Saturday, December 10, 2011

Memahami Mudah Isu Penyenaraian Felda : Apa Masalahnya?


DS Najib mahu Felda  melalui Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan. Kini penyenaraian diperhalusi.

WZWH menulis posting ini mahu pembaca blog WZWH memahami mudah isu penyenaraian Felda yang kini menjadi polemik hangat dikalangan peneroka, ahli politik dan masyarakat.

Pembangkang seperti biasa melancarkan kempen menentang kononnya mahu menyelamatkan Felda! Pembangkang menghasut para peneroka dengan ceramah dan surat layang tidak cukup dengan itu semua memorandum pula dihantar kepada semua MB supaya menentang FGVH dari menyenaraikan Felda.

Isu ini tidak difahami dengan sepenuhnya kerana ini ialah 'Corporate Excercise' yang pembangkang pun tidak mahu faham dan kalau faham pun akan menghasut peneroka menentang supaya undi mereka beri kepada pembangkang pada PRU 13.

Peneroka Felda dinasihatkan agar mengabaikan surat layang daripada pihak tertentu yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima ketika ini, apabila FGVH disenaraikan .

Usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH di pasaran utama Bursa Malaysia itu merupakan transformasi fasa ke empat Felda yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya. 

Felda tidak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya. Penyenaraian itu juga bukan saja memberi rahmat kepada peneroka, tetapi seluruh rakyat negara ini. 

Ada empat fasa tranformasi Felda iaitu daripada hutan  dijadikan ladang, kedua daripada hutan ke perkampungan tersusun dan terancang, dan transformasi ketiga ialah daripada hanya berniaga dalam negara kepada meluaskan perusahaan ke luar negara.

DS Najib  mahu melaksanakan transformasi fasa ke empat iaitu Felda berkembang menggunakan kaedah penyenaraian menjadikannya sebagai 'blue chips' perladangan antara yang terhebat di dunia. 

Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia sekali gus menjadikannya sebuah syarikat berstatus konglomerat global bagi menghasilkan dana. 

Dalam dunia bisnes korporat dunia, makam tertinggi sesuatu entiti perniagaan ialah bila korporat itu disenaraikan. Banyak kemudahan dan kebaikannya. Peneroka tidak perlu risau kerana aktiviti FGVH ini kukuh asasnya kerana aktiviti dan pengeluaran minyak kelapa sawit dengan aktiviti hiliran dan kepelbagaiannya.

FGVH dan Felda bukan bisnes entiti berasaskan spekulasi dan asas yang tidak kukuh. DS Najib mahu hanya satu Felda di dunia. Felda go for global!

17 comments:

Zaidi said...

Encik Wan

Apakala kita membuat keputusan, perlulah kita mendapatkan data. Di dalam hal ini kita tidak persoalkan niat mereka yang terlibat tetapi data yang perlu untuk kita berfikir. Adakah FGV menguntungkan selama 5 tahun berturut? Berapakah keuntungannya? Adakah KPF rugi dan tidak memberi dividen selama 5 tahun yang lepas? Adakah dengan menyerahkan hak di dalam KPF dan digantikan dengan saham di FGV akan menguntungkan peneroka? Berapakah keuntungan itu? Jadi eloklah diberikan data dan fakta bukan hanya rasa dan emosi.

Anonymous said...

Saya merupakan anak peneroka,
Secara umum saya amat bersetuju dengan penyenaraian tersebut, cuma hendak tahu adakah jika (kalau silap pemahaman saya tolong betulkan) KPF sebahagaian FGV, adakah ahli KPF masih berpeluang membeli saham seperti sekarang RM1/unit dan mendapat dividen dan bonus hampir 14% seperti tahun2 yg lepas…. sebenarnya ini jugak kemusykilan mak bapak saya…lagi2 dia kata kalau saham turun macam mana…

Anonymous said...

Pegangan warga FELDA dalam FGVH selepas ianya disenaraikan ialah melalui KPF.

Warga peneroka FELDA boleh menjadi ahli KPF dan nilai maxima masih pada tahap 250,000units (Sebagaimana diterangkan, hanya 62 org dari 112,000 peneroka FELDA memaximakan pegangan saham koperasi KPF mereka). FGVH tidak bercadang untuk memberi dividen dan bonus kurang dari tahap 14% seperti selama ini.

FGVH adalah entiti perniagaan, seperti pernigaan lain. Nilai saham terletak kepada arus pasaran modal. Sekiranya permintaan tinggi, maka harga pasaran akan meningkat. Begitu sebaliknya.

Sebagaimana diterangkan, FGVH akan ‘mmembebas-kunci’ (unlocking) dan merealisasi nilai sebenar asset FELDA selepas penyenaraian IPO ini. Ianya akan memperkukuhkan kedudukan nilai dan kecairan FGVH. Ini akan menentukan kemampuan untuk FGVH membayar dividen kepada pemegang saham, termasuk KPF dan Kerajaan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan baik.

Namun ahli KPF tidak perlu risau kerana harga pasaran FGVH tidak mempengaruhi pegangan KPF dalam FGVH. KPF akan terus memegang pelaburan KPF bagi jangkamasa panjang. Ini berdasarkan model pegangan PNB dalam syarikat tersenarai seperti Maybank dan Sime Darby.

Ahli KPF akan berada dalam skim yang hampir sama macam pemegang unit ASB. Saham pelaburan ASB ialah dalam Maybank dan Sime Darby. Apa pun nilai pasaran Maybank dan Siem Darby, ianya tidak mempengaruhi pegagangan saham skim ASB. Oleh demikian, pelabur bawah skim ASB tidak pernah perlu risau mengenai nilai pasaran semasa.

Anonymous said...

Terima kasih Sdr,
Saya rasa ini isu basic yang kurang difahami oleh peneroka macam mak bapak saya:
iaitu KPF tidak dipengaruhi turun naik saham FGVH DAN dividen mungkin lebih banyak. (Kang nanti ada puak2 yg beri pemahaman salah…)

Saya setuju dan saya rasa KPF lebih baik berbanding ASB/ASN. Dan harap dikekalkan pemberian dividen dan bonus setelah ditolak zakat dan PENGURUSAN FELDA hendaklah memastikan ia terlibat dlm perniagaan halal sahaja.

Kalau mcm tu lah Sdr,
agak2nya apalah durian runtuh yang bakal diterima oleh ahli KPF sebaik disenaraikan ya…

Anonymous said...

Looks like PM Najib got his thinking cap on and wheels in motion set for this. Looks like realising something that Tun Dr Mahathir would do. This is wealth creation to the core & 112,000 settler families will benefit, without having to let go their ownership to their kebuns.

Never the less, looks like this listing exercise is like giving warga Felda the ASB/ASN opportunities, exactly like the first ten years of the PNB unit trust sheme.

You should dub this: “PELUANG ASN (WARGA FELDA) PUSINGAN KEDUA”!

Anonymous said...

Kena tunggu pengumuman PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenai ‘durian runtuh’ ni.

Kami berharap ‘durian runtuh’ ini bukanlah tunai TETAPI merupakan saham FGVH (dan tidak dibernarkan dijual, sekurang kurangnya utk dua tahun pertama). Sekurang kurangnya, kesemua 112,000 peneroka ada saham dalam syarikat pengurusan perniagaan berdasarkan perladangan kelapa sawit terbesar dalam dunia.

Many millionaire will be born through this initiative but from the past experience, many BMEs, Merc, bunglalows and luxiries items will be sold as well! Once listed, how many will resist temptation to cash out to the market (to the non Malay and foreigners)?

We strongly suggest that Govt impose a moratorium for all the 112,000 FELDA settlers who will benefit directly and indirectly from this IPO. They must not able to liquidate their shares, for at least for the first two years.

Anonymous said...

This is historic and a milestone for the New Economic Policy.

The listing of FGVH also provide opportunities for second generation FELDAians to invest and be part of the ‘game’. If they are entrepreneurial, then probably more opportunities for them to do business with FGVH, since the 5 divisions would be streamlined.

Example is that FELDA would now be a global brand and of they could manufacture and supply a specific product that carries the brand, the market would enormous.

Anonymous said...

Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings seawal Mac depan membawa banyak menafaat kepada warga FELDA, orang Melayu, negara dan juga memacu ekonomi Malaysia kehadapan. Ini bersesuaian dengan dasar Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk menjadikan ekonomi Malaysia sebagai masyarakat berpendapatan tinggi dan merealisasi Wawasan 2020 untuk meletakan negara sebagai negara maju dan industri.

“Bezanya, sekarang ianya akan melalui proses urus tadbir yang lebih cekap dan teratur, agar pembaziran dapat diminimakan…..”

Adakah hanya tersenarai di bursa saham baru perkara ini boleh diadakan? Adakah menjadi suatu kesalahan bagi syarikat bukan tersenarai melaksanakan urus tadbir yang lebih cekap dan teratur???????

Anonymous said...

Syarikat tersenarai akan dikenakan pelbagai syarat dan peraturan ketat, terutama oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia disamping undang undang sediada seperti Aktra Syarikat dsbnya. Kegagalan akan mengakibatkan penalti yang berat.

Syarikat tidak tersenerai tidak dikenakan peraturan yang sama. Kalau syarikat tidak dikenakan oleh peraturan bawah Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Malaysia, maka pengarah dan pemegang saham tidak mengambil pendekatan laporan dan pengumuman sebagaimana yang dikenakan sekiranya ianya disenarai dan saham saham dimiliki oleh orang awam.

Itu bezanya.

Lumrah manusia, kalau tidak perlu buat maka mereka akan abaikan.

Itu sebab sekiranya semua syarikat syarikat bawah FHB dan KPF disuntik kedalam FGVH dan kemudian FGVH disenaraikan, maka FGVH akan bertanggung jawab dan mengenakan sistem urus tadbir yang ketat bertepatan dengan kehendak peraturan dan syarat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

Anonymous said...

Pada masa ini, modal pembiayaa operasi FELDA sebagai agensi Kerajaan datangnya dari hasil yang dijana dari aktiviti ekonomi Kumpulan FELDA sendiri. Dalam struktur sediada, pegangan FELDA Holdings dimilik oleh Koperasi Permodalan FELDA (51%) dan FELDA sebagai agensi (49%), melalui FELDA Global ventures Holdings yang diujudkan pada 2009 untuk menyeleras semua operasi dan perancangan perdagangan Kumpulan FELDA. Buat masa ini, peranan FELDA Global Ventures Holdings hanya sebagai sebuah syarikat pengurusan semua aktiviti perdagangan dan kommersial.

Pendapatan keseluruhan FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan ialah pada RM 1.4 billion setahun.

Pecahan pegangan saham FELDA Global Ventures Holding pada masa gerak-kerja penyenaraian (IPO) dipercayai akan diperuntukan kepada KPF (30%), Kerajaan Kerajaan Negeri (20%), institiusi dan agensi pelaburan (20%), rakankongsi strategik antarabangsa 10-15% dan selebihnya dipasaran terbuka.

Anonymous said...

Bagi warga FELDA terutama dikalangan peneroka, mereka kini berpeluang sepenuhnya untuk memiliki sebahagian dari hasil perniagaan Kumpulan FELDA. Buat masa ini, purata pelaburan warga FELDA dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF) adalah pada kadar RM 6,000 seorang sedangkan nilai pelaburan maksimum yang dibenarkan ialah pada tahap RM 250,000. Hanya 62 orang warga FELDA melabur sehingga had maksimum walaupun pulangan yang diberikan ialah pada kadar 14% setahun.

Sekiranya kesemua warga peneroka FELDA melabur sepenuhnya dalam KPF, dana sebanyak RM 28.16 billion akan dikumpul. Pada pulangan 14% setahun, pelaburan sebanyak ini akan membuahkan hasil sekurang kurangnya RM 4.2 billion setiap tahun. Hari ini, nilai asset Kumpulan FELDA dinilai pada RM 8 billion, walaupun nilai sebenar masih lagi ‘dikunci’. Sekiranya nilai ini di’bebas’kan dan potensi kommersial penuh dapat direalisasikan, nilai kepada pemilik secara automatik akan bertambah.

Hari ini, luas aggregat ladang Kumpulan FELDA ialah pada 850,000 hektar. Dari jumlah ini, 500,000 hektar merupakan pegangan peneroka dan bakinya adalah milik FELDA sebagai lembaga pembangunan tanah. Pegangan hakmilik tanah peneroka tidak akan berubah dan akan terus kekal walaupun selepas penyenaraian IPO.

Anonymous said...

Dalam usaha untuk mengagalkan rancangan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang dipercayai dilakukan dari dalam oleh gerombolan yang diketuai Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli A Wahab, kini ianya bergerak setahap lagi. Personaliti lain dilibatkan sama dalam ‘rampasan kuasa’ (coup d’etat) yang licik ini.

Difahamkan Dzulkilfli kini bersekongkol dengan Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusof Nor dan Pengerusi Gabungan Generasi Felda Wawasan Tan Sri Rozali Ismail, untuk menghalang penyenarian FGVH yang melibatkan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad.

Sebelum ini, usaha untuk mengagalkan penyenaraian dengan menghalang Isa dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) termasuk mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) KPF pada 28 Oktober dimana Isa telah dilucutkan dari keahlian KPF. Walaubagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah membatalkan keputusan BOD KPF tersebut dalam sebuah tribunal.

Mesyuarat kecil kecilan secara sembunyi ketua ketua peneroka untuk menentang penyenaraian sebagaimana yang dirancang Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dimana Isa dilantik sebagai Pengerusi FGVH masih berterusan.

Ini semua akan melengahkan proses penyenaraian FGVH yang dijangkakan Mac atau April 2012, sebagaimana yang diumumkan PM Najib dalam Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober. 112,635 orang peneroka FELDA juga akan lambat menerima ‘durian runtuh’ mereka, sebagaimana diumumkan dalam ucapan itu.

mr edz said...

cuma nak tanya macam mana orang yang integritinya di persoalkan boleh menjadi pengerusi Felda?

dobit127 said...

Bila sentuh bab FELDA ni, kawan agak terasa kerana kawan merupakan anak peneroka..
Pelbagai isu dan kontroversi timbul sejak isu FVGH akan diapungkan dan isu pelantikan TS Isa Samad sebagai pengerusi FELDA dan KPF..
Isu-isu ini diburukkan lagi dengan pembabitan parti pembangkang yang mana telah mendedahkan pelbagai hal yang salama ni tersimpan rapi...
Secara umumnyaa, peneroka tidak bimbang sangat hal penyenaraian FELDA ke Bursa Malaysia mahal tak ambil kisah tentang itu.. Yang menjadi persoalan dan perbualan di kedai kopi di merata-rata FELDA adalah, apa faedahnya FELDA diapungkan dan kesannya kepada peneroka... pihak pengurusan memberi pelbagai hujah untuk menguatkan cadangan penyenaraian manakala pihak pembangkang pula menyerahkan pelbagai data dan isu untuk mengelakkan FELDA disenarai..
Peneroka terutamanya hendak tahu apa mereka dapat nanti?.. Itu persoalan utama.. Betulkah mereka akan dapat lebih dari apa mereka dapat sekarang iaitu 14% dividen dari hasil pelaburan... Kalau dapat lebih 20% seperti Bank Rakyat baru peneroka respek PM.
Dari pertanyaan kepada peneroka, mereka menyatakan bahawa mereka mengharapkan agar 'durian runtuh' yang diumumkan oleh PM itu benar-benar durian sebagaimana kakitangan awam yang menanti pengiraan gaji masing-masing menerusi SBPA dan pemberian one off RM500 kepada kelaurga miskin..
Kawan berpendapat FGVH tetap akan disenaraikan bila tiba masanya nanti walau terdapat tentangan agak hebat. Di sini, pihak seranta dan unit MBFM dan GWGF sama-sama perlu diberi maklumat penuh agar maklumat itu berkembang kepada akar umbi..
Ini tidak,kerajaan memilih jalan sukar untuk menerangkannya. Dilantiknya TS Isa Samad sebagai Pengerusi yang terkenal isu rasuah yang didapati bersalah sendiri oleh pihak tatatertib UMNO dan pelantikan Dato Bakke CEO FGVH baru yang terkenal dengan kes koporatnya..
Dari isu perlantikan calon kalah seperi shahrizat dan Tsu koon sebagai menteri dan tambahan pula perlantikan Ezam dan Nallakarupan sebagai senator dilihat membuka mata para peneroka untuk terus memberikan undi kepada BN..

Anonymous said...

Sdr. Wan,
Bukanlah tak baik FGVH di senaraikan dalam BSKL, tetapi caranya dengan perlantikan tsis sebagai pengerusi felda dan pengerusi kpf.TSIS dengan track rekod yang telalu buruk untuk ketuai penyenaraian ini TIMBULKAN banyak persoalan? Berapa banyak wang akan dilesapan oleh puak2 ini sebelum ianya dapat disenaraikan?45% saham KPF bukan kecil anak (beratus juta ringgit)Ini lombong MAS, kalau tak sapu sekarang, belum tahu bolih sapu selepas PRU13.PIKIRKAN DAN RENUNGKAN DENGAN BAIK2.Udang ini menyorok belakang Batu yang amat besar, kalau tak betul2 tengok tak nampak.

Anonymous said...

cuba tanya Ananda Krisnan sebab apa dia senaraikan Maxis July 2002 ? kemudian sebab apa dia delistingkan Maxis pada tahun 2007? kemudian sebab apa dia relisting semula Maxis pada tahun 2009 ? ..... orang orang koprate yang ada lesen kelas A dan ada projek juta2 dan akauntan macam Cik Wan Zamzuri mesti tahu kan sebab apa? tapi peneroka tak tahu benda2 tu semua.

Anonymous said...

Salam,

Sejauh mana artikel ini boleh mengubah pandangan dan perspektif empunya blog?

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/6065-penyenaraian-fgvh-adakah-masa-depan-peneroka-terjamin

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024