Friday, August 13, 2010

Kurikulum Pendidikan Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Kurikulum Dan Pelaksanaan Pendidikan Islam Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W Di Mekah Dan Madinah

  • Matlamat pendidikan Islam : melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menajuhi larangan melalui bimbingan agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran
  • Nabi Muhammad sebagai Rasul : 610M wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud membaca jadi asas pendidikan Islam
  • Rasulullah s.a.w merupakan mahaguru yang menyampaikan pendidikan Islam bermula di Mekah dan diteruskan di Madinah
  • Latar belakang Mekah dan Madinah : Mekah-terletak di Lembah yang kering kontang dan kedudukanMekah strategik iaitu persinggahan jalan perdagangan Syam dengan Yaman. Diasaskan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di situ mereka mendirikan rumah ibadat pertama iaitu Kaabah iaitu 100 tahun sebelum Muhammad dilahirkan. Datuknya, Qusay bin Kulab, kabilah Quraisy telah menguasai pentadbiran Mekah.
  • Madinah – kawasan oasis yang subur untuk pertanian. Kedudukan strategik iaitu jalan perdagangan antara Mekah dengan Syam. Setiap tahun penduduknya mengunjungi Mekah untuk mengerjakan ibadat haji yang disyariatkan dalam agama Hanif Nabi Allah Ibrahim a.s.

Kurikulum :

  • Akidah : Rukun iman mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya
  • Syariah : Bersolat : hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat ,halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab
  • Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan

Pelaksanaan pendidikan di Mekah :

  • Secara senyap atau rahsia atau sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat terdekat seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.
  • Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun. Ditujukan kpd kaum kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin AbiTalib. Ada keluarga yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu Lahab bapa saudara baginda.
  • Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa – dihadiri olehsemua ketua-ketua pentadbir Mekah spt ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi Muhammad s.a.w .
  • Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik. Nabi sendiri tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah lembut, sabar dan doa. Menanamkan keimanan

Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah :

  • Peluasan ajaran Islam : Aqidah – diteruskan menanam keimanan. Akhlak – akhlak manusia diteruskan dengan kemasyarakatan seperti muamalah, kejiranan, Kenegaraan 1 bulan – kewajipan mendirikan solat Jumaat, mengerjakan puasa, haji, zakat, kekeluargaan di tambah dengan ibadat sunat
  • Institusi pengajian : Masjid Nabawi – pusat pendidikan Islam serambi bersambung dengan masjid disebut al Suffan sebagai tempat
  • Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar bahasa asing untuk sebarkan /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin Mas-ud ke Kufah, Abu Musa Al-Asyaari ke Basrah.
  • Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada semua orang untuk belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud “ menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam.” Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.
  • Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan menulis supaya mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai untuk membebaskan diri mereka.
  • Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah, berenang. “otak yang cergas terletak di badan yang sihat”
  • Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah mengarahkan sahabat menyeru Islam kpd Raja Habsyah, Raja Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan baik tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan.

Kesimpulan :

Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan ilmu-ilmu lain.

1 comment:

Anonymous said...

Have you ever thought about adding a little bit more than just your articles?
I mean, what you say is important and everything. Nevertheless think of if you added some great photos or video clips to give your posts more, "pop"!
Your content is excellent but with pics and videos, this
website could certainly be one of the very best in its field.
Very good blog!

Feel free to surf to my site :: http://artikel.bloginfonews.com/

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...