Sunday, May 22, 2011

Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011
















Jerantut, 21 Mei 2011, berlansung persidangan mesyuarat Pemuda UMNO Jerantut 2011 di Dewan MDJ. Mesyuarat dihadiri 420 perwakilan pemuda dirasmikan oleh YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua Bahagian UMNO Jerantut merangkap ahli parlimen Jerantut.

YB Dato' Wan Amizan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan ribuan terimakasih kepada kepimpinan YBM Tengku Azlan kerana menyokong kepimpinan pemuda. YBM Tengku Azlan masih diperlu untuk memimpin Jerantut. Kepimpinan pemuda perlu menyiapkan diri untuk mengambil alih kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut nanti.

YBM Tengku Azlan mahu Pemuda UMNO Jerantut berani mempertahankan UMNO. Beliau masih bersemangat untuk memimpin UMNO Bahagian Jerantut dan memberikan servis sebagai ahli parlimen Jerantut.

Mesyuarat hari ini memutuskan G2 dan G10 tidak dipertandingkan. Tiga usul dibahaskan iaitu ekonomi, agama dan politik. WZWH membawa usul ekonomi dengan tajuk: Peluang Ekonomi Golongan Muda Jerantut.

Berikut usul yang WZWH bentangkan....

KDNK Mengikut Sektor Daerah Jerantut 2005: (juta)
· Pertanian                                                      352.8    41%
· Perkhidmatan                                               220.4    26%
· Perkilangan                                                  111.5    13%
· Perdagangan                                                100.2    11%
· Pembinaan                                                    44.43    5%
· Pengangkutan                                                28.75    3%
· Kewangan                                                      11.3     1%
· Perlombongan/Kuari                                         1.7    0.1%
· Lain-lain                                                           1.7    0.1%

Jumlah                                                             871.1   100% 
Penduduk 86,000 (2010)

MEMAHAMI 
  1. 40,000 golongan muda Jerantut bawah umur 40 tahun. 
  2. 20,000 orang muda sedang belajar peringkat ijazah,diploma dan sijil. 
  3. 5000 orang muda lepasan SPM. 
MENYEDARI 
  1. Golongan muda yang tamat pengajian baik peringkat ijazah, diploma dan sijil mahu pekerjaan. 
  2. Apakah peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi untuk golongan muda Jerantut yang perlu pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perjuangkan baik yang pendapatan asas, pertengahan dan tinggi berdasarkan faktor-faktor persekitaran ekonomi Jerantut. 
MENGINSAFI 
  1. Golongan muda Jerantut perlukan pendidikan, latihan, kemahiran di Jerantut agar kekal tinggal di Jerantut. 
  2. Golongan muda Jerantut perlukan perumahan yang mampu dibeli mengikut kemampuan. 
  3. Golongan muda Jerantut perlukan bantuan dan sokongan dari kerajaan, agensi kerajaan, GLC, dan sektor swasta. 
  4. Gejala negatif sosial seperti melepak, dadah, kegiatan jenayah di kalangan orang muda Jerantut perlu disifarkan. 
MAKA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan: 
  1. Kolej teknologi lanjutan ADTEC Temin perlu mengambil ramai pelatih dari Jerantut. 
  2. Projek mega seperti “renewal energy” perlu cepat dibina di Jerantut. 
  3. Penyertaan golongan muda dalam industry ecotourism dibantu. 
  4. RTK perlu diberi kuota 40% dari generasi muda Jerantut. 
  5. Saham Felcra perlu dipertimbangkan kepada golongan muda yang belum berkahwin. 
  6. Keuntungan Felda dari jualan kelapa sawit perlu diagihkan sedikit untuk generasi ke dua Felda secara lansung atau tidak lansung. 
  7. Syarikat Perumahan Negara perlu memikirkan kaedah-kaedah bagaimana perumahan kos rendah dan sederhana boleh disediakan untuk golongan muda Jerantut seperti Skim Rumah Pertamaku. 
  8. Kuota pekerjaan dari Majlis Daerah Jerantut untuk pemuda UMNO yang aktif sebanyak 40%. 
  9. Program Francais Usahawan Muda 1Malaysia anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNB). 
  10. Program Hello Komoditi memupuk dan menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengusahakan tanaman komoditi bagi meningkatkan taraf ekonomi.

4 comments:

dobit127 said...

salam.
Satu usul yang amat baik untuk pembangunan belia di kawasan Jerantut ini.
Ada dua benda yang boleh digerakkan selain penumpuan kepada peluang-peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
1. Bagaimana generasi kedua boleh dibantu untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka? Dari segi peluang perniagaan atau tumpuan kerajaan menarik pelaburan tempatan or FDI untuk membuka kilang di Jerantut ini?.
Dengar cerita harga tanah di Jerantut lebih kurang sama jer dengan harga di Kuantan?..ye ker..

2. Bagaimana untuk menggerakkan sektor perumahan agar generasi kedua yang tidak berkemampuan (gaji kurang) untuk memiliki rumah diidamkan?.
Perbanyakkan rumah murah?.. Sudah lama dilaksanakan tetapi apa hasilnya?.. Pemberian lot2 kosong?..Ini Bandar Jerantut maa..Mahal ooooo....
Buat rumah di kawasan lain?.. Jauh bang dari tempat kerja..

Cukuplah dua elemen itu untuk kita sama-sama perjuangkan demi pembangunan belia kawasan kita.

Cadangan kawan,
1. Perhebatkan bandar Jerantut sebagai Bandar Pelancongan Bertaraf Dunia. Gunakan Taman Negara sebagai platform.
2. Kerja naik taraf persekitaran Bandar Jerantut yang ada sekarang adalah amat baik. Teruskan usaha itu lagi.
3. Pertingkatan kawasan stesen keretapi menjadi satu hab atau hotsot pelancongan bukan sekadar naik or turun penumpang sahaja.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

WZWH,

orite, berjuang lah sampai lembu balik kandang dan ayam berkokok berderai-derai .

Anonymous said...

Salam.Cuba kita lihat balik semula selepas 2 penggal YBM Tengku Azlan menjadi ahli parlimen Jerantut.Apa yang jerantut dapat? Orang buta pun tahu tak ada apa apa pun pembangunan di jerantut selama ini.Jadi kita memerlukan pemimpin yang berwawasan yang ada karisma.Sudah sampai masanya tengku Lan berehat.Carilah penganti yang boleh membangunkan jerantut.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...