Monday, August 2, 2010

Kenapa Mahathir dan Ku Li Tidak Faham 1Malaysia?

WZWH berfikir sejak bila Mahathir dan Ku Li tidak faham 1Malaysia. Ianya bermula bila satu

kajiselidik oleh Merdeka Centre menunjukkan majoriti bukan- Bumiputera anggap slogan 1Malaysia Najib sebagai gimik politik.

Menurut kajian Merdeka Centre :

  • 39% bukan- Bumiputera menerima konsep 1Malaysia
  • 46% dari 3141 responden merasakan 1Malaysia hanya satu taktik memenangi sokongan bukan Melayu
  • 16% tidak mahu jawap atau tidak faham
  • 48% percaya Malaysia lebih bersatu (perpaduan) di bawah pentadbiran Najib
  • 43% kata negara masih lagi tidak bersatu


Kritikan Mahathir:

  • Konsep 1Malaysia perlu penerangan lebih lanjut supaya berbilang bangsa tidak mentafsirkannya berbeza mengikut kaum
  • Slogan 1Malaysia gagal menyatukan rakyat Malaysia sepenuhnya
  • Pentadbiran Najib perlu memastikan rakyat Malaysia memahami idea slogan 1Malaysia supaya tidak salah faham dan keliru
  • Rakyat tidak tahu yang mana satu untuk kaum Cina, dan yang mana satu untuk kaum Melayu.

Kritikan Ku Li pula:

  • Pemimpin-pemimpin BN sendiri memomokkan kempen 1Malaysia dan melabelkannya lopong
  • Slogan 1Malaysia itu lopong, tidak kemas, kurang arah dan visi jika dibandingkan dengan Visi 2020 Mahathir yang lebih menaikkan keyakinan rakyat Malaysia
  • Bila Mahathir gerakkan visi 2020, visinya, ideanya beri harapan kepada rakyat
  • 1Malaysia mesti ada polisi yang menyokongnya kemudian barulah libatkan penyertaan rakyat

Kita lihat pula apa kritikan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat-1Malaysia tidak dihormati dan difahami oleh Menteri kabinet seperti apa yang TPM TS Muhyiddin Yassin istihar, "Melayu dulu, kemudian Malaysia".

Komen WZWH mudah. Konsep atau Slogan 1Malaysia adalah untuk perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa Melayu, Cina dan India. Konsep ini kesinambungan program-program perpaduan kerajaan BN atau Perikatan lebih 50 tahun dulu dan mengikut Perlembagaan Malaysia.

Apa yang susah sangat Mahathir dan Ku Li hendak faham? WZWH dulu tidak pernah menyoal apa itu slogan "Bersih, Cekap, Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan" dan Wawasan 2020. Kadang-kadang tidak praktikal untuk Merdeka Center menanya sesample kumpulan rakyat dengan konsep "abstrak" dan mungkin rakyat yang ditanya itu "tengah pening" dengan masalah ekonomi, kerja dsbnya!

Ada 28 juta rakyat Malaysia. Kita akan tahu jumlah yang sebenar bila siap proses bancian nanti. Logiknya kalau rakyat Malaysia tidak bersatu sudah tentu kehidupan rakyat Malaysia huru-hara macam di Iraq, Palestin, Afganistan atau Selatan Thailand yang sentiasa bergolak, hari-hari dengar cerita orang kena bedil.

Adakah Malaysia tidak selamat untuk diduduki, mencari rezeki dan penghidupan. Ayoh DS Najib teruskan kerja Dato' Sri untuk memaju dan memakmurkan Malaysia. Usah dihirau perkara yang remeh temeh ini!

2 comments:

Cawan Tembaga said...

"Apa yang susah sangat Mahathir dan Ku Li hendak faham? WZWH dulu tidak pernah menyoal apa itu slogan "Bersih, Cekap, Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan" dan Wawasan 2020."

Sapa awk nk persoalkan negarawan mcm Tun M dan Ku Li. Berapa jasa awak dalam UMNO? Tun M jadi PM selama 22 tahun mcm2 dia buat, awk apa buatnya? Ku Li banyak jasa, awak apa jasanya?

Setakat memungkor dek Jerantut tak payah la, baru jadi AJK Pemuda dah nak bandingkan dia dgn Tun dan Ku Li.

Dey rumah tak ada cermin ke? Ingat awk bodek DSN bagai nak rak awk boleh jadi Ahli Parlimen Jerantut ke?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cawan Tembaga,
Terima kasih kerana memberikan satu pandangan yang kritis. Nampaknya WZWH berjaya buat Cawan Tembaga minat blog WZWH. Itu pandangan peribadi Cawan Tembaga sahaja. WZWH ikhlas menegur pemimpin-pemimpin Tua.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...