Thursday, December 12, 2013

Menteri Parit...EXCO Parit...Manifesto Banjir


Urban flood modelling.

Kerajaan yang baik menjaga rakyatnya dari bencana. Itu prinsip ancient government. Bencana-bencana ada tanda-tanda atau amarannya. Kerajaan perlu bijak mengesan amaran ini untuk diberitahu awal kepada rakyat.

Sebab itu dulu ancient government pakai fortune teller boleh ramalkan apa-apa yang berlaku. Kalau fortune teller ini punya kuasa sakti boleh mengelak rakyat ditimpa bencana lagi bagus. Ini profession yang lumayan. Hari ini dipanggil pakar dan consultant.

Pakar dan consultant perlu beri idea-idea dan penyelesaian yang betul. Kerajaan banyak belanja bayar consultant.

Di Malaysia banjir adalah fenomena bencana yang merugikan rakyat. Banyak harta benda, ekonomi dan kadang-kadang meragut nyawa.

Dulu banjir sungai yang besar boleh berlaku 100 tahun sekali, 50 tahun sekali, 30 tahun sekali, 10 tahun sekali. Data menunjukkan banjir besar kekerapannya makin meningkat.

Banjir besar ini melalui sungai utama kebiasaannya. Sungai utama semakin cetek dan penuh pasir. Kerajaan yang bijak perlu mengorek dan memperdalam sungai utama ini. Pasir yang banyak itu perlu dijual dan dieksport kerana boleh datang hasil.

Consultant kata kalau mahu mengorek dan memperdalamkan pasir Sungai Pahang atau Sungai Kuantan umpamanya makan belanja bilion-bilion. Kalau Kerajaan Pahang jual pasir kepada Singapura sudah tentu bukan sahaja kerajaan Pahang dapat hasil malah pasir yang banyak di hilir Sungai Pahang dan Sungai Kuantan boleh dikurangkan.

Putrajaya perlu faham ini bahawa Kerajaan Pahang perlu jual pasir bagi mengurangkan kesan banjir kalau tidak tiap-tiap tahun bandar Kuantan akan tenggelam.

Balak sudah banyak jual, besi sudah banyak jual kini jual pasir pula. Banjir kurang, hasil dapat, rakyat kaya, banyak peluang pekerjaan.

Dulu rakyat Pahang banyak tinggal di kampung-kampung kini majoriti tinggal di bandar atau suburban. Ramai rakyat Pahang tinggal di taman-taman perumahan. Penduduk Pahang berjumlah 1.5 juta. Lebih 600,000 tinggal di bandar Kuantan.

Kuantan akan menjadi sebuah bandaraya baru. DS Najib sebagai PM dari Pahang tentu mahu bandaraya Pahang diistihar semasa era beliau memerintah.

Banjir yang berlaku di Kuantan adalah yang pakar dan consultant panggil 'urban flooding'. Pakar dan consultant kata...

Urban flooding is specific in the fact that the cause is a lack of drainage in an urban area. As there is little open soil that can be used for water storage nearly all the precipitation needs to be transport to surface water or the sewage system. High intensity rainfall can cause flooding when the city sewage system and draining canals do not have the necessary capacity to drain away the amounts of rain that are falling. Water may even enter the sewage system in one place and then get deposited somewhere else in the city on the streets. Sometimes you see dancing drain covers.

Urban floods are a great disturbance of daily life in the city. Roads can be blocked, people can’t go to work or to schools. The economic damages are high but the number of casualties is usually very limited, because of the nature of the flood. The water slowly rises on the city streets. When the city is on flat terrain the flow speed is low and you can still see people driving through it. The water rises relatively slow and the water level usually does not reach life endangering heights.

Maka jawatan politik EXCO parit, saliran dan sungai sangat penting peranannya berfungsi mengelak dan mengurangkan urban flooding dari setiap tahun menenggelamkan bandar Kuantan.

Begitu juga jawatan politik MENTERI parit, saliran dan sungai penting peranannya berfungsi mengelak dan mengurangkan urban flooding dari setiap tahun menenggelamkan bandar-bandar dan bandaraya-bandaraya di Malaysia.

Di Indonesia mana tokoh-tokoh politik atau pentadbiran yang berjaya menyelesaikan isu-isu banjir terutama urban flooding adalah calon popular untuk bertanding jawatan Presiden.

PRU 14 nanti 13 juta penggundi mahu lihat apa BN dan Pakatan Rakyat boleh offer Manifesto Banjir yang menarik dan boleh dilaksanakan.

Kalau ada Manifesto Banjir ini rakyat bolehlah berfikir untuk memilih kerajaan yang betul-betul serious mahu menjaga kebajikan, harta benda dan nyawa mereka.

7 comments:

Anonymous said...

Bandar kuantan terperangkap di pesisiran laut dan sungai akibat dari peningkatan paras air.Perlu ada sistem tambatan banjir berbentuk "U" berskala besar termasuk takungan air berbentuk tasik bertemakan pelancongan dan air bersih sehingga mampu mencetekan air sunagi kuantan dan menghadkan pembangunan di tepian pantai.

Anonymous said...

Andaikata boleh mengeringkan air sungai kuatan akibat drpd bay pass,ia akan membolehkan utk aktiviti2 ekonomi melombong pasir di lakukan.Kalau nak canggih lagi,ada jambatan sungai dari sg pahang ke sg kuantan.Di bawahnya sungai berbentuk "U" utk air bersih dari loji pembersih air sg pahang.

Anonymous said...

pembangunan semakin banyak kat kuantan, tapi luas parit dan longkang tetap tak membesar. saiz macam tu juga. kalu tahun 2001 saiz longkang dengan 1000 biji rumah pun banjir, la ni saiz langkang yang sama dengan kapasiti rumah yang bertambah berlipat kali ganda. tengku mahkota ada cakap pasal saiz longkang yg kecil apabila bandar kuantan banjir pada tengah tahun, masih tiada tindakan.

setakat benteng sungai tak cukup, unit perancang bandar kena fikirkan beberapa cadangan tambahan kerana air banjir di kuantan surut dengan cepat apabila hujan berhenti. ianya tak sama seperti pekan yang ambil masa untuk surut.

Anonymous said...

Sekiranya tankungan sg "U" dan tasik boleh menakungkan air sg pahang hingga cetek dan mustahil kering(sementara) serta aliran air sungai ke laut,ianya boleh menganjakan lagi akiviti ekonomi melombong pasir di sg pahang.Persoalannya,siapa nak beli pasir sg.Kalau jual pada singapore,maka besarlah negaranya.Tempiasnya pada negara kita juga.

Anonymous said...

Sepatutnya kuantan kena saing dengan projek bettersea di London.

Anonymous said...

Sg 'U" di ketegorikan pada 4 bahagian.Pertama simpanan air terawat berbentuk "U" di dalam tiub bawah tanah.Kedua di atasnya air terawat utk taman tema air dan komersial.Ketiga sebagai unsul takungan banjir.Keempat perlombongan pasair sg.

Anonymous said...

Ajaklah penasihat RM7.2 billion melabur.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024