Nik Abduh Nik Aziz ahli parlimen Pasir Mas, anak TG Nik Aziz Murshidul Am PAS sokong usaha KDN dan Kerajaan membendung fahaman Syiah dari menular di Malaysia.
Cuma Nik Abduh mahu Zahid Hamidi dan KDN kemukakan bukti yang kukuh dan dakwa Mat Sabu di Mahkamah Shariah.
Nik Abduh mendakwa pengikut Syiah bila ramai di Malaysia nanti boleh mendatangkan masalah kerana suka berbalah dengan ahli Sunnah Wal Jamaah kerana amalan-amalan bidaah yang menyesatkan sila klik sini.
Bila Nik Abduh bercakap nada demikian bolehlah WZWH interpretasikan bahawa ini juga cakap TG Nik Aziz dan boleh dikatakan 50-75 % ahli-ahli PAS akan menyokong.
Kalau begini pakatannya maka UMNO dan PAS sudah mula tunjuk usaha serious mahu membendung fahaman Syiah dari merebak ke seluruh negara.
Kepada pembaca blog WZWH yang tidak tahu apa Syiah dan kenapa orang Islam bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah menentang Syiah?
Syiah bermula selepas berlakunya perang di antara Khalifah Ali dan Muawiyah Bin Abu Sufyan. Mereka beranggapan jawatan Khalifah pertama sepatutnya diberi kepada Saidina Ali tetapi telah berlaku penyelewengan di kalangan sahabat-sahabat Nabi hingga hak Ali dinafikan. Mereka juga menyalahkan Muawiyah dan anaknya Yazid sebagai penyebab kematian Ali dan anaknya Hussein.
Api kebencian terhadap Ahlus Sunnah membawa hingga ke hari ini. Mereka mengkafirkan para sahabat Nabi serta isteri-isteri Nabi. Mereka menghalalkan darah Ahlul Sunnah sedangkan Ahlul Sunnah diharamkan untuk membunuh sesiapa pun kecuali bila diperangi. Ada beberapa amalan-amalan mereka yang dianggap sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam seperti kahwin mut'ah dan hari Karbala.
Syiah masih dibenarkan untuk masuk ke Mekah sebab mereka dianggap sebagai sesat sahaja belum lagi kafir. Ulamak-ulamak Ahlul Sunnah terpaksa berhati-hati untuk menghukum kafir kepada Syiah kerana ia tuduhan yang sangat berat dan besar implikasinya kepada umat. Mereka hanya dianggap sebagai kafir bila mereka secara terang-terangan mengkafirkan para sahabat dan isteri-isteri Nabi.
Secara dasarnya Syiah masih dianggap sebagai Islam jika tiada ciri-ciri ini. Kalau nak cerita memang panjang bermula dengan peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman hingga kepada pembunuhan Hussein Bin Ali. Saudara dan saudari boleh dapatkan buku-buku mengenai Syiah yang terdapat dipasaran.
3 comments:
Ramai dari org Islam termasuk org Pas merasakan tiada masaalah utk menyokong kerajaan memerangi fahaman syiah dng syarat bukan utk tujuan politik, tangkaplah sesiapa pun yg mengaku berpegang dng ajaran songsang tersebut,
Contohnya, ketua syiah M'sia, kenapa tak tangkap dia, dia yg jelas mengaku dia adalah ketua syiah dan mempunyai pengikut yg ramai.
Ini konon nak tangkap Mat Sabu, dia dah kata yg dia adalah ahlisunnahwaljamaah dan tidak mengikuti ajaran syiah.
Kalau tangkap tanpa bukti yg kukuh, esok kena saman, baru padan muka.....
Macamla dema tak tahu menteri kita ni tak cerdik mana pun,wujudkan satu cerita yang dangkal contohnya cerita mat sabu amalkan syiah,padahal mereka cuba untuk tutup tentang kenaikan harga barang sekarang ni,lebih lebih lagi untuk penyokong2 BN(macai) yang bodoh supaya penyokong mereka lupa tentang isu kenaikan mendadak ini.Bayangkan baru 7 bulan diberi mandat dan mentadbir kerajaan sekarang ni,kerajaan telah buat banyak perkara yang tak masuk akal dan telah banyak bebankan rakyat,bayangkan baru 7 bulan memrintah,macammana rakyat nak berhadapan dengan 4 thun lagi untuk mnyampai ke pru akan datang,lagi banyak kerajaan akan umumkan kenaikan harga barang untuk memulih ekonomi yang makin hari makin teruk akibat hutang negara,di manakah janji serta manifesto parti BN sebelum pru 13 haritu,saya sebagai penyokong bn selama ni memang rasa tertipu dan banyak kekesalan akibat mnyokong bn ni hingga bermatian mempertahankan bn dari kutukan kawan2 serta pembangkang,bermakna jangkaan saya salah dan meleset sama sekali.dengan ni pru akan datang saya bersumpah tidak akan memberi undi lagi untuk bn dan juga saya akan berbanyak2 tarbiyah ke kawan2 dan juga family saya untuk cuba menukar kerajaan baru pru14 akan datang,kalau dulu takut mncuba tp skrg hati saya dah kuat untuk mncuba kerajaan baru dan semoga boleh membantu rakyat serta kurangkan beban rakyat nanti,kalau kerajaan baru tetap tidak berubah saya terima kehendak allah dan ketentuanNya di masa akan datang,saya tengok Bn sudah tidak membela rakyat lagi,
pandangan dari orang yang akalnya pendek
Post a Comment