Wednesday, August 11, 2010

Kaum Quraisy

Kaum Quraisy yang mula-mula tiba di kota Makkah adalah daripada keturunan Nizar pimpinan Qusayy bin Kilab. Qusayy tiba di Makkah pada akhir kurun ke-5 Masihi. Sewaktu di Makkah beliau telah berjaya menyatupadukan kaumnya. Sempena kejayaan inilah mereka digelar Quraisy (berasal dari kata dasar taqarrasya, ertinya penyatuan)

Datuk moyang Qusayy berasal dari Arab Selatan, setelah itu mereka berhijrah ke Syam, tempat Qusayy dilahirkan. Dari Syam, Qusayy berhijrah ke Makkah. Pada Waktu itu kota Makkah sudah diduduki orang Arab daripada keturunan Khuza'ah. Keadaan mereka berpecah belah. Sewaktu sampai di Makkah, Qusayy berkahwin dengan puteri kaum Khuza'ah bernama Hubba. Daripada perkahwinan inilah lahir keturunan Quraisy.

Puak Quraisy yang terkenal datangnya daripada Bani Hashim, Bani Umaiyyah, Bani Yaqzah, Bani Sahm, Bani Adli dan Bani Taim. Setiap puak tersebut telah melahirkan tokoh masing-masing sama ada sebelum atau selepas Islam, di antaranya ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan Ali bin Abi Talib daripada Bani Hashim, Abu Bakar al-Siddiq daripada Bani Taim, Umar bin al-Khattab daripada Bani Adli, Mu'awiyah bin Abu Sufyan daripada Bani Umaiyyah, Khalid bin al-Walid daripada Bani Makhzum (cabang suku Yaqzah) dan Umair bin Rabi'ah daripada Bani Sahm. Kaum Quraisy telah memainkan peranan yang cukup besar bagi membangunkan kota Makkah.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024