Sunday, August 1, 2010

Antara Skandal PKFZ Dan Pan El

WZWH ingin cerita antara Skandal PKFZ dan Pan El . Rakyat tidak suka wang negara atau apa yang tokoh pembangkang suka sebut wang pembayar cukai dibazirkan tanpa buat sesuatu yang baik untuk negara.

Skandal PFKZ ialah projek pelabuhan bebas melibatkan wang rakyat berjumlah asal dari RM1.2 bilion naik ke RM4.5 bilion dan akhirnya kos meningkat hingga RM12.5 bilion. Akhirnya bekas Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan,Tun Ling Liong Sik didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu kabinet.

Tan Koon Swan menyandang jawatan Presiden MCA pada tahun 1985, secara dramatiknya dipenjarakan di Singapura pada tahun 1986 kerana terjerat dalam skandal Pan-El.

Kepimpinan MCA bagaikan dimakan sumpah bila apa yang berlaku terhadap mantan Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik adalah ulangan kepada pendakwaan Presiden MCA pada tahun 1986 didakwa dan dipenjara kerana CBT (criminal breach of trust).

Pemimpin politik sememangnya ada jasa dan keburukan kepada parti. WZWH suka ambil contoh negara Korea Selatan. Ramai bekas-bekas Presiden Korea Selatan dan CEO syarikat gergasinya didakwa di mahkamah kerana CBT.

Para pemimpin pembangkang hari ini mengalu-alukan keputusan untuk mendakwa bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dan Tony Pua dari DAP menjangka lebih banyak "ikan besar" akan didakwa di mahkamah.

Naib Presiden PKR Azmin Ali juga mengalu-lukan langkah ini berkata, bagaimanapun bahawa Ling seharusnya diberi perbicaraan yang adil bagi membela dirinya.

"Namun secara prinsip, kita ingin melihat tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, tanpa pilih kasih atau takut, untuk melindungi hak orang awam," katanya.

Walaupun langkah terbaru telah menimbulkan spekulasi bahawa Ling dijadikan "kambing hitam", Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Ling adalah watak utama dalam skandal ini."

"Beliau bukan dijadikan kambing hitam. Malahan, sebelum beliau berundur dari kementerian berkenaan beliau menandatangani surat sokongan untuk projek ini, yang digunakan sebagai cagaran oleh kerajaan.

"Saya fikir beliau harus bertanggungjawab dalam soal ini kerana sebagai menteri kabinet, beliau mewakili kerajaan," katanya.

Beliau bagaimanapun, enggan untuk membuat spekulasi berapa banyak lagi "ikan besar" akan didakwa di mahkamah berhubung skandal melibatkan berbilion ringgit ini.

Sementara itu, Ong Tee Keat yang juga bekas presiden MCA berkata tiada sesiapa harus berada di atas undang-undang walaupun melibatkan ahli parti yang senior seperti Ling.

"Undang-undang mesti dijunjung dan tiada sesiapa di atas undang-undang," katanya, menambah, bagaimanapun beliau tidak berminat dengan personaliti seseorang.

"Harapan saya ialah kepentingan orang ramai, terutama para pembayar cukai, dilindungi," beliau memberitahu para pemberita selepas berucap di Persidangan Undang-Undang Malaysia ke 15, di Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan ini (untuk mendakwa Ling) sebagai berani dan proaktif tetapi berkata, Ling dan pihak pendakwaan harus diberi peluang di mahkamah.

WZWH berpendapat kerajaan perlu tegas dan bersungguh-sungguh menghukum orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya skandal PFKZ ini.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...