Nuffnang Ads

Pages

Friday, January 16, 2015

Semangat Murid Darjah 1 Ulu Tembeling Berkobar-kobar Mahu Bersihkan Sekolahnya
























Adik Wafi secara teknikal murid darjah satu SR Kg Pagi Ulu Tembeling bersama seorang Sukarelawan banjir DUN Tahan.

Ketika sesi persekolahan di seluruh Malaysia sudah bermula pada minggu ini lewat seminggu terdapat beberapa sekolah yang terpaksa lewat dua minggu kerana sekolah teruk dilanda banjir 2014.

SR Kg Pagi tenggelam semua bangunan kerana Kg Pagi sudah jadi lautan ketika banjir baru-baru ini. Segala bangunan musnah, atap sekolah, bilik darjah, kerusi meja, peralatan sekolah dan buku teks.

Sekolah dan kawasan perlu dibersihkan. Sudah lebih lima kali SR Kg Pagi dibersihkan oleh ramai NGO, Sukarelawan, komuniti kampung tapi masih kotor kerana ada ketika bekalan air tiada.

Posting ini temanya mengisahkan seorang murid darjah satu Adik Wafi yang begitu bersemangat mahu membersihkan bilik darjahnya sebab sudah tidak sabar mahu belajar. Adik Wafi sudah tidak sabar mahu mengajak beberapa orang Sukarelawan membersih bilik darjahnya.




















Adik Wafi terbaring keletihan di atas lantai sekolah selepas gotong royong membersihkan sekolah terutama bilik darjahnya. Nampak tersenyum riang ceria tidak sabar-sabar mahu memulakan persekolahan sebagai murid tahun satu SR Kg Pagi.

WZWH mendoakan agar Adik Wafi belajar bersungguh-sungguh dan berjaya supaya suatu hari nanti akan menjadi seorang pemimpin yang berjasa kepada negara.

Biarpun boleh dikatakan semua buku teks sudah rosak kerana semua blok bangunan sekolah ditenggelami oleh air banjir 2014. Kg Pagi boleh dikatakan 90% tenggelam.

Dicadangkan Asrama Desa, semua bangunan sekolah dan banyak rumah-rumah di Kg Pagi perlu dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi bagi mengelak zon bahaya banjir pada masa akan datang.




















Badan dan pakaian kanak-kanak Ulu Tembeling berlumpur dan berselut demi untuk membersihkan sekolah mereka bersama Sukarelawan DUN Tahan.

Ini telah menaikan rasa belas dan terkesan amat sangat kepada Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan. Oleh itu ADUN Tahan telah membuat keputusan berita baik kepada semua ibubapa di DUN Tahan segala buku tulis anak-anak anda dibayar oleh Pejabat DUN Tahan. Sila maklumkan kepada Guru-Guru sekolah. Juga sumbangan peribadi RM500 ADUN Tahan kepada setiap keluarga yang jadi mangsa banjir.

Banjir 2014 juga memberi kesan buruk kepada beberapa kampung di Ulu Tembeling seperti Kg Kuala Sat dan Kg Gusai. Foto-foto di bawah menunjukkan beberapa rumah telah dihanyutkan air bah dan rebah tumbang menyembah bumi.










































Dengan pengaruh ADUN Tahan , Alhamdulillah beberapa Korporat tempatan berbesar hati ingin menderma kepada mangsa-mangsa banjir 2014 di DUN Tahan seperti berikut:

  • Betacon setuju derma RM1 juta untuk bantu membina semula rumah mangsa banjir di Ulu Tembeling dari Kg Pagi, Kg Kuala Sat,Kg Bantal,Kg Gusai dan Kg Mat Daling.
  • Temcon dan Konsortium Tembeling setuju derma RM1 juta untuk Tembeling Tengah.
  • Mantin Engineering setuju derma peralatan sebanyak RM1.5 juta untuk DUN Tahan.

Semua sekali jumlah derma RM3.5 juta. Terima kasih semoga Allah memberkati amal baik Korporat tempatan ini.

Separuh dari kampung-kampung di Lembah Tembeling perlu dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dari banjir mengikut ukuran standard bah 2014. Di kuala Tahan contoh di Kg Belebar dan berdekatan perlu dipindahkan. Banjir trend baru ini akan berulang kembali mungkin lebih besar akibat global warming dan perubahan cuaca dunia.

Berikut cadangan-cadangan yang mahu dibina akibat bencana bah besar 2014:


1) 3 buah Pangkalan Hadapan bagi pusat perpindahan banjir kekal di Mukim Ulu Tembeling, Mukim Tembeling Tengah dan Mukim Pedah.

2) Memindah dan Membina 3 buah Asrama Desa dan 3 Sekolah Rendah bagi SR Kuala Sat, SR Kg Pagi dan SR Kuala Tahan.


Semua data-data mangsa banjir dan kategori jenis kerosakan di seluruh DUN Tahan dikumpul oleh pemimpin akar umbi, Tok Empat, Penghulu untuk di compile dan serahkan kepada ADUN Tahan yang akan merumuskan apa jenis permohonan dan bantuan untuk terus diserah direct kepada pemimpin tertinggi negara dengan kadar segera.

Beberapa NGO, Sukarelawan dan Pertubuhan dari dalam dan luar negeri dan negara telah ramai datang ke DUN Tahan memberi bantuan dan membantu gotong royong membersihkan sekolah, masjid, bangunan kerajaan dan rumah-rumah orang kampung.

Sebagai contoh Terima kasih kepada rombongan dari DUN Mahkota Kluang Johor dan badan-badan NGO yang datang bersama sama memberi bantuan serta bergotong royong bersama penduduk kampung-kampung di Tembeling Tengah, Ulu Tembeling  di DUN Tahan.























No comments: