Nuffnang Ads

Pages

Friday, January 2, 2015

Operasi Misi Bantuan Banjir Lembah Tembeling Diteruskan



















Semalam operasi misi bantuan banjir ke Ulu Tembeling dan Tembeling Tengah diteruskan lagi pada cuti tahun baru 2015. Oleh kerana sungai merbahaya dan jalan masih lagi terputus kerana air belum surut sepenuhnya maka pengangkutan helikopter adalah yang terpantas dan cepat.

ADUN Tahan telah mengambil initiatif sendiri menyewa sebuah helikopter Weststar bagi berulang alik menghantar bekalan makanan, pakaian dan air bersih kepada mangsa banjir terutama di Ulu Tembeling dengan segera.




















Helikopter berlepas menjalankan misi bantuan banjir Lembah Tembeling ke Kg Pagi, Kg Kuala Sat, Kg Mat Daling, Kg Bantal dan Kg Gusai. Juga ke beberapa kampung di Tembeling Tengah seperti Kuala Tahan, Kg Merting.




















ADUN Tahan mengetuai misi bantuan dibantu oleh sukarelawan jentera bantuan banjir DUN Tahan.




















Mungkin melihat kegigihan dan kesungguhan ADUN Tahan menggunakan sebuah helikopter dalam operasi misi bantuan banjir Lembah Tembeling itu menyebabkan helikopter bomba turut sama join membantu.




















Helikopter Helistar atas inisiatif Dato' Hj Nazri Ngah Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut turut juga membantu ADUN Tahan dalam menyegerakan misi bantuan banjir ke Tembeling Tengah.





















Helikopter tentera akhirnya turut datang membantu membekalkan air bersih. Sukarelewan DUN Tahan loading kotak-kotak air bersih.





















Tok Penghulu Ulu Tembeling dan Tok Penghulu Tembeling Tengah nampak keletihan dalam memastikan semua anak-anak buah dapat bantuan banjir yang sepatutnya.

2 comments:

Anonymous said...

Memanglah YB Dompok sanggup bergolok bergadai.. Dia dan org Pahang je yg tau apa yg dah jadi di kawasan Ulu ni.. Bila dah jadi hal, maka masing2 cover line la..

Dulu2 banjir besor jugak, tapi tak bawak lumpur dan selut.. Lumpur dan selut tu Allah turunkan sekali dgn hujan ke Dato'? You reap what you sow..

AntiTrust

Anonymous said...

sape le gamoknya membalok yek..
abis utan ulu tembeling..

dah abis utan, air tohor..ujan lebat je banjir le jawabnya...

so sape2 yg ade kose..uruskanlah hal membalok ni..membalok secara profesional, tak ganggu ketenangan alam ulu tembeling

org ulu tembeliling da lame terngaga, tengok duit balok berjuto-juto..jln tak sampai2..musin pejo pulok bah teruk...

ape la nasib org ulu mcm kami ni....x tau sape nak diharop..