Nuffnang Ads

Pages

Sunday, January 18, 2015

Projek Perumahan Rakyat Pasca Banjir Rancak Di Kuala Tahan



















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan memberi penerangan mudah konsep Projek Perumahan Rakyat di Dewan Felcra Kuala Tahan.




















Sebahagian dari 1300 penduduk Kuala Tahan yang berminat dengan Projek Perumahan Rakyat pasca banjir 2014.

Banjir 2014 melanda teruk Kuala Tahan. Beberapa penduduk di Kg Belebar, Teresek, Kuala Deli, Tekah, Padang dan Tuit kehilangan, rosak rumah. Kini tidak selamat diduduki kerana dalam zon banjir.

Penduduk yang terlibat mesti dipindahkan dan mahu berpindah. Walau pun ramai yang tanah bergeran namun demi keselamatan akan datang memerlukan rumah baru di tempat yang lebih selamat.

Maka atas inisiatif Pengerusi JPP Kuala Tahan dan 15 AJK Tanah Tapak Rumah Kuala Tahan dibantu oleh ADUN Tahan dengan kerjasama Kementerian Perumahan satu cadangan Projek Perumahan Rakyat Kuala Tahan mahu diusahakan.

Penduduk yang mempunyai tanah bergeran di kawasan banjir menyerahkan tanah kepada kerajaan dan kerajaan ganti balik tanah itu dengan menyediakan sebuah rumah yang selesa. Bagi penduduk yang tidak mempunyai tanah dan rumah maka lebihan dari projek itu akan diberi kepada yang lebih layak.

Perancangan membina 285 unit rumah siap dengan kemudahan infrastruktur yang akan dimasukkan dalam bajet tahun ini oleh Kementerian Perumahan akan dilaksanakan dalam tempoh setahun setengah.

Masih ada lagi 585 lot tanah yang telah disediakan untuk kumpulan yang tidak dapat sebelum ini.

Dana RM1 juta bagi membantu mangsa banjir membina rumah di Tembeling Tengah.

Di dalam Program Penyusunan Tembeling Tengah telah disusun 925 lot tanah yang sehingga hari ini 225 lot tanah telah diberi di Kg Merting. Projek Perumahan PRIMA Kg Merting telah dicadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Bagi Pembangunan Kuala Tahan pula:

1350 ekar tanah telah diberi kepada Felcra untuk dimajukan ladang kelapa sawit dengan term baru boleh memberi pulangan minima RM700 sebulan. Sebelum ini 3000 ekar telah dimajukan oleh Felcra Tembeling Tengah.

Sebuah masjid baru Kuala Tahan telah diluluskan.

Hospital Kuala Tahan bagi kapasiti 60 katil juga diluluskan. Ini penting bagi transit kemudahan penduduk Ulu Tembeling.

Bagi masalah air pula PAIP Pahang sedang buat kajian bekalan air dan jika perlu sebuah loji air baru dibina.

Jalan Jerantut-Kuala Tahan dinaiktaraf sebagai Jalan Persekutuan.

Juga cadangan Pusat Pangkalan Hadapan kekal bagi mangsa banjir, Pindah SR Kuala Tahan ke tapak baru yang lebih luas dan ada banyak kemudahan.

Cadangan Padang Polo di Kuala Tahan. Negeri Pahang sinonim dengan permainan polo yang ada sebuah padang dekat Istana Pekan terkenal di dunia. Padang Polo Kuala Tahan boleh mempopularkan lagi sukan elit ini yang boleh memberi peluang karier sebagai ahli sukan kepada anak-anak muda tempatan.

Demikianlah perancangan dan cadangan kerajaan yang boleh memajukan Kuala Tahan.

Lawatan ADUN Tahan ke Kg Belebar






Lawatan ADUN Tahan ke Kg Teresek






Lawatan ADUN Tahan ke Kuala Deli












2 comments:

Anonymous said...

Tun Daim memiliki kekayaan MELAMPAU dan SOALnya dari mana datangnya sumber kekayaan beliau? Akhir tahun 1969 selepas Peristiwa 13 Mei , Daim bersara drp dunia guaman buat selama-lamanya,bekerjasama dgn Low Kiok Boo &n Thamby Chik buka bisnes garam, tapi kurang ilmu DAIM GAGAL.Daim buka pula bisnes buat plastik &n alami kerugian kerosakan jentera akibat mogok yang dilancarkan oleh pekerja yang tidak puas hati. Kilang terpaksa ditutup dan pinjaman permulaan yang tidak berbayar daripada Bank Bumiputera dengan ugutan untuk mengisytiharkan Daim muflis.DAIM GAGAL LAGI.

Pada tahun 1971, Daim buka Syarikat Maluri Sdn Bhd. Menjelang awal 1970, Daim baru tahu cara yang mudah dan cepat untuk menjadi tokoh peniagaan Malaysia ialah mendapatkan kontrak perniagaan yang sudah pasti dalam genggaman melalui jaringan politik. Daim telah membeli tanah lombong di sekitar Maluri drp kerajaan dengan harga yang sangat murah dan membangunkan kawasan tersebut dan sebahagian di jual kpd Kerajaan. DAIM MULA BERJAYA.

PD tahun 1979 bila dia membeli Malaysian French Bank. 1984, ambil alih United Malayan Banking Corporation Bhd dan sempena perlantikkan sebagai Menteri Kewangan pada tahun yang sama Daim menjual kembali saham perbankan tersebut. Sebelum bersara, Daim Zainuddin membeli saham dalam Hock Hua Bank (Sabah) Bhd pd 1997 dan sekali lagi menjual kepentingan di dalam bank selepas sekali lagi dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Mohd Nasir Ali umum beliau bertindak bagi pihak Daim. Hock Hua Bank ditukar nama jadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.

Setelah ditamatkan riwayat sebagai Menteri Kewangan, dikhabarkan, Daim telah membawa sejumlah Wang yang disimpan diluar negara PULUHAN BILLION US DOLLAR dan melabur di dalam sektor perbankan. Daim dikatakan memiliki International Bank of Commerce (ICB) 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 cawangan di Eastern Europe. Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.

Mungkin DS Anwar berkata benar BUAT PERTAMA KALINYA (Sebelum beliau dihumban ke Penjara). Dari mana Daim mendapat PULUHAN BILLION US DOLLAR? Tun Daim "the small man" juga dikenali sebagai Pembuli Pasaran Kewangan bilamana Bank Negara mengasak hampir kesemua matawang di pasaran kewangan antarabangsa di antaranya Pound Sterling, US Dollar dsbnya. Lim Kit Siang telah membawa permainan buli matawang oleh Bank Negara sewaktu Daim menjadi Menteri Kewangan di Parlimen - tetapi dijawab dan diSELINDUNGKAN oleh DS Anwar sebagai TIADA APA PERUBAHAN ASET BANK NEGARA. Mungkinkah sewaktu itu DS Anwar tidak tahu atau sama-sama mencuba menaruh harapan akan wang gelap pasaran kewangan dikongsi bersama? Apakah DS Anwar dituduh meliwat kerana Daim tidak mahu berkongsi wang gelap hasi drp buli pasaran matawang?

Jika sekiranya Daim memiliki Bank dan kepentingan besar dalam Industri perbankkan ICB, Tun Mahathir juga memiliki Bank di Guam. Tapi tak banyak yang mengetahui Kekayaan Tun Mahathir berganda-ganda drp Daim yang sebhg dilaburkan kembali di Malaysia. Macammana anank-anak Tun Mahathir semuanya kaya raya? sebut saja Mokhzani...Tokey Minyak, Mukhriz..laa pon Tokey Judi, Kapal, Arak dan Minyak, Mukhriz Tokey Fibre optik? Cuma Marina Mahathir miskin papa kedana kerana selalu lawan Tun Mahathir, jadi dia tak dapat apa2..nak kahwin jadi bini no. 2 Nazri Aziz pon Tun M larang...kesiannya Marina...sampai matilah melawan Bapak?

Apakah Kekayaan Melampau Tun Daim dan Tun Mahathir ini sebenarnya Wang Rakyat yang dirompak keluar oleh kedua2 Tokoh Negarawan yang merupakan Lanun dan Perompak yg Merompak melaui batasan? Adalah diharap DS Anwar mampu mencerahkan suasanan dengan penyerahan bukti-bukti?

Anonymous said...

Anon 12:41

Hang clown mana baru keluar Dari gua?