Friday, August 20, 2010

Azmin Ali Bangkitkan A Race Relations Act Atas Alasan Isu Rasis

WZWH sudah boleh membaca jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, Race Relations Act (Akta Hubungan Antara Kaum)-satu cadangan akta dari Jeyaseelen Anthony, a practicing lawyer and member of the Bar Council Law Reform Committee –akan diguna pakai oleh Pakatan Rakyat untuk mencabar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan polisi affirmative actions.

Tidak sampai sebulan posting WZWH bertajuk " A Race Relations Act VS Article 153" Naib Presiden PKR Azmin Ali mencadangkan agar Akta Hasutan dan ISA yang yang disifatkannya sebagai undang-undang rimba digantikan dengan Akta Hubungan Antara Kaum bagi menangani sentimen kebencian antara kaum sekaligus mengalakkan perpaduan dan keharmonian rakyat.

Azmin Ali mengunakan isu mengenai dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor yang secara terbuka memainkan isu perkauman dalam ucapannya dihadapan pelajar sebagai alasan untuk justifikasi "A Race Relations Act" yang akhirnya akan mencabar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak-hak orang Melayu dan Islam.

Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata rasisme pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Berikutan itu, Azmin turut mendesak agar pengetua terbabit digantung tugas sementara siasatan dijalankan bagi menyiasat kebenaran dakwaan sedemikian.

"Jika dakwaan itu benar, pengetua terbabit perlu dipecat serta-merta kerana ini melibatkan isu sensitif dan mampu memberi kesan kepada kestabilan negara," katanya.

WZWH berpendapat Akta yang sedia ada seperti Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan bagi mengekang tercetusnya sebarang unsur ketegangan dan kebencian antara kaum adalah sudah memadai untuk menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Tidak perlu untuk mewujudkan "A Race Relations Act" yang akan mencabar dan konflik dengan Artikel 153 nanti.

Ketika isu kenyataan rasis pengetua di Johor masih “panas” manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan sebuah jawatankuasa menyiasat kes itu, seorang pengetua di Kedah didakwa mengeluarkan kata-kata menyinggung pelajar bukan Melayu.

Kenyataan rasis melibatkan pengetua di Kedah dikeluarkan minggu lalu.

Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai berkata, pengetua sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa meminta murid-murid Cina supaya “pulang ke China”.

Sehubungan itu beliau meminta pentadbiran Najib mengambil tindakan disiplin.

Pengetua wanita itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu Jumaat lalu dengan menegur murid-murid Cina tidak sensitif kepada rakan-rakan mereka yang beragama Islam dengan makan di kawasan sekolah ketika bulan Ramadan.

Kata beliau, pengetua itu meminta mereka kembali ke China jika mereka tidak boleh menghormati budaya kaum lain.

“Mengeluarkan kenyataan seperti ‘penumpang’ di negara ini sama sekali tidak berasas,” kata Cheah dalam kenyataannya hari ini.

“Sekolah adalah tempat untuk belajar dan kenyataan seperti itu yang keluar daripada seorang pengetua tidak boleh dimaafkan,” tambahnya.

Cheah yang mewakili suara pelajar, ibu bapa dan ahli politik mendesak Putrajaya untuk mengambil tindakan tegas terhadap sekolah yang tidak bertolak ansur dalam isu perkauman.

Kes yang berlaku di Kedah merupakan insiden kedua dilaporkan yang melibatkan pengetua sekolah.

Awal minggu ini, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor diarah untuk mengambil cuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri berikutan terdapat kira-kira 20 laporan polis telah dibuat pelajar yang menuduhnya membuat kenyataan menghina pelajar Cina dan India.

Pelajar-pelajar tersebut mendakwa Siti Inshah Mansor menggelarkan mereka sebagai “penumpang” dan menyamakan pelajar India yang memakai tali keagamaan sama seperti anjing.

Dalam kenyataan pertama mengenai kes itu, Muhyiddin berkata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom agar menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Alimuddin sebelum ini mengatakan perkara itu adalah salah faham dan sudah diselesaikan.

“Kami hendak mendapatkan fakta sebenar. Setakat ini reaksi bersifat emosional tetapi kita perlu adil dan mempunyai maklumat yang betul sebelum kita boleh memutuskan langkah yang perlu diambil,” kata Timbalan Perdana Menteri itu ketika sidang media hari ini.

Beliau berkata tindakan disiplin ke atas pengetua berkenaan akan diputuskan selepas laporan lengkap diterima.

Polis kini sedang menyiasat kes di Johor di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024