Wednesday, January 21, 2015

Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang Ke Daerah Jerantut




Esok petang 22 Januari 2015, Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah melawat ke kawasan yang dilanda banjir dan pengurniaan sumbangan kepada pengusaha chalet dan peniaga kecil di Kuala Tahan yang terlibat dengan banjir.

Baginda juga berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir dan melawat ke rumah mangsa yang terlibat dengan banjir serta pelancaran kerja baik pulih rumah yang rosak akibat banjir di Jerantut Feri.

Kuala Tahan dan Jerantut Feri terletak dalam DUN Tahan Parlimen Jerantut.

WZWH berharap agar semua penduduk yang berdekatan dengan Kuala Tahan dan Jerantut Feri mari ramai-ramai kita berduyun-duyun meraikan dan menyambut keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

Semoga keberangkatan Tengku Mahkota Pahang membawa berkat dimakbul oleh Allah SWT memberi rahmat kepada penduduk Jerantut.

Sebelum ini pada 27 Disember 2014 ketika banjir memuncak di Jerantut, KDYTM Tengku Mahkota telah berangkat memantau banjir Jerantut SILA KLIK SINI.

Patik merafak sembah mengalu-alukan keberangkatan KDYTM Tuanku ke Jerantut.

Di bawah ialah aturcara rasmi.











































































1 comment:

Unknown said...

click reference more info here visit this site right here check this link right here now anonymous dolabuy.su

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024