleh nak bangunkan sesuatu tempat tu,tapi cuba berfikir ke byk arah.buat projek itu ini tanpa kaji effect kehidupan lain.malas la nk comment panjang2....sendiri fikir.
Nampak gayanya JKR Jerantut perlu meletak signboard tanda gajah ada berkeliaran melintas jalan di tepi menghala ke Kuala Tahan dari jambatan Sungai Tekai..jaga-jaga dan hati-hati wahai motorists.
Ini pun baik baru lah boleh dipanggil safari wild Africa!
DUN Tahan punya hutan rimba yang unik dan tertua di dunia. Flora, fauna, herba dan biodiversiti sangat bernilai lebih dimasa hadapan. Sememangnya status hutan perlu dipelihara kekal.
DUN Tahan mahukan pembangunan. Bila infratruktur dibina hutan terpaksa ditebang. Perlu ada keseimbangan dan kemusnahan hutan yang minima.
WZWH bernasib baik dilahirkan baru lagi. Jika WZWH hidup di zaman politik Tun Razak, WZWH akan beri pandangan kepada Tun Razak dan Tuanku- "Haramkan segala pembalakan di DUN Tahan hatta atas nama pembangunan". Tidak perlu buat jalan. Tidak perlu buat Felcra atau Felda. Tidak bagi kepada agensi kerajaan negeri dan persekutuan, anak syarikat, GLC, dan korporat mohon tanah di DUN Tahan.
Biarkan DUN Tahan hutan berdaung. Kekalkan begitu. Biar penduduknya guna sungai sebagai pengangkutan. Mungkin guna kapaterbang kecil boleh dipertimbang. Biar penduduk Ulu Tembeling menjadi muzium hidup seperti dizaman abad ke 18.
Post a Comment