Sunday, August 1, 2010

Kenapa Pakatan Rakyat dan Komunis Menentang ISA?

WZWH mempersoalkan kenapa KDN mahu meminda Akta ISA-(Internal Security Act). Tidakkah kerajaan belajar dari sejarah, memang ada rakyat atau tokoh pembangkang mahu buat kacau, menghasut, mengganggu ketenteraman awam, merusuh, dan mengganas.

Pada WZWH, ISA adalah hospital mental untuk cuci pemikiran negatif orang yang kena tahan dan tidak mengikut aspirasi negara. Kenapa kerajaan perlu dengar pandangan dan ikut kemahuan pembangkang?

ISA sudah ada lama, dipraktis oleh kerajaan lama Melayu seperti Kerajaan Sriwijaya, Majapahit dan Kesultanan Melayu Melaka walaupun namanya mungkin bukan ISA tapi objektif dan matlamatnya sama. Dan ISA hari ini lebih lembut dan manja dari "ISA" di zaman Sriwijaya, Majapahit dan Melaka.

Logiknya, jika selepas peristiwa September 11, kenapa kerajaan US memanggil pakar-pakar ISA Malaysia ke Pentagon memberi ceramah mengenai ISA dan membantu Legalislatif US merangka Akta Patriot (Adik ISA) bagi menangani isu pengganas. US tahu dari sejarah, Malaysia amat berpengalaman menangani isu pengganas komunis di ketuai oleh Cing Peng mengganas Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960 dan sambung pada tahun 1970an dan 1980an hingga perjanjian menamatkan konflik dengan kerajaan Malaysia di Hadyai pada tahun 1989.

Tidakkah peguam hebat Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng faham kenapa kerajaan US memberi nilai yang tinggi terhadap ISA. Kecuali Pakatan Rakyat yang sememangnya simpati kepada perjuangan komunis sama rata menentang Akta ISA. Tolak tepi pemimpin Hindraf yang suka merusuh memang tidak faham kepentingan ISA.

Apabila Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibentangkan di Parlimen lima dekad yang lalu, ia menerima selaran daripada pembangkang kerana dilihat sebagai undang-undang tidak demokratik yang memberi kuasa terlalu besar kepada kerajaan Perikatan ketika itu.

Meskipun diselar, undang-undang itu yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan, diluluskan dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960, dengan janji bahawa hanya akan digunakan terhadap komunis.

“Saya dan rakan-rakan saya di Kabinet memberi janji kepada Parlimen dan negara bahawa kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah ISA tidak akan digunakan terhadap pembangkang yang sah dan mendiamkan pertentangan pendapat sah,” kata Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman.

Timbalannya, Tun Abdul Razak Hussein yang membentangkan undang-undang itu juga memberi jaminan ketika perbahasan hangat bahawa undang-undang itu mempunyai dua tujuan — menangani golongan subversif dan untuk membolehkan pendekatan diambil terhadap melawan pengganas.

Malah beliau juga mengakui bahawa perintah darurat 12 tahun berakhir pada tahun itu, kerajaan tidak boleh relaks dengan ancaman komunis dan memerlukan undang-undang pencegahan untuk menjaga keamanan negara.

Di sebalik janji-janji itu, kerajaan Perikatan dan kemudian Barisan Nasional (BN) sejak itu didakwa menggunakan ISA untuk tujuan politik, untuk mendiamkan kritikan terhadap kerajaan dan untuk menghalang rakyat daripada melahirkan hak untuk kebebasan bersuara.

Laporan-laporan menunjukkan sesetengah individu ditahan atas kesalahan yang sama sekali tidak mengancam keselamatan negara dan yang boleh dihukum di bawah undang-undang jenayah yang lain. Sebagai contoh, terdapat individu yang ditahan di bawah ISA kerana memalsukan dokumen dan menyeludup manusia.

Sejak ISA digubal pada 1960, kira-kira 10,662 orang telah ditahan termasuk pelajar-pelajar muda, penoreh getah dan juruteknik selain ahli-ahli politik — penahanan kerana disyaki tanpa diberikan hak untuk perbicaraan.

Pada hari ini, suara menyelar yang pernah kedengaran 50 tahun lalu muncul semula, dengan meminta ISA dimansuhkan.

Ketika sambutan ulang tahun ke-49 tahun lalu, ribuan orang menyertai himpunan “Anti-ISA” di ibu negara, berakhir dengan pertembungan ganas dengan polis, dan lebih 400 orang ditahan.

Hari ini himpunan akan berlangsung dalam bentuk kempen ‘candlelight vigil’ di pelbagai lokasi di seluruh negara dan beribu-ribu orang dijangka mengambil bahagian untuk menunjukkan sokongan meminta ISA dimansuhkan.

Di sebalik permintaan ini, kerajaan BN sudah pun memberi jaminan bahawa ISA tidak akan dimansuhkan.

Kajian semula peruntukan ISA oleh Kementerian Dalam Negeri melibatkan pindaan berkaitan lima bidang iaitu tempoh penahanan, hak dan layanan terhadap mereka yang ditahan dan keluarga mereka, kuasa Menteri Dalam Negeri, penggunaan ISA bagi tujuan politik dan penahanan tanpa dibicara.

Kerajaan juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti pegawai-pegawai kementerian, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, Kelab Penyokong Kerajaa BN, Majlis Kebangsaan Bagi Pertubuhan Wanita, dan Biro Sivik Kebangsaan untuk membincangkan pindaan itu.

Pindaan itu masih menunggu kelulusan Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen ketika sidang akan datang.

Bagaimanapun usaha itu gagal untuk meyakinkan pembangkang dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia yang terus-menerus mahu mempertahankan pendirian mereka bahawa ISA perlu dikeluarkan daripada sistem perundangan negara.

Penasihat DAP Lim Kit Siang minggu lalu lalu menggambarkan ISA sebagai “pernisius, tidak demokratik dan terdedah kepada segala bentuk penganiayaan.”

Ahli politik veteran itu yang pernah ditahan dua kali di bawah ISA memberitahu beliau merasakan kebebasan sebenar seseorang manusia ketika penahananya.

Kumpulan hak asasi manusia juga menolakan cadangan kerajaan untuk meminda akta itu dengan menyifatkan ia tidak boleh dibaiki sama sekali.

Pengerusi Gerakan Anti-ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh memberitah bahawa meminda ISA adalah tindakan yang tidak berguna sambil menyifatkan undang-undang itu mencetuskan ketakutan di kalangan rakyat.

Antara peruntukan yang banyak dikritik ialah Seksyen 73(1) yang membolehkan polis menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa waran atau perbicaraan dan tidak boleh akses kepada peguam, kerana dipercayai telah bertindak atau boleh bertindak atau kemungkinan akan bertindak sehingga menjejaskan keselamatan negara.

Seksyen 7 pula memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri, selepas tempoh 60 hari boleh mengeluarkan perintah penahanan selama dua tahun tanpa bicara tanpa mengemukakan bukti bagi tujuan penelitian oleh mahkamah.

Dalam lain perkataan, kerajaan mempunyai hak untuk memasukkan seseorang ke dalam penjara tanpa sebab dan tanpa ruang untuk mencabarnya di mahkamah.

Salah seorang yang ditahan ialah Mat Sah Mohammed Satray, 47, yang ditahan pada 2002 dan melalui tempoh penahanan selama tujuh tahun kerana disyaki sebagai pengganas Jemaah Islamiah.

Juruteknik yang sebelum ini berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dilabel sebagai “pengganas” kerana mempunyai hubungan dengan Abu Bakar Bashir, ulama terkenal dari Indonesia.

Abu Bakar ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pengeboman Bali 2002 dan kemudian dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

“Anda tahu bahawa ISA boleh menentukan apa sahaja, ia menentukan kehidupan anda. Jika mereka mengatakan anda seorang pengganas, bermakna anda kena angguk kepala anda. Kerana dengan ISA, setiap orang boleh dianggap sebagai pengganas,” katanya.

WZWH ingin mengingatkan pembangkang jika 28 juta rakyat Malaysia tidak ada masalah dengan Akta ISA, kenapa pemimpin-pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat beriya benar hendak menghapuskan ISA? Bukankah jika Akta ISA dihapuskan nanti, pemimpin pembangkang lebih senang menghasut rakyat membenci kerajaan dan pengganas komunis boleh bangkit semula mengganas negara!

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024