Wednesday, May 4, 2011

Agenda Mengaudit Politik DUN Pulau Tawar



















PRU 12 DUN Pulau Tawar, pengundi berdaftar 16,826 . Keluar mengundi 14358 peratus  85.3%. Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail BN-UMNO 8720, Ishak Abdul Ghani PAS 5426. BN DUN Pulau Tawar menang majoriti 3294.

Pada PRU 11, Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail BN-UMNO 8434, Mohamed Wahid PAS 4912. BN DUN Pulau Tawar menang majoriti 3522. YB Dato' Dr Ahmad Shukri masuk penggal ke tiga menjadi ADUN Pulau Tawar.

Sebenarnya DUN Pulau Tawar adalah DUN paling selamat untuk BN di Jerantut. Kerana banyak termasuk kawasan FELDA Jengka yang segala kemudahan infrastrukturnya diurus oleh pihak pengurusan FELDA.

Kawasan kampung tradisional Kampung Pulau Tawar yang memerlukan kajian audit politik yang mendalam kenapa sokongan terhadap UMNO dan BN tidak memberansangkan. Parlimen BN kalah di kampung tradisional Pulau Tawar manakala DUN BN menang dengan majoriti tipis.

Kenyataan ini susah untuk diterima. Pertama pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Tawar perlu bertanya kenapa jadi demikian. Adakah pemimpin Pulau Tawar kurang mendampingi orang kampung. Kurang mengambil berat permasalahan orang kampung.

Apakah pembangunan yang telah, sedang dan akan dibuat di kampung tradisional Pulau Tawar? Kenapa pemimpin Pulau Tawar tidak boleh wujudkan bandar Pulau Tawar? Apakah kegiatan-kegiatan ekonomi untuk membantu orang kampung yang dapat difikirkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Tawar dan wakil-wakil rakyat yang berkaitan.

Jika tidak ada langkah-langkah yang positif diambil mungkin statistik PRU 13 akan berulang sama dengan PRU 12. UMNO dan BN jangan ambil mudah dan "take it for granted".

Isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang dan ANAK ialah FELDA menindas peneroka, penipuan perahan gred kelapa sawit, FELDA plantantion mahu dibubarkan beri kepada generasi ke dua FELDA. Isu-isu ini sebenarnya dimanipulasikan oleh PAS dan PKR di 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga.

Justeru, merosakkan kepercayaan peneroka dan generasinya terhadap FELDA adalah muslihat licik untuk menguasai tanah rancangan itu yang dilihat sangat strategik dari segi geopolitik. Pengundi FELDA sama penting dengan pengundi di kampung tradisi, tetapi FELDA adalah kubu BN. Oleh kerana kubu BN, pembangkang akan mencari pelbagai isu dan berusaha pelbagai cara untuk memastikan kubu ini pecah.

Penambahan pengundi baru di DUN Pulau Tawar seramai 5000 yang majoriti anak-anak peneroka dibimbangi boleh terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang bila "borang-borang" permohonan ladang dan rumah kononnya berpuluh ribu diedarkan oleh Pakatan Rakyat kepada belia FELDA di Pahang termasuk di DUN Pulau Tawar.

ADUN Pulau Tawar perlu menangani isu-isu dengan bijaksana dan berhemah. WZWH yakin YB Dato' Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar yang berpendidikan dari Mesir dan Makkah berketrampilan menangani isu-isu ini. Beliau pernah menjadi EXCO Pahang dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Felda.

ADUN Pulau Tawar boleh mengunakan Belia Felda dan meminta Ketua Cawangan FELDA Jengka 12 (dalam DUN Pulau Tawar) yang merupakan ADUN Tahan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut juga anak peneroka iaitu YB Dato' Wan Amizan membantu beliau bagi menarik minat pengundi generasi ke dua FELDA menyokong UMNO dan BN.

Bagi projek-projek RMK9 dan RMK10 yang tertangguh seperti projek jalan Maran-Jerantut dan penyelengaraan semula jalan Simpang Jengka 8-Jerantut yang sudah rosak perlu dibaiki sebelum PRU 13. Sebenarnya banyak lagi kerja-kerja untuk YB Dato' Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar perlu selesaikan sebelum PRU 13.

17 comments:

puteri jerantut. said...

dun p.tawar hebat di bawah dato dr sukri...layak di beri pula kepada dato dr sukri bertanding sebagai ahli parlimen,percaye la kemenangan besar akan di perolehi untuk UMNO BAHAGIAN JERANTUT,calon yang tepat untuk mengantikan tgku azlan

din GOL said...

SOKOKONG DATO DR SUKRI,jadi ahli parlimen JERANTUT.

din GOL said...

SOKONG DATO DR SUKRI,jadi ahli parlimen JERANTUT.

akak kiah said...

NAK kan ketua puteri jadi ADUN PULAU TAWAR.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH setuju pendidikan YB Dato' Ahmad Shukri dari Mesir dan Makkah al-Mukarrahmah akan mengerunkan calon parlimen PAS pada PRU 13 nanti.

Anonymous said...

dari kondem orang sana sini .baik la tengok diri tu belaka takat mana,mengaku pandai konon belaka,tapi sbb marah ikut kepala bengong deme je,time undi ,bagi ke pembangkang,tapi AHLI UMNO sgt konon,klu d bandar deme la beria berbaju UMNO kehulu hilir,time undi sbb mara dr shukri,mara tengku,marah wan mizan,mara lau lee,bagi undi ke pembangkang..yang buat keje bodo 'undi protes' ni org umno yg kecewa belaka..org pembangkang molek je bg undi ke pembangkang,org atas pagar pun undi ke kerajaan,.. org kerajaan yg x sedar diri makan gaji ngan kerajaan dan org umno yg kecewa akal singkat je sokmo la yang memunoh ke umno deme...ini semua pooookiii sumua!!!

Anonymous said...

ketua puteri nak jd adun p.tawar????yg scandal dgn budak tu ye?tak layak langsung! kami org dun p.tawar tak perlu org mcm tu! biar tok4 ali jd adun lg bagus dr tini tu!

dobit127 said...

Salam.
sesiapa yanng menjadi calon akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti terutamanaya DS Najib dan DS Adnan..
Mengikut hariki dan pengalaman lepas, agak tipis Dato' Shukri menjadi calon balik. Itu sebabnya timbul isu Dato'Shukri mahu ke Parlimen.
Parlimen pula, jika masih mengekalkan Ku Lan atas apa jua alasan pun, nescaya Jerantut akan jatuh ke tangan Pembangkang iaitu Dr. Hamzah Jaafar dari PA..
Dato' Shukri sudah tahu elemen ini. Atas faktor lepas, jika sudah dibuang exco jawapnya akan dibuang menjadi calon.. Nak x nak Parlimen menjadi sasaran memandangkan masih tiada pemimpin berwibawa dari Parlimen Jerantut sendiri boleh diangkat menjadi calon..
Dato' Amizan masih bergelut untuk mempertahankan kerusi DUN Tahan.. Kerusi DUN Damak tidak boleh dikacau..MCA punyer...
Berbalik kepada Audit Pulau Tawar..WZWH dan ramai pemerhati erta penganalisis politik berkata FELDA adalah kubu kuat BN dalam mana-mana Pilihanraya. Ini dibuktikan dalam beberapa PRK yang mellibatkan kawasan FELDA.Hampir kesemua kawasan FELDA, BN memang besar.
Tapi jangan lupa yang pengundi tegar BN terdiri daripada mak-mak penerokawati FELDA dan sebilangan besar peneroka. Pengundi baru yang terdiri dari anak-anak generasi kedua dan ketiga FELDA selalu menerima pelbagai maklumat dan berita secara terus terutamanya secara online. Tambahan pula kelantangan dan kerajinan NGO seperti ANAK menjadikan suasana sewaktu PRU nanti mungkin agak berlainan.
-Apa Generasi baru UMNO dan BN buat untuk mengangkat kejayaan calon BN di DUN Tawar dan PArlimen Jerantut?..
=Ada. Kami seperti biasa akan menganjurkan pertandingan 9 sebelah dan bola Jaring untuk golongan ini..
- Bagaiman pula dengan golongan x bersukan?. Nak merempit, polis rush pulak karang..
=Jangan risau. Kan kerajaan BN telah menyediakan Pusat Komuniti Bistari dan pelbagai lagi. Di situ ada beberapa kemudahan untuk semua. Antaranya perpustakaan(walaupun kurang buku, nanti lepas PRU kami akan pertimbangkan tambah). Selain itu, kami juga mengaji. Pusat Jalur Lebar(Xpe. Berebut sikit pun janji ada dari xde).
-Itu untuk bebudak sekoah gunanya untuk berfacebook dan berkenalan. Selain itu, untuk kami yang dah kahwin dan masih menumpang di rumah orang tua?..
=Ooooo.. Jangan risau. Kami telah menghantar kebimbangan ini kepada pihak yang berkenaan. Jangan bimbanglah. Dengar kata fail berkenaan sudah sampai di meja MB dan PM.

Sebenarnya ada banyak lagi yang mungkin menjadi duri dalam daging untuk memastikan kemenangan terus berpihak kepada BN pad PRU akan datang..
Berkenaan kampung Pulau Tawar, pembangunan sebenarnya ada cuma lambat dan berperingkat. Itupun hanya jalan utama yang menghubungkan Bukit Rang ke Jengka 24..Sekolah sudah dinaiktaraf untuk emudahan anak-anak bersekolah.
Tetapi benar kata WZWH, nama pun DuN Pulau Tawar, mana bandarnya?.. Kot hendak dipotong dengan Taman Gelanggi Perdana yang dijangka siap awal tahun depan.. Macam tu kenalah tukar nama jadi DUN Gelanggi..
Sebut pasai persempadanan semula, antara bisik-bisik mengatakan bahawa Jerantut akan berpecah menjadi dua Parlimen. Satu Parlimen Jerantut (DUN Bandar, DUN Damak dan DUN Tahan) dan tambahan Parlimen Pulau Tawar. Di Parlimen Pulau Tawar akan dibentuk dua kerusi DUN iaitu DUN Gelanggi dan DUN Tawar...
x pastilah samada berita itu betul atau tidak.Nama pun bisik-bisik. Ini akan dilakukan sebelum PRU ke 13 nanti jika tiada masalah besar timbul..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Satu analisa yang menarik dan mendalam dari Dobit127 tentang politik DUN Pulau Tawar.

Anonymous said...

ketua puteri bhg jerantut berpendidikan di jerantut hill resort.Tu gurunya di import dari UTARA...HAHAHAHA hancur jerantut.

Anonymous said...

ketua puteri bhg jerantut berpendidikan di jerantut hill resort.Tu gurunya di import dari UTARA...HAHAHAHA hancur jerantut.

Anonymous said...

ketua puteri bhg jerantut berpendidikan di jerantut hill resort.Tu gurunya di import dari UTARA...HAHAHAHA hancur jerantut.

bekas puteri jerantut said...

itu dia berlajar sains rumahtanga,dan pedidikan sex,apa salah nye,sian kt dia dah la tua...muka pulak hudoh,ada ilmu2 sex bole la tunjuk2 kt pucuk muda.

tok4 muda said...

berlajar sex sampai gugur kan kadungan pun x guna jugak...

Sri Tri Buana said...

Saya berasa sedih sebenarnya jika membaca sebuah blog yang enggan moderate komen. Kononnya pemilik blog itu ingin memberi kebebasan kepada warga Jerantut memberi apa saja pendapat tentang hampir apa saja. Masalahnya, ditangan orang yang mengamalkan budaya rendah dan mengaibkan sesama Islam, kebebasan seperti ini diambil kesempatan untuk memalukan sesama Islam, sesama parti.

Kebebasan bersuara juga perlu ada pertimbangan. Jik blog menjadi tempat memfitnah dan mengaibkan seseorang maka pengendali blog sepatutnya bertanggungjawab. Ada ketika, apa yang dibahaskan tidak ada kena mengena dengan individu yang dibangkit, dengan fitnah dan cerita dalam kelambu yang tidak sepatutnya diluahkan dalam blog.

Saya menapis semua komen yang bersifat peribadi. Jika ada komen yang tidak sependapat dengan saya, jika ia akademik saya akan lepaskan. Saya akan bahas secara akademik. Sebenanrnya reputasi blog-blog Jerantut dan sesetengah blogger Jerantut memalukan. Rakan-rakan blogger saya dari tempat lain sering menyindir kualiti blog Jerantut. Ini kerana blog Jerantut lebih suka mengaibkan orang dari mencari kebaikan.

Janganlah cari populariti dengan cara murahan. Jangan aibkan sesama Islam dan sebangsa. Ini bukan amalan mulia.

sayang ke ketua puteri said...

yeke kp puteri mcm tuh?jgn hanya pandai mengata,hulurkan bukti baru umum boleh pecaya.

Anonymous said...

tak faham, kenapa moral pemimpin puteri selalu jd isu. byk rungutan didgr, dikait dgn skandal suami org, kekasih gelap dan rebut projek. sedih.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...