Thursday, January 8, 2015

Lawatan Bersejarah Muhyiddin Yasin TPM ke Kampung Tradisional Pulau Tawar















Hari ini Jerantut bertuah kerana TS Muhyiddin Yassin TPM melawat Jerantut dalam Program Lawatan Pasca Banjir di Pahang.

9.30 am helikopter TPM mendarat di Padang Hoki Jerantut.

10.00 am TS Muhyiddin Yassin mempengerusi Mesyuarat Koordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir bagi Negeri Pahang di Pejabat Daerah Jerantut. Selepas itu press conference.

12.00 pm Ahli Parlimen Jerantut, ADUN Pulau Tawar dan beberapa Menteri, Pegawai Tinggi Kementerian mengiringi TPM dan Isteri ke Lawatan Pasca Banjir di Pulau Tawar, Jerantut

12.30 pm : Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Pahang Dan Gotong-Royong Pembersihan Akibat Bencana di SMK Pulau Tawar.

2:00 pm : Meninjau Kesan Peninggalan Banjir Di Sekitar Kampung-Kampung Di Tepian Sungai Pahang.




















WZWH lebih berminat mendengar apa yang TS Muhyiddin Yassin berucap:


  • Bantuan RM25 juta kepada Jabatan Pendidikan Pahang untuk membantu pelajar-pelajar yang terlibat dengan banjir.
  • Terimakasih kepada semua NGO dan agensi yang terlibat.
  • Membantu tanpa mengira fahaman politik.
  • Masa untuk bersatu hati membantu semua mangsa.
  • Bantuan banjir akan disegerakan


Melihat kepada tebalnya lumpur akibat kesan banjir di SMK Pulau Tawar adalah diharap pemimpin Jerantut mencadangkan kepada kerajaan supaya memindahkan SMK Pulau Tawar ke tempat yang lebih tinggi dan jauh dari capaian air standard bah 2014 contohnya di Bukit Rang.

SMK Pulau Tawar didirikan di atas sebidang tanah yang 130 tahun dulu adalah sebuah Istana Sultan Pahang yang pertama dibina pada tahun 1889.

Pada masa yang sama kegiatan gotong royong membersihkan sekolah dilakukan di beberapa sekolah di Jerantut iaitu di SR Tanah Rom dan SR Kg Pagi.



KSU dan TKSU Mindef bergotong royong bersama ADUN Tahan di SK Tanah Rom.



SK Kg Pagi habis tenggelam semua bangunan semasa bah 2014 baru ini. SK Kg Pagi perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi bagi mengelak lebih banyak kerugian akibat banjir pada masa hadapan.



Jentera Bilik Gerakan Banjir 1Malaysia sedang bergotong royong membersihkan SK Kg Pagi.



Mohd Adil Mohd Zain AJK UMNO Bahagian Jerantut mencadangkan kepada Dr Marzuki Setpol Menteri Pelajaran supaya SMK Pulau Tawar dipindahkan ke Bukit Rang.

Adalah satu cadangan yang baik tapak SMK Pulau Tawar itu boleh dibina semula replika Istana Sultan Pahang buat kompleks pelancongan nanti ramai orang datang Pulau Tawar pakej sekali dengan galeri Pahlawan Mat Kilau.

Bukan itu sahaja kampung-kampung tradisi Pulau Tawar perlu dipindahkan dan hanya boleh dibuat dusun dan kebun, rumah persinggahan sebab akan datang banjir yang sama besar bah 2014 dan lebih akan mendatangkan kerugian yang banyak kepada orang kampung.

Ini memerlukan pencarian tanah-tanah yang sesuai dan cepat segera dibawa ke MB Pahang dan kemukakan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024