Thursday, August 26, 2010

Konflik Etnik Dan Ras

Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Kurniaan tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini.

Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia. Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan rasa tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti di Amerika Syarikat dan negara jiran Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa keganasan dan konfrontasi. Maka, timbullah persoalan samada konflik etnik dan ras akan berkesudahan?

Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain.

Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku di antara satu sama lain. Kesannya akan menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras.

Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain.

Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun, pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya menurut Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan mengikut ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya.

Pada hakikatnya, ras memang sukar untuk didefinasikan dengan jelas dan tepat kerana telah berlaku campur aduk golongan yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan campur. Ramai ahli sosiologi turut bersetuju dengan pendapat sedemikian. Contohnya, Van den Berghe (1967), berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan kerana ianya mempunyai empat pengertian utama.

    1. Ras digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar perbezaan "phenotype" dan "genotype". Walau bagaimanapun, tiada sebarang persetujuan yang dicapai oleh ahli antropologi dan sosiologi dan kebelakangan ini pengertian ini telah pun ditolak oleh sebahagian besar pakar sains sosial.
    2. Ras juga digunakan untuk memperihalkan suatu kelompok manusia yang mempunyai beberapa ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama (Misalan: ras Peranchis dan ras Yahudi).
    3. Ras juga digunakan secara longgar sebagai erti sekata dengan perkataan spesis (species). (Misalan: ras manusia).
    4. Ras juga digunakan untuk merujuk kepada suatu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok-kelompok mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah.

Namun begitu, Van den Berghe menegaskan bahawa hanya pengertian keempat sahaja sesuai digunakan dalam konteks sains sosial.

Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama. Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama. Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan kekeliruan, konsep "kelompok etnik" digunakan bagi merujuk kepada golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, agama dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik kadang-kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di Malaysia, di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya dikenali sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras dalam keadaan tertentu.

Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme. Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan.

Kebiasaannya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain - Teori Scapegoat (Dollard, 1939).

Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelama ncian secara membuta-tuli tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976). Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Kes "pembersihan etnik" (ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler merupakan contoh terbaik, di mana rasisme telah mengakibatkan beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).

Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Beberapa percubaan telah dibuat untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi cuba untuk mencari punca rasisme dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal kecewaan atau authoritarian personality (penguasaan individu dominan ke atas yang lemah) (Macionis, 1998:48). Bagi ahli sosiologi yang berhaluan Marxis pula, rasisme lebih merupakan sebahagian dari ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan) untuk mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis, 1998:220).

Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud. Syarat yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi fizikal supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua, kelompok-kelompok tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam keadaan ketidaksamaan yang institutionalized (Ting Chew Peh, 1983:91).

1 comment:

Anonymous said...

Incredible! This blog looks exactly like my old one!

It's on a totally different subject but it has pretty much the same layout and design. Excellent choice of colors!

my site ... ford ranger forum

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...