Thursday, January 22, 2015

Rakyat Perlu Bangkit Dari Trauma Banjir Titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang



















Titah Diraja KDYTM  Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah, dihadapan penduduk di Dewan Felcra Kuala Tahan.

Ini ialah lawatan yang ke dua kerana pada 27 Disember 2014, Tengku Mahkota Pahang telah meninjau dan memantau bencana banjir di Daerah Jerantut.

Tengku Mahkota Pahang mahu rakyat bangkit dari trauma banjir. Kuatkan semangat. Banjir besar 2014 adalah peringatan dari Allah dan ada hikmahnya.

Kerajaan memberi bantuan membina dan membaik pulih rumah dan wakil rakyat harus kuat bekerja demi kebajikan rakyat.

Kontraktor yang dipilih membina dan membaik pulih rumah mestilah buat kerja dengan baik.

Penduduk yang terlibat dengan bencana banjir jika diarah pindah ke penempatan baru yang selamat dari zon banjir perlulah mengikut arahan dan perancangan.

Masyarakat perlu saling bantu membantu dan menolong di antara satu sama lain. Setia dan patuh kepada negeri Pahang Darul Makmur dan Kesultanan Pahang.

Penduduk dinasihatkan  berwaspada dengan wabak penyakit selepas pasca banjir terutama penyakit kencing tikus.

Tengku Mahkota Pahang turut berkenan mengurnia  sumbangan kepada 77 pengusaha chalet dan peniaga kecil di Kuala Tahan yang terlibat dengan banjir dan 210 keluarga mangsa banjir di Kuala Tahan.














































































Selepas itu Tengku Mahkota Pahang berangkat ke Jerantut Feri bagi mengurniakan sumbangan kepada 300 mangsa banjir dan melawat ke rumah mangsa yang terlibat dengan banjir serta pelancaran kerja baik pulih rumah yang rosak akibat banjir di Jerantut Feri.

Tengku Mahkota Pahang dalam siri lawatan pengurniaan sumbangan kepada mangsa banjir di seluruh negeri Pahang Darul Makmur yang terlibat. Pagi tadi Tengku Mahkota Pahang telah berangkat ke Daerah Lipis.

Majlis Ugama Negeri Pahang Dan Adat Resam Melayu (MUIP) dibawah KDYTM Tengku Mahkota Pahang sebagai Yang Dipertua MUIP dan naungan Sultan Pemerintah Negeri Pahang mengutip zakat melalui Pusat Kutipan Zakat (PKZ).

Secara kasar agihan kutipan zakat di Pahang adalah lebih RM100 juta setiap tahun yang diberi kepada golongan 8 asnaf termasuk mangsa bencana banjir SILA KLIK SINI




















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan dan pemimpin tempatan menyambut keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang ke Kuala Tahan.

Sebelum itu ADUN Tahan telah memberi kata-kata aluan dan taklimat ringkas berkenaan banjir besar 2014 yang melanda DUN Tahan, apa yang telah dibuat dan perancangan masa depan ke hadapan Tengku Mahkota Pahang dan rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

untung banjir tahun ni, peniaga dan pengusaha calet pun dapat bantuan. tahun lepas di kuantan semua terduduk.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024