Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, January 7, 2015

Gunakan Kementerian Pertahanan Sepenuhnya Bersihkan Tinggalan Lumpur Banjir Jerantut

Defence minister Datuk Seri Hishammuddin Husssein having lunch with flood victims at the relief centre at Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak on Dec 31, 2014. BERNAMA


DS Hishamuddin Tun Hussein Onn , Menteri Pertahanan menawarkan pertolongan anggota tentera bagi membantu membersihkan tinggalan lumpur banjir di Daerah Jerantut yang melibatkan banyak bangunan kerajaan, sekolah , masjid dan taman-taman perumahan.

Daerah Jerantut dijadikan ‘daerah angkat’ oleh Kementerian Pertahanan supaya bantuan dapat disedia dan diselaraskan secara berkesan. Daerah Kuantan juga dijadikan 'daerah angkat' oleh Mindef.

Aset-aset tentera boleh digunakan bagi menjayakan misi bantuan pasca banjir di Jerantut. DS Hishamuddin mahu Daerah Jerantut diberi lebih fokus kerana terjejas teruk akibat bah besar 2014.






Anggota tentera dibantu oleh Bomba sedang membersihkan sebuah sekolah.

Perkara yang akan diberi perhatian serius hari ini ialah usaha pembersihan. Di Pahang, kerja pembersihan telah dimulakan di Bera, Jerantut, Kuala Lipis dan Temerloh .




Mindef perlu menyediakan barang-barang yang amat diperlukan oleh mangsa banjir, selain menyelaraskan aktiviti sukarelawan di kawasan banjir.

Anggaran peruntukan yang diperlukan untuk setiap keluarga mangsa banjir masih diteliti oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pasca Banjir, khususnya melalui kerjasama daripada Pegawai Daerah.

Mindef  mahu mengumpul maklumat tentang jumlah bantal, selimut, tilam dan pakaian seragam sekolah yang diperlukan mangsa banjir.

Mindef tidak boleh memberi semua barang tetapi sekurang-kurangnya bantuan yang disediakan ini akan membolehkan penduduk meneruskan kehidupan.

Bagi barang keperluan seperti peti sejuk, TV flat, dapor itu akan diputuskan oleh MB Pahang dan DS Najib.

Di Kuantan umpamanya sudah selesai pemberian semua barang termasuk peti sejuk, TV flat,dapor, tilam dan bantal kepada mangsa-mangsa banjir bagi edisi banjir 2013.

Mangsa-mangsa banjir Jerantut juga mahu menikmati pemberian yang sama dengan Daerah Kuantan!

WZWH berharap DS Hishamuddin sebagai Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO yang berpotensi besar di masa depan boleh berupaya menunaikan hasrat mangsa-mangsa banjir Jerantut 2014!

2 comments:

LKTP1436 said...

Kalau nak kira keutamaan, sek men.Keb. Pulau Tawarlah yg paling teruk kena bencana banjir, lumpur setinggi 1 1/2' masih memenuhi di semua kwsn sek.

Dari bawah sampai tingkat 2 semuanya berlumpur.....

Munkin pilihan yg ada ialah memindahkan sek ini ke kwsn baru iaitu di Bkt Rang, rugi sekali tetapi untung lama2.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Esok TPM dan beberapa Menteri akan melancarkan Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Pahang Dan Gotong Royong Pembersihanan Akibat Bencana Banjir Di SMK Pulau Tawar.

WZWH bersetuju dengan cadangan memindahkan sekolah ini ke Bukit Rang. Ini Ahli Parlimen Jerantut boleh memohon kepada TPM sebagai Menteri Pelajaran.