Monday, April 6, 2015

Tunku Rahman Pecat Mahathir Dari UMNO...Tapi Tun Razak Kutip Mahathir Di Jalanan...Gilap Angkat!



















Mahathir aktif UMNO sejak mula dan pernah jadi Pengerusi UMNO Kedah tahun 1959. Walau punya kedudukan kuat Mahathir tidak bertanding pada PRU 1959 sebab merajuk dan protest kepada Tunku Abdul Rahman.

Mahathir mahu calon-calon semua berpendidikan tinggi. Masa itu bukan semua pemimpin-pemimpin UMNO Kedah bersekolah tinggi. Mereka mengadu kepada Tunku Rahman. 

Namun Mahathir bertanding pada PRU 1964 menang parlimen Kota Setar Selatan. Tapi sebaliknya PRU 1969 Mahathir kalah kepada PAS sebab undi orang Cina.

Selepas Rusuhan Kaum 1969 yang telah diramal oleh Mahathir, beliau lagi lantang bersuara di luar parlimen.

Beliau secara terbuka mengkritik kerajaan, menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman di mana Perdana Menteri dikritik kerana gagal untuk menegakkan kepentingan Melayu. . Surat itu, yang kemudian disebar kepada orang awam, menggesa peletakan jawatan Tunku Abdul Rahman. Pada akhir tahun ini, Mahathir telah dipecat dari Majlis Tertinggi UMNO dan dipecat daripada parti; Tunku Abdul Rahman terpaksa dipujuk untuk tidak menangkap Mahathir.

Mahathir buat buku 'The Malay Dilemma' kritik dan hentam lagi Tunku Abdul Rahman. Buku ini terus diharamkan. Akhirnya Tunku Abdul Rahman letak jawatan Perdana Menteri.

Mahathir anak Kedah sanggup buang Tunku Abdul Rahman putera Raja dari Kedah. Mahathir tidak peduli itu semua.


























Mahathir semasa di luar UMNO lebih rock n cool berharap kepada Tun Razak ambil beliau, gilap dan angkat beliau.

Tunku Abdul Rahman pada mulanya cukup marah kepada Tun Razak kerana cuba berlembut dengan Mahathir apa lagi mahu bawa Mahathir masuk UMNO balik.

Tun Razak galakkan Mahathir kembali ke dalam parti , dan beliau telah dilantik sebagai Senator pada tahun 1973.  Beliau meningkat dengan cepat dalam kerajaan Tun Razak, kembali kepada Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1973, dan dilantik ke Kabinet pada tahun 1974 sebagai Menteri Pendidikan. Beliau juga kembali ke Dewan Rakyat, memenangi kerusi yang berpangkalan di  Kubang Pasu Kedah tanpa bertanding dalam pilihan raya 1974.






















Pada tahun 1975, Mahathir bertanding untuk salah satu daripada tiga naib presiden UMNO. Pertandingan tersebut telah dianggap sebagai pertempuran untuk penggantian kepimpinan parti, dengan kedua-dua Tun Razak dan timbalannya, Tun Hussein Onn, dalam kesihatan yang menurun. Setiap calon pilihan Tun Razak telah dipilih: bekas Ketua Menteri Melaka, Ghafar Baba; Tengku Razaleigh Hamzah, seorang ahli perniagaan kaya dan ahli keluarga diraja Kelantan; dan Mahathir. 

Apabila Tun Razak meninggal dunia pada tahun berikutnya, Tun Hussein sebagai penggantinya terpaksa memilih antara tiga naib presiden untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri; beliau juga mempertimbangkan  menteri bercita-cita tinggi Ghazali Shafie. 

Tetapi keputusan Tun Hussein tidak mudah. Tun Hussein dan Mahathir tidak sekutu rapat, dan Tun Hussein tahu pilihan Mahathir akan tidak menyenangkan Tunku Abdul Rahman, masih hidup dan dihormati sebagai bapa kemerdekaan Malaysia. Selepas enam minggu tidak dapat membuat keputusan, banyak yang terkejut, bila Mahathir dilantik sebagai timbalan Tun Hussein. Pelantikan itu bermakna Mahathir adalah pengganti kepada Perdana Menteri.



















Bila Mahathir bawa masuk dan mengilap Anwar Ibrahim menyebabkan ramai veteran-veteran UMNO terpinggir to name a few: Musa Hitam, Ghaffar Baba, Tengku Razaleigh, Ghazali Shafie, Tun Abdullah.

Kemudian datang DS Najib. Apa Mahathir perintah semua DS Najib ikut:

  • Suruh sokong Sulaiman Palestin lawan Uncle pun Najib sanggup ikut...
  • Suruh tolak Suhaimi Kamaruddin angkat Anwar Ibrahim Najib ikut...
  • Suruh tolak Kuli sokong Mahathir Najib ikut...
  • Suruh naikkan Anwar Ibrahim tolak Ghaffar Baba pun Najib ikut...
  • Suruh tolak Anwar Ibrahim pun Najib ikut...
  • Suruh angkat dulu Tun Abdullah pun Najib ikut...
  • Suruh tolak Tun Abdullah pun Najib ikut...
  • Suruh angkat Najib pun Najib ikut...takpalah itu bagus.
  • Suruh Najib undur takkan Najib mahu ikut ha ha ha.

Apa yang Mahathir tulis dan bising kepada media massa dan awam berdasarkan tiga isu itu bukanlah isu yang kritikal hanya alasan sahaja:

Isu Altantuya- Sirul- Itu telah diputuskan oleh Mahkamah setelah bicara makan masa lama mengikut proses kedaulatan undang-undang negara.

Isu 1MDB adalah pure korporat. Komuniti korporat memahami isu ini yang kerajaan perlu sediakan satu syarikat bagi keperluan strategik untuk negara. Pelaburan jangka panjang baru peringkat infancy.

Isu jet itu untuk kegunaan pemimpin  dan Raja mengikut kos dan keselamatan.

Apa yang Mahathir mahu dari DS Najib yang tidak dapat dilayan kehendak itu tidaklah kita tahu!

12 comments:

Anonymous said...

Pat
Suruh angkat Najib pun Najib ikut...tak apa itu bagus
Suruh Najib undur takkan Najib mahu ikut ha ha ha
.....ini yang buat kita orang tergelak...ha ha ha
Hilang respek pada Mahathir,makin meluat....nampak kebobrokkannya lebih jelas.

Anonymous said...

Tunku Abd Rahmanlah orang yg membawa Tun Mahathir, Mahazalim, Mahafiraun masok UMNO kerana Tun M masuk Parti Sosialis Rakyat Malaysia, Parti Kepala Lembu...

Tun M tibai Tunku kerana otak sosialis sudah menebal..

Tun M desak Tun Hussien letak jawatan..

Tun M tak berkenan & amat takut hilang kuasa..habis semua Timbalan di pecat, dijatuhkan samada ikut depan atau ikut belakang...

Pekenakan Tun Musa dlm kes Memali.

Gunakan Anwar Al Juburi jatuhkan TS Ghafar Baba

Jatuhkan Anwar bila Anwar mengancam jawatan PM

Serah jawatan pd Tun Dollah sebab dah tak der duit..pas tu hantam Tun Abdullah drp belakang

Tun Dolah serah pd Najib, tapi Tun M hantam najib depan belakang...

Dahsyat Idea Sosialis Tun M mamak Kutty nie, semua orang tak kena..

Pas nak bentang undang2 syatiah pon dia kata undang2 Pas..

Jadi apa Tun M nak? Nak jadikan Malaysia sebuah negara Sosialis ker?

Dah semua orang tak betul tak kena, bila tak ikut cakap Tun M...

Kalaulah Mukhriz jadi PM Malaysia, sesuatu dasar tak ikut Tun M, apakah Tun M akan hantam Mukhriz depan belakang jugak?

Hebat Tun M nie...rasanya baik dia buat kerajaan sendiri ajer ler....dah semua orang tak betul!!!

Anonymous said...

Mahathir bukannya bodoh. Kami yang rakyat ni pun nak tahu kebenaran pasal 1 MDB, isu jet baru, cerita lama Sirul. Cuba fikir sikit wahai rakyat Malaysia...kalau tak ada arahan takkan Sirul akan bertindak. Itu yang rakyat Malaysia nak tahu..siapa yg bagi arahan. Najib langsung tak mau jawab.Yang jawab macai2 dia. Kenapa Najib tak mau jawab??????

Anonymous said...

Anon 2:52

Wahh anti Tun M nampak!! bersungguh sungguh mencari kesalahan Tun M supaya boleh sabitkan beliau dgn sesuatu!

tapi nampak cam tak berkesan sgt ko punya cerita ceritun! kenapa ek??

Tun M tu byk jasanya pada "Manusia" bukan di malaysia saja jadi doa org2 ni melindungi beliau..Org yg buat sesuatu kebaikan dgn iklhas biasanya tak heboh satu dunia!
Lain pulak Anwar ibrahim pusing satu dunia kata dia baik....guna masjid siap berkain pelikat cakap dia terer!

Sama mcm PAS....dari dahulu pas saja yg baik umno ni jahat belaka! kita tahu biasanya org yg mempertontonkan kebaikkan dirinya itulah yg berlaku sebaliknya!kann

Iblis hantar setan tahap tertinggi untuk hasut PAS...sbb tak wasatiyah!

Quantum Metal Consultant said...

Majoriti mahu Najib jawab sendiri kecuali Ku Nan "arah"(?) Najib jangan jawab, kenapa yekk..yekk..

Harapan untuk melihat dan mendengar Najib jawab sendiri rupanya tinggal harapan,,, (why) rasanya Tun pun dah tahu Najib tak akan jawab..Teliti ayat di bawah..

"Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin... pasal terlalu banyak skandal dan dia tak dapat jawab," - Tun Mahathir.

"DIA TAK DAPAT JAWAB" tentulah berbeza dengan dia tidak menjawab..

Kenapa dia tak dapat jawab yek..yekk.

Anonymous said...

Tun Mahathir ada jasanya, dah terbukti pun. Dema mende jasanya?

Anonymous said...

Tun Mahathir tau apa yg dicakapkan. Semua rahsia menteri, ex menteri ada pada dia...so bnyk pihak yang panas skrg ni...bagus juga TS Mahyuddin Yassin jadi PM, sekurang2nya dia tak samakan org melayu dgn bangsa lain dgn slogan 1Malaysia.Org Cina bagi apapun dah tak sokong UMNO/BN, ni sampai iklan Xong Xi Fa Chai pun ada Ajib Go...buat mende pun takkn dpt undi cina..kita perlu berani berubah untuk survival UMNO dan Melayu, pemimpin dtg dan pergi..

Anonymous said...

MACAM MANA NAJIB NAK JAWAB SBB DIA TAK TERLIBAT ISU ALTANTUYA YANG MEMANG DIRANCANG OLEH PKR DENGAN MENUGASKAN ZULKIFLI NORDIN MENGAITKAN NAJIB WALAU APA PUN CARANYA!

SORANG YANG DI ANGGAP NEGARAWAN BOLEH MELETAKKAN PEMIKIRANNYA SERENDAH MACAI PR MEMAINKAN ISU TUDUHAN TANPA BUKTI!

TANYA MAHATHIR SIAPA ARAH BUNUH MUSTAKIAH? GERENTI MAHATHIR TAK BOLEH JAWAB SEBAB DIA TAK TERLIBAT!

JADI MAHATHIR TANYALAH PEMBUNUH ALTANTUYA SIAPA ARAH DIA?TAK KAN ITU PUN TAK BOLEH BUAT! KATA HEBAT SANGAT!!!

Anonymous said...

Saya setuju pemimpin dtang dan pergi, kalau pemimpin ok. Kita sokong dan support utk kekuatan parti dan negara, tetapi kalau terlalu banyak kesilapannye, kita perlu gantikan dengan yg lain. Yg penting Melayu, Islam dan UMNO terus kukuh dan berkuasa.Banyak kemudahan diberikan kepada penduduk bandar (dibaca Cina), begitu juga bantuan dlm penddikan, perniagaan..yang sebelum ini tidak pernah diberikan.Hasilnya...BN/UMNO hampir kecundang dan keputusan PRU13 lebih teruk dpd PRU12. Undi Melayu di luar bandar dan Malaysia Timur menyelamatkan UMNO.Jgn harapkan undi Cina lg, yg penting skrg jaga org Melayu luar bandar, Bumiputera Sbh/Swk.Perkasakan peniaga Melayu dn petani mcm Dato Mail Sabri,pertahankan b Melayu mcm TS Muhyuddin, pemimpin mcm nile yg kita nak. Buat mcm MB Phg, tak bagi exco dpd org Cina sb mereka perlu diberi pengajaran.Apa lagi?Inilah masanye, pemimpin datang dan pergi tetapi UMNO mesti berdiri hingga agenda Melayu terlaksana.

Anonymous said...

Umno yg ada hari ini yg deme jd ahli pengasasnya Tun M. UMNO asal thn 46 dah berkubur dgn Semangat 46 itu hakikat sejarahnya tak boleh dinafikan.Sebagai pengasas sudah tentu beliau tidak mahu parti yg diasaskanya berkubur depan matanya pada pru akan datang.

Unknown said...

Xkisah laa ape pn pasal tun yg penting tun naikkn malaysia

Unknown said...

I sokong ape u ckp
"Tun M tu byk jasanya pada "Manusia" bukan di malaysia saja jadi doa org2 ni melindungi beliau..Org yg buat sesuatu kebaikan dgn iklhas biasanya tak heboh satu dunia!"

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024