Wednesday, December 4, 2013

Banjir Kuantan Antara Doa Dan Teknologi

WZWH di KL mengikuti persidangan UMNO. WZWH sepatutnya menulis posting misi dan visi UMNO menghadapi PRU 14 tapi tiada mood kerana banjir telah melanda Pahang terutama Kuantan.

Hujan lebat turun sejak Ahad lepas hingga Selasa dan dijangka hingga hari Khamis. Sehari hujan turun 400mm bersamaan setengah bulan. Akibatnya...(Foto-foto ihsan Facebook Kuantan)

UPDATE:

Untuk makluman semua,TNB terpaksa menghentikan bekalan di daerah Kuantan buat sementara waktu atas sebab keselamatan.


Rakyat Kuantan berlindung di tangga "bahtera Nabi Noh"!



Pusat perpindahan banjir yang tidak selamat.



Jalan menghala ke bandar Kuantan.


Banjir di bandar Kuantan.


Photo: Peraturan Allah kamu langgar, Hukum hakam Allah kamu caci, alim ulama kamu hina, Allah bagi turun sikit air kat bandar dan kampung kamu,kamu kelam ka supaya kamu balik kembali kepada Allah tuhan yg Maha Adil.

Banjir sekitar UTC dan Stadium Kuantan.

Photo: TSK siang td

Kereta sudah jadi kapal selam!

Photo: TSK

Terminal Sentral Kuantan yang bas dan kereta tidak boleh lalu.


Air terjun bangunan mahkamah Kuantan!


Pelajar-pelajar terpaksa berenang belajar di kolej.


Rakyat lari menyelamatkan nyawa.

Kerajaan kata banjir Kuantan kerana:
  • Hujan turun sangat lebat
  • Air pasang laut
  • Rakyat Kuantan suka buang sampah sarap ke longkang, perparitan, dan sungai
  • MPK sudah buat terbaik bersihkan semua itu
  • Parit dan longkang yang dalam  macamana pun tidak boleh halang
  • Tembok penghalang yang sudah dibina di Sungai Kuantan tidak cukup tinggi

Rakyat kata banjir di Kuantan kerana:
  • Sistem perparitan dan longkang tidak boleh menampung hujan lebat
  • Sungai Kuantan perlu diperdalam
  • Muara Sungai Kuantan dekat Tanjong Lumpur diperdalam
  • Kemajuan yang pesat di Kuantan 
  • Berapa kolam besar perlu dibuat

Buat masa sekarang kerajaan dan rakyat perlu...

Photo: Doa ketika Banjir

Tapi kita...rakyat dan kerajaan perlu percaya teknologi boleh menghalang banjir.-smart teknologi.

Biar pakar dan expert yang mencari penyelesaiannya.

Apa kerja ahli politik yang bijak dan boleh membaca masa depan meminimakan kesan banjir sebegini di Kuantan?

P/S Di Jerantut pula jalan-jalan banyak terputus: tapi penyelesaiannya boleh dengan membina banyak jambatan tinggi.

6 comments:

Anonymous said...

ahli politik juga pemimpin serta para YB YB UMNO, balik lah wei ke kawasan masing2, jangan duk menyalak kat PWTC tu yang tak ada faedah, buat benda yang sama tiap2 kali bersidang, cakap berdegar degar, demi agama.bangsa dan negara, demi itu demi ini, perabiskan duit rakyat jer, balik kekawasan masing masing, tolong punggah barang, tolong masak tempat banjir nu, tolong jaga harta benda rakyat, Cakap jer besar masing masing, kenaikan tarif letrik dengan kenaikan barang pun tak boleh nak lawan dengan kerajaan, sudah lah....

Anonymous said...

Pembangunan kurang perancangan sempurna i.e sistem perparitan, punca banjir ni. Dah sampai masa ibu negeri dipindahkan..Temerloh adalah pilihan terbaik in shaa Allah..

Anonymous said...

Astaghfirullah.... masa ni la semua nak tuding jari ke sana ke sini... semua salah pihak lain....cuba insaf dan muhasabah diri masing2. Kerosakan dalam dunia ini adalah hasil dari perbuatan manusia sendiri. Nak salah sapa lagi?

Anonymous said...

inilah bala allah apabila alim ulama semakin sesat yg haram jadi halalyg kapir harbi jadi sahabat yg seagama jadi musuh akhir terimalah pembalasannya janganlah insaf teruskanlah dasar yg kamu pegang itu insyaallah bangsa kamu pasti hancur

u said...

banjir besar ni terjadi apabila pemimpin pembangkang hidup terpalit skandal seks.lebih malang orang kuat beragama pun terlibat skandal seks dan paling malang buat benda yang menyebabkan bumi nabi lut terbalik.allah hanya menurun bencana banjir.
belum lagi bencana besar.jadi kaki seks bertaubatlah.

usin cibai said...

kenapa nak salahkan pembangkang yang banjir negeri bawah BN yang memerintah.ni setan u jangan makan sorang2 berak tengah jalan kan menyusahkan org.bantuan banjir lambat tiba sedangkan puak UMNO dok menyalak tak tentu pasal kat PWTC sedangkan rakyat kena musibah.mana yang lebih penting rakyat ke perhimpunan UMNO nampak sangat kebajikan rakyat diabaikan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024