Sunday, August 22, 2010

Coretan WZWH Mengikuti Program DS Najib

WZWH baru saja balik dari Pekan, Pahang. Petang tadi WZWH menghadiri majlis berbuka puasa sempena Kenduri Rakyat Perdana di Masjid Nenasi, Pekan.

Seramai 3000 penduduk di DUN Bebar menghadiri kenduri anjuran bersama Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia serta UMNO Bahagian Pekan.

Melalui kenduri rakyat ini, seramai 900 orang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), fakir miskin dan anak yatim menerima sumbangan hari raya yang disampaikan oleh DS Najib.

WZWH merasakan program ini amat penting dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Selepas berbuka puasa di Nenasi, WZWH sembahyang terawih di masjid Sultan Ahmad Shah 1 Pekan. DS Najib turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU), fakir miskin dan anak yatim.

WZWH melihat DS Najib seorang PM yang sangat kuat bekerja kepada negara dan mengabadikan diri kepada rakyat. Beliau sememangnya milik rakyat Malaysia. Beliau senantiasa tenang dan ceria.

Selepas sembahyang terawih, WZWH mengetir (minum teh tarik) dengan Dato' Ishak Muhammad, Adun Bebar merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pekan dan EXCO Pahang di Kedai Mamak Farouk. Sambil makan mi goreng mamak dan murtabak, WZWH asyik mendengar cerita politik Pekan dan Visi DS Najib dari Dato' Ishak.

Dun Bebar mempunyai seramai 10,000 orang pengundi. Perlu dingat pada PRU 1999, DS Najib hanya mendapat majoriti hanya 241 undi sahaja. Sebelum sebuah peti undi yang terakhir dari DUN Bebar dikira, DS Najib sudah kalah, beliau sangat sedih dan terus balik ke rumah menanggis...tapi hanya satu peti undi dari DUN Bebar yang akhirnya buat DS Najib menang sangat tipis. Itu cukup menjadi pengajaran buat DS Najib supaya kena selalu turun padang mendampingi rakyat dan jangan percaya sepenuhnya kepada "orang-orang kuat".

Kita perlu menjadikan "formula Pekan" sebagai panduan untuk Parlimen BN Jerantut bangkit semula dalam PRU 13 nanti. Pada PRU 1999, YAB PM Najib mendapat 13,148 undi (50.25%), PAS mendapat 12,907 undi (49.33%). Majoriti BN Pekan hanya 241 undi sahaja.

Kemudian YAB PM Najib bangkit...mendapat kemenangan majoriti 22,922 undi dalam PRU 2004 dan menang majoriti 26,464 undi dalam PRU 2008. Maka kita Orang UMNO Jerantut perlu pelajari kaedah-kaedah YAB PM Dato'Seri Najib memenangi PRU dengan majoriti lebih besar.

Dato' Ishak sangat berminat dengan penulisan blog. Beliau minta WZWH tolong urus blog di Pekan. WZWH cakap blog sangat mudah sekarang. Kalau Dato' sangat sibuk cuma perlu tulis apa program Dato' secara ringkas dan letak gambar sikit.

Dalam perbincangan dengan Dato' Ishak, WZWH memberi pandangan perlunya DS Najib menguna pakai idea pemikiran Nazir Razak menyumbang kepada kerajaan. Nazir Razak perlu dibawa masuk ke dalam kerajaan. Dato' Isyak bersetuju dengan WZWH kerana Nazir adalah anak Tun Razak yang paling cerdik.

Dato' Ishak bertanya apa rahsia kejayaan perancangan pembangunan di DUN Tahan di bawah Dato' Wan Amizan. WZWH cakap panjang ceritanya. Oleh kerana Dato' Ishak minat mendengar penerangan WZWH maka Dato' Ishak ajak sekali naik kereta dengan beliau balik ke Kuantan. Di dalam perjalanan menuju ke Kuantan, banyak juga cerita-cerita menarik dan cara kerja smart DS Najib, pengurusan politik UMNO Bahagian Pekan, pengurusan dan pentadbiran politik DS Najib dibincangkan.

WZWH rasa beruntung juga dapat meluangkan masa dengan seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Perdana Menteri. Banyak juga WZWH dapat ilmu politik dan pengetahuan dari Dato' Isyak. Demikianlah coretan WZWH mengikuti program DS Najib di Pekan.

4 comments:

ObO said...

Salam tuan,
saya sgt menghargai dan memandang tinggi tulisan dan buah fikiran tuan. Tanpa prejudis, tuan adalah pemimpin muda Jerantut yang layak diketengahkan bagi membangunkan Jerantut. Teruskan usaha murni tuan itu.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam ObO,
WZWH hanya "communicator" UMNO yang mahu UMNO memerintah Malaysia dengan lebih baik lagi untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia. Yang penting Jerantut dan Lembah Tembeling perlu dibangunkan.

ObO said...

Salam, terima kasih juga kerana link blog saya di sini, saya rasa tulisan saya tidak layak untuk bacaan ramai kerana tidak ada pengalaman hanya sekadar coretan dari dalam hati saja

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam ObO,
Setiap 1000 langkah ianya bermula dari 1 langkah. Teruskan menulis blog mengikut cara, style dan gaya anda tersendiri. Akan ada "kaizen"nya nanti, penambahbaikan sedikit demi sedikit.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...