Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, January 20, 2015

DS Najib Membawa Harapan Baru Kepada Kontraktor Kelas F, E, Dan D Tempatan



Dalam Perdana Menteri mengumumkan langkah-langkah perkukuh daya tahan ekonomi Malaysia @ Bajet 2015 restructuring ekoran penurunan mendadak harga minyak dunia bawah paras USD50 setong, DS Najib membawa harapan baru kepada kontraktor kelas F, E dan D tempatan.

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir.

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri.

Tambahan RM200 juta bagi membina projek perumahan pasca banjir di bawah peruntukan ECER.

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

Di harap ini boleh merangsang ekonomi dan membantu kontraktor tempatan kelas F, E dan D yang sebelum sukar mendapat kerja.

Di harap bagi pelaksaaan kerja-kerja tersebut boleh diagih secara adil kepada semua kontraktor-kontraktor yang terlibat.

No comments: