Monday, August 30, 2010

Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai

Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai

Pada mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2009, WZWH telah membawa satu usul ekonomi bertajuk "Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai. Setelah dibahas dan diluluskan maka usul dibawa ke mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut sebagai usul Pemuda UMNO Jerantut.

Oleh kerana pada tahun 2009, Bahagian UMNO seluruh Malaysia sibuk membahaskan pindaan perlembagaan UMNO untuk mencari kaedah baru pemilihan pemimpin UMNO dari peringkat tertinggi hingga cawangan maka usul pemuda itu telah diterima tanpa bahas.

Usul hidroelektrik dam ini WZWH bawa untuk kebaikan negara dan Jerantut serta khusus kepada pembangunan DUN Tahan. Negara boleh mendapat bekalan elektrik 300MW sebagai sumber diperbaharui atau sumber alternatif dan kesan impak ekonomi kepada Jerantut dan kemajuan dan pembangunan DUN Tahan kerana kos membina empangan hidroelektrik Sungai Tekai ialah RM2.7 bilion.

WZWH pilih Sungai Tekai kerana di ulu sungainya sangat sesuai tebing yang tinggi untuk dibuat hidroelektrik dam. Airnya mengalir laju. Yang penting tiada penempatan manusia tidak seperti Empangan Bakun yang terpaksa memindahkan 10,000 manusia. Jadi sudah boleh jimat kos perpindahan.

WZWH pun tidak meyangka mulut WZWH ni masin juga. Apa yang WZWH usul itu dalam mesyuarat pemuda dan UMNO Bahagian akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Satu surat kelulusan telah diberi kepada sebuah syarikat tempatan Jerantut usahasama dengan TNB untuk membina Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai. Kosnya RM2.7 bilion.

WZWH mengucapkan terimakasih kepada YAB PM DS Najib yang meluluskan projek ini dan juga YAB MB Pahang DS Adnan Yaakob atas sokongan kuat beliau. WZWH amat berbangga kerana kedua-dua pemimpin Pahang ini amat perihatin kepada keperluan pembangunan Jerantut.

Percayalah DS Najib dan DS Adnan Yaakob adalah pemimpin yang benar-benar mahu memajukan negeri Pahang ini. Untuk itu WZWH akan kerja kuat untuk memenangkan siapa-siapa saja calon yang PM dan MB pilih dalam PRU 13 nanti. Kerajaan BN dan UMNO mesti menang di Jerantut, Pahang dan Malaysia. Kalau tidak usul yang WZWH bawa tidak akan menjadi kenyataan.

Ada satu lagi usul yang WZWH bawa dalam mesyuarat pemuda dan UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2010 iaitu Projek Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling. WZWH difahamkan DS Najib mahu buat loji janakuasa nuklear ini di Pahang terutama di Jerantut. Buat masa ini MB Negeri Sembilan dan MB Perak kuat melobi projek ini. Loji janakuasa nuklear ini berkeupayaan 1000MW dan kos pembinaannya dijangka RM9 bilion.

Apa yang WZWH bimbang jika akhir nanti DS Najib bersetuju untuk bawa projek loji nuklear ini ke Jerantut, WZWH amat risau jika penduduk Jerantut dan Tembeling khasnya akan membantah tanpa mendapat kefahaman yang sepenuhnya tentang kegunaan nuklear untuk tenaga. WZWH akui agak lemas bila hendak membawa usul projek ini. WZWH tidak boleh memperjuangkan satu projek besar untuk kemajuan DUN Tahan dan Jerantut seorang diri.

WZWH amat berharap KDYMM Tuanku Sultan Pahang dapat mencemar duli membantu merealisasikan Projek Janakuasa Tenaga Nuklear Lembah Tembeling. Ampun Tuanku, patik WZWH tiada kepentingan apa-apa. Patik hanya mahu memajukan tempat patik sahaja. Patik amat berharap pengaruh dan kebesaran Tuanku untuk menjayakannya. Dato' Wan Amizan tidak berani dalam menjayakan usul ini kerana beliau bimbang takut kalah pilihanraya PRU 13 kerana rakyat Tembeling tidak dapat memahami sepenuhnya semasa PRU 13.

WZWH berdoa kepada Allah kedua-dua usul Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai dan Projek Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling dapat direalisasikan demi pembangunan DUN Tahan dan Jerantut. Orang Jerantut boleh cakap WZWH gila, sewel, biol, short wayar, khayal dan pungkor. WZWH tidak peduli. Bila projek-projek ini jadi kenyataan esok, baru orang Jerantut tahu...sebaliknya apa yang WZWH impikan menjadi kenyataan!
Loji Tenaga Nuklear Lembah Tembeling

16 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH,
Again it sounds great bro...Do you really know what is mean by the word 'pungkor'? It's a drift wood stuck in the river stream right. You have to be careful with this kind of 'pungkor' when you go upstream or downstream by boat especially at night. It’s could be dangerous if you hit them and your boat might be sinking…Good intentions aren't always sufficient in running this so call big project. Good people, good policies and good systems work better. You have to accept the reality that big project like this is best served to the people out there when the best players are in the team…anti corrupted YB.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 4:49,
These two big projects are my original ideas to develop Tembeling Valley and Jerantut economically and socially. The world knows about it. I am born to become the prophet of it to propagate and caimpaign for it. My motions are at the right time at the right place. Thanks to PM and MB who really appreciate my thinking and ideas.

Anonymous said...

Cadangan yang baik. Ini diantara langkah2 drastik untuk pembangunan Jerantut sendiri. Membuka peluang pekerjaan yang agak besar, dimana sekurang - kurang peluang kerja ini dapat diisi bagi penduduk disana. Harapan ianya menjadi kenyataan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 7:23,
Anon seorang yang positif memahami keperluan kenapa 2 projek itu diperlukan untuk pembangunan Jerantut secara drastik. WZWH sudah fikir ini saja cara terbaik dan pantas untuk cover balik 50 tahun Jerantut ketinggalan. Kebetulan DS Najib menjadi PM membolehkan projek-projek dapat diluluskan dengan kadar segera. Juga MB Pahang yang amat prihatin kepada pembangunan Jerantut. WZWH harap kalau semua orang Jerantut berfikiran seperti Anon alangkah eluknya. Banyak lagi projek-projek pembangunan yang secara idea dan konsepnya WZWH ingin curahkan ke Jerantut.

Anonymous said...

Boleh tak saudara usulkan pada PM Najib supaya buat jalan dari Jerantut ke Dungun,Terengganu.Saya benar-benar ingin tengok jalan tu terbina.Senang la kalau nak balik ke kampung di Terengganu.Boleh tak rasanya?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:43,
Itu Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu. Dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja. Panjangnya lebih kurang 55km. Bajet RM450 juta. Itu dalam senarai WZWH. Dicadangkan dalam RMK10. Setelah projek Jalan Ulu Tembeling selesai, baru boleh buat. Memang, jalan itu boleh dibuat. Wan Mokthar pernah bangkitkan. Idris Jusuh memang nak buat. Mungkin dalam kepala Mat Said MB Terengganu.

Anonymous said...

syabas wan zuri,
perkara yang baik saya sokong sangat.pedulikan manusia yang yang suka memperlekehkan usaha orang lain.mereka memang suka ulu tembeling terus ketinggalan jadi muzium hidup untuk tatapan pelancong.nabi dulu pun orang tentang inikan pula kita manusia biasa.yang sedihnya orang ulu tembeling sendiri yang menentang projek yang bakal mendatangkan kebaikan kepada mereka.mereka ini kebanyakan tinggal di bandar-bandar.tidak tinggal di ulu tembeling.hidup dah senang lupa asal usul.sanggup membiarkan saudara mara mereka di ulu tembeling sentiasa di dalam kesusahan.manusia apakah mereka ini?sama saja dengan masyarakat jahilliah yang menentang nabi yang tidak mahu menerima benda yang baik.jalan terengganu ulu tembeling sepatutnya dah lama buat.tapi oleh kerana ahli parlimen jerantut ketika itu sibuk berpolitik maka mereka merasakan jalan itu tidak ekonomik.wan mokhtar semasa jadi menteri besar terengganu pernah melawat taman negara bersama dato sidi ahmad pada tahun 1993.beliau mempertikaikan keupayaan ahli parlimen jerantut dan adun2nya kerana gagal membina jalan ulu tembeling.sedangkan terengganu menunggu masa sahaja untuk menyambung jalan pasir raja dengan jalan ulu tembeling.malang sekali mendapat pemimpin yang tak perihatin masalah rakyat ulu tembeling.

Anonymous said...

wzwh tulis sendiri anon 10:24, konon perjuangan dia mcm nabi, hik hik hik

Anonymous said...

55 km je dari mat daling ke pasir raja?alahai dekatnya.kenapa tak boleh buat lagi?boleh dijadikan jalan alternatif orang terengganu ke kuala lumpur tanpa lalu di kuantan.lalu ikut jerantut.baru la hidup sikit bandar jerantut ni.

Anonymous said...

Boleh tak saudara buat satu artikel pasal cadangan jalan raya baru di daerah jerantut ni.saya cukup berminat.apa yang saya maklum,jalan jerantut-sungai lembing memang dalam perancangan.Maknanya orang ipoh boleh terus ke kuantan lah nanti tanpa lalu karak highway.ipoh-cameron highlands-sungai koyan-lipis-jerantut-sg lembing-kuantan.dan kalaulah jalan ulu tembeling-terengganu boleh dilaksanakan,orang terengganu bolehlah ke kuala lumpur tanpa lalu kuantan.dan jika ada jalan ulu cheka-bentong,lagilah mudah perhubungan.dungun-jerantut-ulu cheka-bentong-kuala lumpur.secara tak langsung jerantut boleh jadi bandar transit yang penting menghubungkan orang timur dan barat.tapi boleh ke pm najib beri peruntukan kepada kita orang-orang jerantut yang dah lama ketinggalan ni?harap saudara boleh la jadi suara kami untuk bawa idea-idea ini kepada PM Najib.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1:35 dan Anon 1:56,
Anon berdua orang yang progresif thinking. Berpandangan jauh dan ada VISION untuk majukan Jerantut. Jerantut boleh jadi bandar transit yang yang penting menhubungkan orang timur dan barat. Satu hari nanti bandar Jerantut boleh mengatasi Kuantan. Memang dulu British mahu jadikan Jerantut ibu negeri Pahang mengantikan Kuala Lipis pada awal abad ke 20. WZWH akan buat artikel cadangan jalanraya baru Jerantut. Tidak mengapa walaupun WZWH bukan ahli parlimen Jerantut, WZWH akan bawa idea-idea ini kepada DS Najib. WZWH mewakili suara generasi baru Jerantut.

Anonymous said...

anon 11.01,
awak ni bengong sgt,letih aku tulis awak cakap wzwh tulis.awak ingat aku ni bodoh tak reti menulis.dasar bangang.

Anonymous said...

Salam wzwh dan Anom 1.56.
saya tertarik mengenai cadangan jalan Ulu Cheka - Bentong. Sebenarnya semasa DO Dato Hamid bin Musa saya dengar sendiri Dato Hamid menyatakan akan cadangkan jalan ini bermula dari Perlok - Lancang lebih dekat org Jerantut nak ke KL ( cadangan ini sebelum lebohraya ada tapi malangnya Dato Hamid dah bertukar. Saya kira ini boleh dicadangkan semula.

FaizalRSD said...

Lepar utara ke sungai lembing lagi dekat bang..senang terus sampai kuantan.kesian kami warga lepar utara,paling hujung dunia.sedara nak berziarah pun takut.

usin malaun said...

masa LLN lagi dah nak buat projek hidro sg tekai tu dalam awal tahun 1980an.jangan awak nak auta wan zuri yang usul dari pemuda UMNO bahagian jerantut.org diulu blh la awak menipu tapi bukan aku.aku tak bodo bkn mcm org ulu kena penipu sokmo.yang sebenarnya sg tekai tu dah kehabisan balak nak alih perhatian buka projek hidro.

Anonymous said...

Kalo ade keje kosong kt tekai bgth la. Nak balik jerantut

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...