Saturday, January 17, 2015

Bagaimana DS Najib Restructure Bajet 2015?



Ramai ahli ekonomi mahu DS Najib restructure Bajet 2015 ekoran harga minyak dunia jatuh ke paras bawah USD50 setong. (Bajet 2015 berdasarkan asumsi harga minyak USD100 setong)

Ini kerana pendapatan negara bergantung dari 30% hasil dari minyak dan gas. Ditambah pula penurunan ringgit dan kesan bencana banjir 2014.

Bajet 2015 berjumlah RM273.9 bilion sukar untuk capai bila harga minyak di bawah paras USD50 setong.

Maka sudah ada ahli ekonomi mahu kerajaan mengurangkan operating expenditure RM223.4 bilion dan development expenditure RM50.5 bilion.

Perbelanjaan operasi dan pembangunan itu sudah kerajaan rancang bagi pertumbuhan kemajuan ekonomi. Oleh kerana kemerosotan hasil kerajaan, agak sukar kerajaan mahu potong perbelanjaan operasi tetapi boleh tangguhkan beberapa projek.

Tapi ini akhirnya akan melambat dan membantutkan pertumbuhan ekonomi. 

Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa membina infrastruktur-infrastruktur yang musnah akibat banjir 2014.

Perlukah DS Najib kekalkan sahaja Bajet 2015 dan biarkan Bajet itu jadi deficit yang banyak?

Kejatuhan harga minyak dunia ini adakah bersifat hanya sementara kerana oversupply? Lepas itu harga minyak ini kan kembali naik seperti biasa.

Sila baca dua posting WZWH yang lepas, Sila klik posting di bawah:





WZWH tidak fikir harga minyak dunia di bawah USD50 setong boleh bertahan lama. Ianya akan kembali rebound dan naik semakin naik.

Tindakan Kerajaan implemen GST pada Mei 2015 adalah tindakan yang sangat tepat bagi memperoleh hasil yang tinggi melalui sistem percukaian yang efektif dan efisien setelah 25 tahun dalam kajian.

Bagaimana DS Najib mahu restructure Bajet 2015? 

Apa akan jadi bila harga minyak dunia akan naik kembali?

Apa lagi alternatif hasil untuk negara selain terlalu bergantung kepada minyak?

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024