Nuffnang Ads

Pages

Thursday, January 1, 2015

Bekalan Air Sudah Pulih Di Bandar Jerantut



















Loji PAIP Batu Embun Jerantut.




















Pam penyedut dibawa khas oleh team Bomba Kuantan yang tiba sejak malam tadi.




















Lori pengangkut portable pam yang membawa pam penyedut khas Bomba di Loji Air Batu Embun.




















Team Khas Bomba dari Kuantan yang membawa pam penyedut khas dari Kuantan. Air disedut dulu untuk memenuhi loji dan dirawat sebelum pam Loji Air Batu Embun beroperasi.




















Bomba Kuantan mendapati pam Loji Air Batu Embun tersekat kerana penuh dengan pasir. Untuk membuang dan cuci pasir itu satu kontraktor team penyelam diberi tugas mencuci pasir sejak malam semalam.

Baru pagi tadi sejak jam 10 pam penyedut khas telah menyedut air dan pam Loji Air Batu Embun boleh beroperasi.




















Kotak suis sistem mengawal pam Loji Air Batu Embun. PAIP Jerantut sedang test sistem. Bila sudah OK baru pam Loji Air Batu Embun boleh beroperasi macam biasa.




















Team kontraktor penyelam yang mencuci pam Loji Air Batu Embun dari tersumbat.





















WZWH diberitahu mungkin malam ini baru bekalan air sudah ada di seluruh bandar Jerantut, taman-taman perumahan dan kampung-kampung berdekatan.

Tapi petang tadi bekalan air sudah pulih. Semua orang Jerantut kembali ceria. Pengusaha restoren, kedai makan dan hotel pasti lega.

Bila WZWH lalu di Bukit Salan Pulau Tawar, WZWH lihat ramai orang berkumpul dekat empat punca mata air untuk mengambil bekalan air dan mandi manda.

Adalah satu cadangan yang baik kalau Kerajaan Negeri Pahang melalui PAIP Pahang mengambil tanah di Bukit Istana untuk dibuat tangki air besar. Bila dekat bulan september atau Oktober boleh terus pam air ke tangki air Bukit Istana sebagai simpanan air.

Bila berlaku lagi banjir seperti bah 2014 maka tangki air Bukit Istana boleh membekal air kepada penduduk Jerantut tanpa masalah sebagai alternatif jika semua Loji Air PAIP Jerantut rosak.

Bekalan air sudah pulih di bandar Jerantut. Terimakasih Bomba Kuantan, Bomba Jerantut, Kontraktor penyelam yang membersihkan pam dan PAIP Jerantut.

No comments: