Saturday, December 14, 2013

Mat Sabu Bakal PM Malaysia PRU 14?

YAB Mat Sabu PM material masa depan...

Tiba-tiba landscape politik Malaysia sudah berubah...

Mat Sabu menjadi idola ikon pemimpin masa depan Malaysia. Anwar Ibrahim sudah tenggelam. Mahathir sudah jadi barang antik.

Kekerapan UMNO menyerang Mat Sabu dalam 2 isu Komunis dan Syiah menyemarakkan lagi sokongan dari dalam dan luar negara.

Dalam negeri: 


  • Ahli-ahli PAS bersatu, ikatan bond Pakatan Rakyat bertambah kuat. DAP dan PKR menyokong penuh.
  • Golongan Liberal, Atheis, Freethinker tidak suka cara UMNO terutama Zahid Hamidi mengendali isu Syiah kerana berkait dengan 'freedom of religion' kerana terbawa-bawa zaman kegelapan gereja. Freedom of religion termaktub dalam Perlembagaan Negara.
  • Rakyat ramai orang Islam bertanya jika Syiah itu haram kenapa pengikut Syiah boleh buat ibadah Haji dan Umrah di Mekah dan Madinah?  Adakah Malaysia lebih Islamik dari Arab Saudi?
  • Rakyat ramai bukan Islam tidak suka kerana UMNO sudah menjadi extremis Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Penganalis politik mengatakan isu Syiah hanya helah UMNO untuk mengalih isu barang naik dan kos sara hidup yang tinggi.
  • Ramai rakyat orang Islam yang muda berumur 21 tahun PRU 14 nanti tidak ambil peduli isu Syiah.


Luar Negara:


  • Iran terutamanya dan NETWORK Syiah dunia akan menyokong all out untuk Mat Sabu. Iran tidak senang dengan Malaysia yang menjadi negara pertama dalam dunia mengharam dan menindas pengikut Syiah. Iran banyak beri projek-projek ekonomi kepada Petronas dan banyak korporat Malaysia.
  • Ini belum diambil kira pertubuhan militan Syiah dunia.
  • Negara-negara Komunis pun bersimpati kepada Mat Sabu.
  • US akan menyokong Mat Sabu jika BN menjadi lemah dan akan kalah PRU 14


Dalam usaha Zahid Hamidi menggunakan isu Syiah tidak kira bagi apa-apa motif, hakikatnya banyak keburukan dari kebaikan kepada UMNO dan BN.

Ianya mungkin menjadikan Zahid Hamidi lebih popular dan melonjak.

Najib, Muhyiddin, Hishammudin sudah terkeluar dari menjadi PM material PRU 14 kerana tidak pandai mengendalikan isu.

Tiba-tiba populariti Mat Sabu melonjak!

PRU 14 bila Pakatan Rakyat menewaskan BN, siapa mahu jadi PM?

Lim Guan Eng pasti melobi kuat Mat Sabu menjadi PM Malaysia PRU 14...

Selamat YAB Mat Sabu PM Malaysia PRU 14....

Golongan ulamak PAS perlu mengepung Mat Sabu sekarang!!!

2 comments:

pandi said...

Ya mungkin mat sabu bakal pm malaysia... terima kasih tak terhingga kepada zahid dan kdn yang telah menghadiahkan segugus 'bola tanggung' kepada pembangkang.

Dengan ini terpaksalah umno menerima pukulan 'smash' kiri, kanan, depan, belakang..

'10 bukti'... Betul betul bikin pening.

Anonymous said...

anon kat atas tu pandi ke pandir kah kah kah

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024