Nuffnang Ads

Pages

Monday, January 5, 2015

Kita Bina Harapan Baru Selepas Kemusnahan Total Loss...

Taman Negara , Kuala Tahan, hotel dan resort, bangunan dan rumah sudah jadi zombie town. Kemusnahan total loss akibat banjir besar. Seperti war zone atau dihentam tsunami kecil dan gempa bumi.

Kemusnahan yang mengakibatkan bertahun-tahun derita ekonomi. Setelah kemusnahan total loss bolehkah harapan baru dibina?

Semua resort, chalet musnah. Infrastruktur binasa, bangunan perniagan berisiko tinggi tanah runtuh, sekolah pun tidak selamat berisiko tinggi tanah runtuh dekat tebing sungai dan rumah-rumah musnah.

Amalan menyalahi  undang-undang mengambil pelancong asing oleh resort-resort di seberang Kuala Tahan dan Terenggan di Bulan Disember hampir saja meragut 123 nyawa yang boleh memalukan negara dan menimbulkan krisis diplomatik.

Bolehkah foto-foto di bawah meyakinkan pelancong dan mengangkat martabat Kuala Tahan sebagai first class gateway to Taman Negara?

Adakah Kuala Tahan hari ini mahu dibiarkan sebegitu mengikut sistem lama, taste lama, out of date facilities?

Kuala Tahan perlu diubah, direstruktur semula, diconstruct semula, dibangunkan mengikut standard yang tinggi.

Kita tidak boleh biarkan Kuala Tahan berkeadaan seperti foto-foto dibawah.

Adakah selepas industri pelancongan musnah, orang Kuala Tahan dan anak-anak muda tidak mahu dan tidak memerlukan pekerjaan?

Sebelum bah 2014, anda boleh dengan sombong dan bangga berkata begitu...

Selepas bah 2014, masih anda mahu berkeras berkata begitu?

Sesuatu perlu dibuat.

Kita bina harapan baru selepas kemusnahan total loss.

Apa yang perlu dibuat?

TUNGGU! ....Sang Dewa dari langit turun ke Kuala Tahan membina semula Kuala Tahan baru...first class ....world class facilities as a gateway to Taman Negara.
























































No comments: