Friday, February 28, 2014

Biro Penerangan Media Baru Dan IT UMNO Bahagian Jerantut



ADUN Pulau Tawar merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut semakin muda sibuk bekerja untuk parti dari pagi sampai ke malam.

AJK Biro Penerangan Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut akan mengadakan mesyuarat yang ke 2 esok hari Sabtu jam 10 pagi di Hotel Darul Makmur Jerantut. Biro ini dipengerusikan oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut YB Dato' Dr Ahmad Shukri bin Ismail ADUN Pulau Tawar.

Semua AJK yang seramai 17 orang itu dijemput hadir bagi urusan mesyuarat dan membincangkan agenda Penerangan Media Baru dan IT UMNO Jerantut. Segala matlamatnya ialah untuk memberi kefahaman dan menjawab segala isu-isu bagi pihak kerajaan baik isu-isu nasional dan isu-isu tempatan Jerantut.

Matlamat yang paling penting adalah untuk menarik minat pengundi bagi PRU 14 dan memenangkan parti BN . Untuk itu program-program perlu disusun atur untuk mencapai matlamat itu.

WZWH mencadangkan satu website UMNO Bahagian Jerantut yang rasmi perlu dilancarkan yang terdiri dari admin-admin yang komited. Selain itu cybertrooper UMNO Bahagian Jerantut yang rasmi perlu diinstitusikan dengan mendapat sokongan dari Pemimpin UMNO Bahagian Jerantut.

Jika perlu Biro Penerangan Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut boleh mendapatkan bantuan teknikal dari PAHANGKU MEDIA yang adminnya ramai dari Jerantut.

WZWH minta maaf tidak dapat hadir kerana ada urusan kerja dan hal peribadi di Kuantan dan KL.

Walaubagaimanapun WZWH menyokong penuh sebarang usul-usul, program-program dan agenda Biro Penerangan Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut.


Ketua Bahagian UMNO Jerantut merangkap ahli parlimen Jerantut (bersongkok) di hari persaraan Guru Besar SK Pedah Jerantut Ayahanda Wan Hamidon bin Wan Ahmad.

Esok juga akan diadakan satu Program Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Penerangan UMNO cawangan-cawangan dan sayap-sayap dalam DUN Damak masa 2.30 petang di bangunan UMNO Bahagian Jerantut. Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ahli parlimen Jerantut turut hadir.

WZWH tidak dapat hadir.


Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ADUN Tahan sibuk mentransformasikan DUN Tahan ke tahap pembangunan penarafan tertinggi

Juga Program DUN Tahan di Felda Sungai Retang pada petang esok. ADUN Tahan akan sampai di Jerantut pada pukul 1.30 tengahari berlepas dengan helikopter.

WZWH tidak dapat hadir.

Walaubagaimanapun WZWH ada meeting khas bersama ADUN Tahan di KL pada lewat petang esok bagi agenda Pembangunan di Lembah Tembeling. Ini prioriti WZWH untuk menjayakan matlamat pembangunan di DUN Tahan.

WZWH berharap semuanya: parlimen, DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar bergerak dengan pelbagai program kalau boleh target kepada ramai orang bukan sesama UMNO sahaja melibatkan semua lapisan masyarakat.

PRU 14 kita mahu BN sapu bersih lagi parlimen dan 3 DUN itu.

4 comments:

dobit127 said...

Semua Biro-biro turut sibuk buat mesyuarat JK masing-masing.
Pemudanya, Puterinya, Wanitanya dan paling penting UMNO Bahagian..

Yang paling penting, koordinasi diantara keempat2 tu.. Sebagai contoh, Jika Biro Penerangan UMNO bahagian membuat mesyuarat, maka seharusnya ketiga2 Biro penerangan sayap parti turut dipanggil dalam mesyuarat itu. Barulah kerja itu sama...

Memanglah semua ada perancangan tersendiri tetapi takut akhir sekali hanya tinggal atas kertas... Penggabungjalinanan kesemua entiti dalam UMNO Bahagian akan melancarkan perancangan dan seterusnya mengukuhkan perpaduan yang sering dilaung-laungkan.

Anonymous said...

Ajk biro penerangan tu semua mcm gelap it je...

Anonymous said...

Salam..Gelap IT tak apa kita boleh terangkan.. Jangan Gelap hati aje. Kalau gepap hati mmg dah tak boleh nak buat apa dah.. campak dlm zoo bagi rimau makan ajelah,Tu pun mungkin rimau dlm zo pun pikir byk kali nak mkn sebab tak ada pekdah jugak.

Anonymous said...

lawo gambor ader gayer muke peyamunnnnnn,,,,

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024