Tuesday, May 20, 2014

Undi Mah Siew Keong Parlimen Teluk Intan

Kebanggaan kita yang terbesar bukan kerana tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali setelah kita jatuh (Confucius)

Biodata Dato' Mah Siew Keong


Walaupun dia pernah kalah dua kali dalam pilihanraya Teluk Intan, kebolehan nya untuk menang dan menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan yang berdedikasi masih bersinar dengan cemerlang.

Dalam perjalanan politik bagi mereka yang cekal hati, ada masa pasang surutnya. Asalkan tidak putus asa, sukses tetap menanti sekiranya sudah berkali2 mencuba tanpa letih.

Malaysia perlukan ahli politik yang matang dan berpengalaman tinggi untuk berhujah dalam Dewan Negara. 

Dewan Rakyat bukan tempat untuk orang muda yang baru setahun jagung berpolitik dan hanya beberapa tahun habis ijazah berdebat dalam Parlimen.

Ini bukan gelanggang pertandingan debat rebut piala.

Ahli-ahli Parlimen sesebuah kawasan mesti ada kepandaian, dan kesabaran yang lebar untuk melayan segala kerenah dan masaalah yang dihadapi oleh rakyat tempatan di situ.

Dato' Mah Siew Keong banyak menimba pengalaman dalam memahami citarasa dan kehendak rakyat Parlimen Teluk Intan.

Beliau mengaku ada kesilapan dan kelemahannya di waktu lepas dan meminta maaf kalau tidak semua kesusahan rakyat dapat diatasinya.

Bagaimanapun, jika diberi mandat dan kepercayaan untuk menjadi MP kawasan P76 Teluk Intan, Perak, pada hujung bulan Mei ini, sudah tentu beliau akan berusaha dengan lebih kuat lagi untuk meringankan kekusutan hidup yang dilalui oleh rakyat yang memerlukan khidmatnya.

Kini sebagai Presiden Parti Gerakan,pengaruhnya di peringkat Federal dan dalam BN lebih bertaring.

Dia boleh menengahkan masalah rakyat Parlimen Teluk Intan dengan lebih berkesan lagi.

Marilah kita sokong calun BN Dato Mah Siew Keong untuk menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan pada PRK Teluk Intan P76 kali ini.

Dia cukup lengkap dengan pengalaman berkhidmat di Teluk Intan dan juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri dalam Kementerian Pertanian dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa.

Kelayakan akademiknya pun dikagumi.

Orangnya humble (tak sombong) dan selalu merendahkan diri.

Semoga Malaysia am nya dan Parlimen Teluk Intan khususnya, maju ke hadapan bertapak-tapak lagi ke arah masa depan yang lebih terjamin dan berjaya, di bawah kepimpinan bersama Dato' Mah Siew Keong..Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Sokonglah dan undilah Calun BN Dato' Mah Siew Keong untuk menang tinggi dan berjaya menjadi MP di P76 dalam PRK Teluk Intan bulan Mei tahun 2014.

5 comments:

mamasita said...

AsSalam Wan..akak edit lagi..ada tokok tambah yang berapi2 jugak..
Thanks.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Tq Kak Mamamia

Anonymous said...

Harap dato' mah menang.

Anonymous said...

harap tersembam lg kalau dah 2 kali bertanding itu tandanya org tak suka.ada juga org yang bangang tak faham2..

Anonymous said...

Hidup melayu sokonglah cina .. stay stupid and vote BeeEnd.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024