Thursday, August 12, 2010

Pembentukan Masyarakat Islam Di Makkah Dan Madinah

Usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam pembentukan masyarakat Islam di Makkah dan Madinah

  1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w : Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun Gajah. Setelah menerima wahyu , baginda berusaha membina masyarakat Islam di Makkah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada kaum Quraish.
  2. Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah.
  3. Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai pemimpin di Negara Kota tersebut.
  4. Latar belakang masyarakat Makkah dan Madinah : Nama asal Makkah ialah Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu.
  5. Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib, bermakna kota yang bercahaya. Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengah-tengah perjalanan di antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai.

Pembinaan masyarakat Islam di Makkah

Dakwah secara sulit :

  • Berlangsung selama 3 tahun – berusaha membina masyarakat Islam melalui aktiviti dakwah – Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juag teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam-antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar. Baginda menyeru mereka supaya beriamn kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa.
  • Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan.

Dakwah secara terang :

  • Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.(huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kpd Nabi Muhammad. Kesemua teknik ini tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam.

Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.

Pembinaan masjid :

  • Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
  • Fungsi masjid –Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
  • Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.
  • Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.

Piagam Madinah :

  • Dipernalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.
  • Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawa pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan,Keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya.
  • Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak
  • Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia.

Pemulihan ekonomi :

  • Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.
  • Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
  • Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.

Hubungan sosial :

  • Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini.
  • Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
  • Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah.

Kesimpulan :

  • Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatupadu dan kuat .
  • Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang tokoh negarawan yang unggul.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...