Keadaan banjir di Jerantut masih kritikal. Air Sungai Tembeling naik lagi. Jalan Kuala Tahan ke Jerantut terputus lagi di Kg Paya Garok. Juga beberapa tempat di Jengka. Penduduk di banyak kampung terputus bekalan makanan.
ADUN Tahan dan Jentera Pemuda UMNO Jerantut mengerakkan Misi Bantuan Banjir.
Bantuan helikopter tentera Nuri melakukan banyak kali penerbangan berulang alik dari bandar Jerantut ke kampung-kampung di Ulu Tembeling.
Helikopter Nuri mengisi muatan beras dan barang makanan. 20 tan beras dan barang makanan telah diangkut ke Ulu Tembeling dari semalam hingga hari ini.
Di Pusat Pejabat DUN Tahan bandar Jerantut, ADUN Tahan dan Jentera Pemuda UMNO Jerantut sibuk mempakej barang makanan dan keperluan, beras dan tong gas ke beberapa kampung di Tembeling Tengah, Hilir DUN Tahan termasuk beberapa perkampungan Orang Asli yang 2-3 hari terputus bekalan makanan.
Naib Ketu Pemuda UMNO Jerantut bersama AJK Pemuda dan staf Pejabat DUN Tahan sibuk mempakej bekalan makanan. Ketua Pemuda Jerantut pula berkejar ke Temerloh mendapatkan bekalan.
Oleh kerana di Pejabat Perkhidmatan DUN Tahan bandar lama Jerantut mewah dengan bekalan beras, barang makanan dan tong gas maka khidmat tentera diperlukan untuk memunggah barangan bantuan dalam kuantiti yang banyak menggunakan trak tentera.
Oleh kerana di Pejabat Perkhidmatan DUN Tahan bandar lama Jerantut mewah dengan bekalan beras, barang makanan dan tong gas maka khidmat tentera diperlukan untuk memunggah barangan bantuan dalam kuantiti yang banyak menggunakan trak tentera.
Air naik lagi di Paya Garok. Penduduk di Kuala Tahan, beberapa kampung di Tembeling Tengah termasuk Felda Sg Retang dan Felda Padang Piol terputus perhubungan, Ramai orang panik kerana tidak menyangka bah buat berlaku kali ke dua.
Walau terputus hubungan, kenderaan tidak boleh lalu, lori pun tak berani lalu, ADUN Tahan nekad mengemudi FWD bagai memandu jetski...meredah air yang semakin naik.
FWD ADUN Tahan berenang umpama bot meluncur.
Malang rumah yang tenggelam sampai ke bumbung. Operasi menyelamat dilakukan Pemuda UMNO Jerantut.
Setiausaha Pemuda Jerantut mengangkat beras.
Beratus-ratus kampit beras diletakkan di Pusat Perpindahan mangsa banjir.
AJK Pemuda tanpa letih dan jemu memunggah kampit-kampit beras.
ADUN Tahan tidak puas hati...kena banyak lagi bekalan makanan di hantar ke beberapa Pusat Perpindahan mangsa banjir.
AJK Pemuda UMNO Jerantut paling popular membantu.
Lagi terus-berterusan Pemuda UMNO Jerantut menghantar bekalan beras dan barang makanan ke beberapa kampung yang terputus bantuan.
ADUN Tahan mahu keperluan pengundi-pengundi di kawasannya terbela kebajikan sewaktu musibah banjir yang terputus beras, barang makanan , elektrik, air dan tong gas.
Mengikut ramalan kaji cuaca...ini baru permulaan akan ada lagi gelombang ke dua pada awal bulan Januari tahun 2014 itu yang membimbangkan.
Bencana macam ini masih boleh ditangani. Tapi jika magnitud saiz banjir seperti bah 1926 maka itu krisis yang sangat dahsyat. Tapi itu jauh lebih baik dari bencana-bencana seperti Filem 2013!
10 comments:
Jln kg. Paya Garok ke Kuala Tahan yg rendah dan mudah kena banjir tu, slps banjir ni kenalah di tambak supaya pada musim banjir tahun depan tdklah terputus perhubungan...,..
Memang peruntukan telah diluluskan pada tahun 2009 tapi projek jalan baru telah diluluskan melalui allignment jalan yang lebih tinggi, besar, dan lurus. WZWH setuju cadangan menambak jalan di Paya Garok untuk kemudahan kempong itu.
bagus la dompok adun tahan ni perihatin masalah rakyat tak mcam pemimpin pr cakap berdegar degar habuk pun tarak bagi sardin satu tin heboh satu malaysia itupun pilih pilih jer yg dapat
Kuala tembeling takde pun adun tahan bagi bantuan makanan,pilih kasih ape,ingat ulu tembeling je ke pengundi dia,makin lama makin luntur hati nak bagi undi kat dema,kuala tembeling dari dulu lagi tidak di bagi keistimewaan,padahal di sini jety ke taman negara,pengurusan jkkk yang hancur,tau masuk poket dema je,buat kolam pancing berabis ratus ribu ke juta pun taktaula di tasek tu,tapi takde ape yang nampak,banyak pembaziran berlaku di situ dengan buat chalet yang tidak nampak manfaat kepada orang kampung,sedih sangat tengok,bantuan banjir pun tak di bagi hanya skuad bantuan banjir jerantut dengan hasil derma orang ramai,kenapala wakil rakyat di sini tak bantu orang masa ni,saya dah tawar hati dengan umno ni
Cerita pasal yb parlimen xda ker?..xkan berpatah arang berkerat rotan kot..xpn yg kalah jadi abu..yg menang jd arang..jgn lah cikgu zurik jadi batu api..berlaku adil lah..ketua bahagian dah dipilih majority..kata berjuang untuk melayu?..ker berjuang untuk kroni..nma je cikgu
Lulus 2009,4 tahun dah tu wei,kena tipu sokmola orang dun tahan dema,menang pun sebab org hulu tembeling je yang tak rasa dok bandar,mengkanya tok dapt juga jalan darat,sampai bercicitla pulas enjin bot sangkut dema tu wei,bila sogok 2rtus aritu keri sgt dema mse pru aritu,mujurla felda di dun tahan ada p,piol dan sg retang je,klu x ramai lgla pngundi bg ke dema,tu pun kena tipu sokmo kpg sawit,masih buta lagi,jalan garok tu dari kome sekolah rendah lg masih tak nampak lagi kerajaan tak mmbantu mane pun,celikla cikit pru14 nanti,yb dema dah cnfirm tak bertnding dah,tggl janji2 je nanti,bikin calon baru plk dan trusla prjuangan kroni selamanya.sedih sgt umno bunuh betul orang melayu.
pakat la dema undi pr biarjadi macam penang kedai melayu kena roboh yg cina kena compoun jer dimana pas dan pkr yg deme kata tolong melayu bila adun umno bangkit dikatakan rasis tak payahlah deme nak cerita banyak dah negeri yg pembangkang menang apa yg ada kome tak buta mata dan kome tau yg mana kaca yg nana intan tak usah lah buat retorik dan spekulasi
Pru 14 confirm umno tumbang,rakyat dah nampak permainan BN bila dah menang serba serbi naik dan byk membebankan rakyat,yang dalam umno memang buat buat tak nampak,hakikatnya pedih juga nak mnggung family barang dah mlmpau naik,allah akan izinkan juga pr memerintah satu ari nanti,lagipun pm dah kabo bagila pluang ke BN sepenggal lagi untuk buktikan kepada rakyat,tengok2 dalam masa 6 bulan macam2 kerajaan skrg menaikkan harga keperluan rakyat,rakyat dah rasa terbeban dengan kenaikan semua ni,belum lagi masuk tahun baru,taakrif api mungkin akan dinaikan dan SPAD telah merncang mnaikkan hrga tambang LRT,blum lagi cite pasal bantuan banjir,dah2 le menipu rakyat,tak pyh cite penangla,kt kl pun bersepah kerajaan robohkan kedai orang melayu,lagi satu dulu km penang pun cina dan sebelum2 nya,tak pnah pun ada melayu di situ bernama mohd koh sukun jadi km,harini mahasiswa pula demo trun bantah kerajaan,tu plajar bkn org kampung yang bodoh,orang melayu je masih mgharap BN tolong dema,bila dpt brim senyum ke telinga.cukupla setakat ni,bkn tak mnyokong umno tapi umno tidak membela dah nasib org melayu.
anon kat atas ni nk merasa betul pr memerimtah tapi aku rasa perkara ni mustahil kot sbb kat malaysia ni ramai lagi org yg waras bercakap dgn retorik dan spekulasi tanpa fakta sape nk caya
dah peruntukan lulus 2009 sekarang dah nak masuk 2014 satu apa pun x nampak ke dah telan duit tu ke wan zuri.nak tunggu pilihanraya akan datang kot lepas tu kencing pengundi dengan macam2 agenda.yang sebenar balak jadi keutamaan..
Post a Comment